Saturday, 19 May 2012

A busy Saturday

Bangkit2 pagi ja mama dah bagi cadangan pi lunch kat Nasi Kandar Ibramsha, Jalan TAR. Papa kata tak larat. Duk tengah panas berkebun tu larat pulak huhuhu. Aku suggest makan nasi ayam Budi je la. Dah tu takmau pulak..kata teringin kambing. Aku ngan mama layankan aje...so kami 2 pi tapau kari kambing ngan nasi beriyani kat Sentul Curry House.

Dah setel hal parents kena teman Pjot pi carik swimming suit. Dia datang fetch aku then trus pi JJ Wangsa Maju. Mula2 terjah kedai Arena. Perghh takdak sale. Berdarah mata tengok harga. Singgah Body Shop tengah sale 50% apatah terjebak shower gel sebotol. Jalan pi JJ. Ade kempen derma dare. Pjot ingat nak derma sekali kol 4 kaunter tutup. Selamatla minah tu dapat suit Ogival siap ngan goggle power 700. Tu je paling tinggi. Power spec dia 1000. Perghh nak kata ulat buku tak jugak hahaha. Aku harap Pjot tak baca aku kutuk dia ni hehe

Tea time jap kat resipi rahsia. Layan iced cappucino , tapau ciken foldover mkn situ. Lepas tu laju ja masuk FOS. Pjot salahkan t shirt , tudung n crocs aku kaler oren menjadikan dia spend banyak. Dia beli jeans 2 helai. Aku jumpa jeans CK size 18. Ada satu tu ja. Tak fikir pjg trus try sebab jeans biru yg beli kat M&S dah kehausan. Ade meretas skit tp nanti nak jahit, cuma mmg dah worn out la jeans tu. Buat pakai kat rumah boleh la. Sok nak pi Jalan Gombak hantar jeans baru potong kaki. Jeans baruku kaler hitam huhu

Usai acara shopping kami gerak balik Sri Gombak. Hujan selebat2nya. Kereta pon jadi cam motobot redah air atas jalan. MRR2 jem segala. Camna nak pi swimming? Member yg baru beli baju tu excited abis. So siap2 pegi gak PJ Palm. Sampai sana takdak ujan setitik. Tapi jalan mmg basah. Ujan sikit kot.

Aku dah cakap ngan Pjot aku kalau jadi cikgu mmg garang. Tapi ok la Pjot cepat pick up. Boleh floating dengan baik. Tapi agak kekok control kaki ngan tangan nak bagi synchronize pergerakan tu. Kena la prektis. Kat sana ade juga kelas berbayar. Kalau personal sorg2 RM 600 sebulan utk 4 sesi. Kalau grouping min 5 person dia caj RM 150 sebulan utk 4 sesi. Puas hati gak swim hari ni. Pool tu 50m length. Aku buat 12 lap. So 12x50=600m. Paling mengah time race ngan BBQ(kwn pjot). Cis mamat tu saje kuak laju2. Tau la stamina. Takpe2. Nanti kau BBQ.

Yang tak bestnya lepas berenang sangat la lapar. Teknik ni salah. Balik swimming makan sup ekor+telur dadar+nasi putih. Erkkk...calories in > calories out. How to build deficit? Takpa sok pagi bawak anak2 buah brisk walk kat titiwangsa. Dorang tido sini. Sorg pegang botol sampai terlena. Maksu pon nak doze off. Adios.


No comments: