Friday, 18 May 2012

Appointment esok cancel

Petang tadi Dr. Sazzli call. Bagitau result biopsy kelenjar leher dah keluar. Tapi result biopsy OGDS (oesophago-gastric-duodeno-scopy) (atau cakap melayunya masuk camera dalam saluran makanan dan perut)-belum siap. So dia kata esok pagi takyah la datang. Tunggu biopsy sel dari OGDS siap baru explain sekaligus. Dan  dia pon nak story segala treatment plan.

Hari tu aku tengok gamba yang Dr. amik dari kamera time buat OGDS. Kelihatan berterabur sel putih macam ulser dalam perut. Kesahihan apekah jenis sel itu belum dapat dipastikan. Tunggu saje this Monday. Tapi Dr. banyak kali pesan. Semua kena bersabar banyak2.

Well sabar je la dan kena usaha apa yang patut. Kalau meratap hiba pon apalah gunanya. Walaupon tersentuh la jugak hati sbb 2-3 hari ni papa asek menyanyi. "Dunia hanya pinjaman...dunia hanya pinjaman". Aku pon ikut menyanyi sekali sekadar nak menceriakan keadaan huhuhu.

OK la aku nak tido. Sok nak cargas di PJ Palm swimming. Aku tak nak la mati muda dengan badan yang gemuk ni. Bye.


No comments: