Tuesday, 11 September 2012

3 Syawal : Market Kangar & Padang Besar


Mem besar tersenyum gembira di Padang Besar. Apa taknya, borong sakan! Toto kalau tak nak 2. Puas bersagang, aku kata kalau amik 2 papa nak duduk mana dalam kereta. Dah la dalam boot penuh bantal 5 bijik. Mama borong kaftan long sleeve, beg travel, gajus psitachio mak nenek, beras pulut, beras wangi tah ape2 lagi. Aku? Cam biase la golongan marhaen beli ckit2 je..pencuci muka susu beras & whitening salt buat tonyoh ketiak ngan celah bedah. Tu je..lama wei nak tunggu 25 September..sendiri mau ingat la..pas setel Padang Besar shoot ke selatan melalui Ladang Tebu Chuping-Changloon-Jitra-Hutan Kampung-Alor Setar-SP-Tikam Batu. Jem gilaaaa, sakit perut semua cukup. Jadi pit stop kat Penang unwind kejap sebelum teruskan perjalanan.


Owh ya breakfast pagi tu kat market baru Kangar. Pasar Besar Sena ke ape namanya. Dlu2 balik mesti kena nasi ganja kat market. Market lama dekat ngan KWSP tu dah takde. Pindah area baru, aku pon tak brapa pasti la tempatnya. Dekat ngan Behor Pulai jugak la. Pak Lang Didi belanja semua. Papa kalau balik Perlis tak kena nasi ganja tak sah katanya. Selera papa makan..3 hari sebelum pemergian beliau ke negeri abadi.

No comments: