Tuesday, 18 September 2012

Mati Itu Pasti

OK tamatlah sudah entry balik kampung. Aku puas dapat bawak papa jalan-jalan. Aku puas dapat jamu papa ape yang dia teringin nak makan. Walaupun aku ni anak paling degil, almaklumlah berlaga angin..hingga saat akhir aku dapat bersama papa. 

Malam sebelum pemergian papa kami dinner di Papparich. Papa nak makan mee kari. Lepas tu nak taufufa, pastu nak roti bakar. Last sekali layan chinese tea..relaks ja. Malam tu malam jumaat ade smack down. Selalu aku ngan mama lari naik atas tgk tv kecik sebab kami anti keganasan, tak layan wrestling. Tapi tah kenapa malam tu kami teman papa tengok wrestling sampai habis. Pastu naik tidoq kol 12. Last aku tengok papa.

Esok tu subuh mama kejut kata papa kena stroke. Aku ingat dah lumpuh separuh ke ape. Tapi aku tengok dia cam tido. So suspect pengsan ke ape. Aku buat CPR 1/2 jam sementara ambulan nak sampai(follow instuction via phone). Tapi memang tak berhasil. Then MA spital selayang sahkan kematian.

Aku pi balai polis Gombak dengan Ustaz Shahrul buat report ngan amik permit penguburan. Mama call semua sedare n rakan taulan. Ezam terpaksa amik flight dari KB sebab dia balik kampung Ija. Ezam sampai ngam2 time van jenazah nak amik papa bawak pi masjid  untuk mandi & kapan.

Ramai org berziarah kat rumah. Terima kasih semua. Papa pergi senang, Alhamdulillah. Rezeki dia hari Jumaat. Ramai orang time solat jenazah sebab baru pas solat Jumaat. Jam 3 dah sampai kat kubur. Dalam 4.10 ptg semua setel.

2 minggu pertama aku rasa payah. Kadang-kadang aku terlupa papa dah takdak. Aku balik keja selalu papa tengah buat mesin terapi. Tapi apesal takde kat hall. Dah masuk rumah baru ingat..ooo mana ada dah. Slowly coping la..aku tengok mama pon ok. Aku harap dia ceria selalu.

Mana dia nak jalan aku bawak la..supaya dia happy dan tak pikir macam2..apa yang terdaya aku buatla hmmm..alamak sedih plak. OK la sekian karangan mari bercerita kali ni. Korang yang ade orang tua lagi jaga la baik2. Gembirakanlah mereka. Takde org tua takdela kita ni..gaduh2 tu biasa la kalau tak senyap je rumah tu huhuhu. OK chiow!

6 comments:

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Salam babe,
Salam takziah dr aku sekeluarga atas pemergian papa..sorry aku baru arini dan tgk blog dan baru arini tau berita ini..sorry for u,babe..but as u said,mati itu pasti..kita semua akan melalui..cuma bila,di mana dan bagaimana tu Allah lbh tahu..hope ur mama pn tabah.

al-fatihah buat papa..

Elle Kamarudin said...

Salam babe..tq atas doa..

lynda said...

salam takziah dari lin dan bob. semoga tabah menghadapi dugaan dariNYA. Al-fatihah

Elle Kamarudin said...

TQ Bob & Linda

Mr & Mrs Sallehudin said...

salam takziah dr aku utk ko sekeluarga jugak.. senang aje pemergian papa ko kan... moga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman....

aku ada baca status fb ko mlm sblum tu... aku baca ko tulis dinner dgn papa n mama... pastu pagi tu pulak ko tulis papa ko dah takde... terkejut aku baca...hmmm...

Elle Kamarudin said...

TQ Mimis..semua telah tertulis..redha je la