Saturday, 14 April 2012

Wira eksiden

Sabtu pagi, papa yang baru balik makan roti canai di Restoren Nur memandu dengan senang hati nak pulang ke rumah. Tiba di persimpangan SG 2/1 dan SG 2/7, sebuah kereta Honda City dari SG 2/1 merempuh bahagian hadapan sebelah penumpang. Maka berlaku kerosakan yang belum dapat dipastikan jumlahnya.




Di rumah (aku dok kroh2 lagi). Adik, adik bangkit la teman papa pi balai polis. Aku terloncat macam spring. Hah?balai?awat? Papa kena langgar. Langgar? Sapa langgar? Kat mana? teruk ka? aku menjadi polis pencen seketika.




Maka trip ke balai polis la nampaknya....adoihh..bosan cek..cek ingat nak pi tengok Battleship kat Wangsa Walk huhuhu..dah buat report, kena lagi sekali datang kol 2.30 petang. Pegawai Penyiasat takdak di balai. Petang pegi lagi sekali. Dah tu call cina yang langgar tu suro dia pon buat repot. Kalau tak,nanti nak claim insurans dia masalah pulak nanti. Adoih cek pening pening..pasal cina tu kerek. Not a problem, not a problem. Dah tau not a problem hang pi la buat repot.




Apa pun on Monday dah hantar kete pi workshop. Mereka janji seminggu siap. Sementara tu Viva parking dalam la huhuhu.


No comments: