Thursday, 22 March 2012

SPM penentu hidup

Cliche sungguh tajuk entry di atas..ni kata2 seorang yang amat dekat dengan diri saya satu masa lalu..mmg ayat tu berjaya mensaiko saya untuk pulun ketika exam SPM. Dapat la 4A kalau ikut style skrg. Dlu2 dia bagi gred 1, 13 aggregat. Bagi adik2 yang SPM style baru, aggregat ni kira 6 subjek terbaik, wajib kira 4 subjek teras termasuk BM dan 2 subjek elektif. Hmm BM A1, Math A1, Agama A1, Sejarah A2, Arab tinggi C3, Kimia C5 (campur semua 13). Lagi 4 subjek, BI C3, Fizik C5, add math 6C, bio P7. Itulah result yang ku genggam pada 31 Mac 1998.

Hmm...sebenarnya SPM bukan penentu hidup. SPM cuma batu loncatan untuk peringkat2 dalam hierarki pengajian tinggi di negara kita. Berapa ramai scorer time SPM tapi tewas di menara gading. Samada F.O atau angkat bendera putih chaloh balik kampung. Lain pula dengan yang bermula dari sijil kemudian dip kemudian degree. Abis degree join oil n gas industry, sekarang gaji mengalahkan JUSA C at the age of 32.

Dan yang mana bintang cerah pulak, abis degree sambung master langsung jadi pensyarah. Dapat pula cuti belajar sambung phD di negara 4 musim, scholar dapat gaji pon jalan. Balik phD trus gred 52 bertuah la badan.

Dalam kes saya sendiri, secara ringkas bolehlah dikatakan bahawa saya telah tersilap dalam percaturan hidup hingga halfway di UKM dulu namun saya tetap redha. Kadang-kadang jeles jugak tengok member2 yg keje gov,rata2 dah gred 44, 48 tapi cepat2 pujuk hati sendiri...rezeki masing-masing kan...

Pengajian di USM berbaki 2 thn++, perjalanan saya tak semudah orang lain. Namun begitu saya selalu berdoa kepadaNya semoga sebelum kedua ibubapa saya menutup mata, saya dapat menggenggam segulung ijazah.

Jadi saya ingin mengulang pendirian saya bahawa SPM bukan penentu hidup. Jika result tak brapa bagus untuk compete apply UPU, banyak lagi saluran lain untuk belajar. Dalam era informasi di hujung jari, what u have to do is GOOGLE! Ada latihan separa perubatan, politeknik, institut latihan kemahiran, kolej kemahiran MARA etc etc..STPM also is another choice..

Kalau tak minat belajar then cari kerja, mula dari bawah dan gain experience. Sambil tu kalau dah terbuka hati boleh belajar part time. Banyak IPT offer pengajian separuh masa. Kene la struggle skit tapi kalau itu je pilihan yang ada, takkan hanya nak berpeluk tubuh?

2 comments:

owie said...

Dear Elle,

Terusik baca entry ko kali ni..personally, aku cukup kagum ngan ko..insyaAllah ijazah tuh akan jd milik ko..kami semua kwn2 doakan...hrp aku ada semangat mcm ko n njoy life the way u do..ko tak kurang pun dr org lain..infact ntah2 ada yg cemburu ngan life ko skrg..cam aku...hehe..aku nk ronggeng2 mcm ko ngan nazirah ngan pijot gaks...tp apakan daya dh ada komitmen lain daaa...take care n wish u all the best fren...mmuuuuahhh

Elle Kamarudin said...

Dear Owie,

Sempena result SPM semalam terkenang plak kisah lalu hehehe..apapun life must goes kan?