Monday, 10 September 2012

1 Syawal: Taman Desa Pulai, Kangar

1 Syawal tahun ini amat istimewa sebab papa setuju nak balik raya di Perlis! Idea balik raya ni popped up time celebrate besdayku pada 1 Ramadhan yang lalu. Akak saja2 bagi idea then suprisingly papa dengan mudahnya setuju. Last kami balik raya kat Perlis pada tahun 2000. Sungguh sedekad lamanya huhuhu.

Perjalanannya smooth, aku & PaMa gerak dari Sri Gombak ke Ipoh. 2 jam memandu sampaila ke Kg. Manjoi. Beraya umah besan PaMa. Akak n family ada kat sana. Then kami gerak 2 kereta ke Taman Peruda, Sg Petani (rumah Pak Ndak Seth @ abang mama). Sampai 3 dish special punya orang SP masak. Mee rebus, laksa, nasi beriani. Perghh..bedal la ape lagi. Then perjalanan diteruskan ke Kangar, Perlis. First time try jalan ikut Jitra-Kodiang-Arau. Selalu Alor Setar-Kangar. Kol 7 sampai di Taman Hijrah(homestay). Ezam n family sampai paling last sbb dia beraya kat Mantin dulu pagi tu..

Malam tu semua berkumpul di Taman Desa Pulai (rumah Kak Ana @ my cousin). Ramai betul malam tu..semua sedare-mare datang beraya. Meriah uollss...Abg Lutfi masak dinner penuh meja..rezekiii huhuhu


Mem besar tersenyum gembira


Pak Ngah Zan @ cousin papa, yang kiri papa tu Ngah Nerat @ kakak mama


Ikan emas dibawa belayar


Kanak-kanak main dam






Rumah dalam garden konsepnya


Ezam dan cousinnya @ Abang Man. Akak tengah buat muka


Amsyaar suka nangis


Abang kepada Pak Ngah Zan, Pak Long Mi @ sepupu papa jugak. Abg Lutfi yang tengah pangku anak ni husband Kak Ana yakni tuan rumah dalam taman ni la huhuh..abisla korang belajar salasilah keluarga hari ni

Operasi pengeluaran stok bunga api dan mercun
secara senyap2 dari boot Livina


Yang berkopiah tu Ijat @ my 2nd cousin, a teacher @ pedalaman Sarawak

Aisyah & Maksu kat Ipoh huhuhuh

No comments: