Friday, 11 May 2012

Aku harap doktor tu silap

Petang semalam around 5 pm aku dapat panggilan dari Columbia Hospital. Dr. Yong yang buat colonoscopy dan CT scan liver/abdomen/pelvis minta aku datang segera ke sana. Dia nak bincang pasal result test tersebut. Allahuakbar. Dalam hati aku terdetik sesuatu. Terlintas zappp camtu je. Tapi aku tepis cepat2 then bergegas merempit dalam hujan renyai. Sampai je kat ward Dr. Yong ajak aku dan mama masuk discussion room.

I knew something was really not right. Tapi aku tengok mama cool ja. Aku pon buat2 cool tapi gabra gile nak dengar doktor cakap apa. Then Dr. Yong explain la. Hasil CT scan menunjukkan ada ketumbuhan yang telah merebak di seluruh lungs dan liver. Primary tak tau dari mana. Kelenjar pon bengkak. Kelenjar mana aku dah lupa pasal masa dia cakap ketumbuhan dah merebak tu aku cam blank, otak jadi jem. 

Soalan pertama aku : adekah ketumbuhan itu *C* word? Dr. Yong said  probably yes sebab tiada satu benda dalam badan yang kelihatan camtu dan boleh merebak sebegitu rupa melainkan sel *C*. Tetapi, semua itu hanya boleh disahkan setelah biopsy tisu lungs dan liver dibuat. Tetapi secara kasar nampak dah sampai stage 4.

Aku tanya lagi: Ape chances yang ada? Jawapan Dr. Yong aku tak sanggup nak share kat sini. Hope for the best and prepare for the worst. Next Monday pegi IJN dulu betulkan jantung ape yang patut. Once his heart stabilize boleh usaha yang selebihnya.

Owh ya 3 hari ulang alik spital bawak papa, hari ni aku yang demam then MC. Ni sambil2 dok surf http://www.malaysiaoncology.org/ .Semalam dah call Nazirah dia kata Oncology HKL @ HUKM @ PPUM would be the best place  for treatment should the biopsy test show my papa positive *C*

Tapi aku harap Dr. Yong silap. Kami satu keluarga masih dalam shocked mode. Dan papa tak tau lagi pasal benda ni.  First kami nak setel IJN macam yang Dr. suggest. Then only buat biopsy ke apa2 la...uwaaaa....

OK la ku mau tido jap ubat selsema ni buat mataku layu.

6 comments:

izyan al-za'im said...

insyaallah everything will be alright. just do the biopsy first. if there is *C* really exist, jgn down. be positive. semua sakit insyaallah ade penawar. just be strong n be his supporter. :)

niezzareenamemory02 said...

tenang...

buat mana yang patut dulu

bila dah setel @ ijn

teruskan yang sepatutnya pulak

jgn terlampau stress

nnt papa tau lagi dia stress

banyakkan berdoa moga semuanya berjalan dengan lancar

Elle Kamarudin said...

tq, tq..hope i am strong enuff to go thru this test

..::SangRatoo::.. said...

be strong Elle..Demi PAPA mu..ok!

saLLy sWeeT said...

barsabar la elle...
penyakit "C" mmg sgt menakutkan.. lagi takut dr jumpe hantu..
aku penah jaga mak sedara yang
kene "C"... apa yang penting kene usaha dan usaha, doa,bg semangat kat org yg sakit tu, tawakal dan redho..

Elle Kamarudin said...

i am ok bebeh, just keep rolling!!