Friday, 30 December 2011

Oily man

Masuk je opis hari ni terus google 'orang minyak di Kg. Laksamana'. Ni pasal semalam sebelum tido baca newspaper. Ade report pasal org minyak mengamuk di kampung berdekatan. Area Nakhoda dan Laksamana. Aku terus nak tido bilik depan ngan pa n ma. Tapi papa marah trus aku balik bilik kunci pintu ketat2.


Kenapa gelabah? Wei aku ade pengalaman buruk pasal org minyak ni time dok hostel dulu. Time aku form 2 kawasan Kajang dilanda org minyak. Mula2 dia serang SAAS pastu baru sampai skolah aku. Selama dekat 2 bulan gak pi prep class malam bukan study pon tapi baca surah Al-Jinn, Al-Mulk, Yassin, baca doa haikal nak protect aspuri time tu. Hal study semua bereskan time prep petang. Gigih ko..

Sebelum kami budak puteri masuk aspuri pas abis prep malam, budak putera akan round aspuri check dulu selamat ke tak. Then diorang sentri kat aspuri gilir-gilir. Memang terhutang budi kat abang2 senior masa tu. Tak tido malam jaga kitorang huhuhu..

Nak dijadikan citer, insiden org minyak ni menyebabkan aku demam terkejut sampai seminggu. Nak dekat Maghrib je datang seram sejuk, gigil2. Camtu la keadaan aku. Sampai la di hujung musim oily man tu kitorang dapat balik rumah sbb cuti bulanan. Barula semangatku kembali pulih seperti sediakala.

Lama dah peristiwa ni tapi bila terbaca news tu semalam gigil aku datang balik. Moga semuanya baik-baik saja. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

beb, pi bc blog mazidul.in depth story psl org minyak tu.kui3

word veri:undizai...kak zai mana aku nk undi pru nti nihhh