Saturday, 27 October 2012

Family Retreat @ Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah



Organizer haruslah conquer master bedroom




Sesi checking parameter




Private jacuzzi yang osem



BBQ night meriah uollss


Spacious kitchen hall untuk para chef bersilat


Bubble bath party


Pada Eiduladha yang lepas kami sekeluarga telah sepakat untuk berkonvoi ke Sungkai untuk berehat di sana. So saya sebagai organizer yang berwibawa telah booking sebuah Villa 3 bilik. Rate satu malam RM1100 tapi kami dapat diskaun 50% sebab Abang Ajai the Felda guy tolong booking. Osemlah Abang Ajai! (TQ to Ami jugak :p )

Rencananya pas solat raya pi ziarah kubur dan makan ketupat lebih kurang kat rumah. Owh ya mama buat rendang ayam pencen 3 ekor. Ketupat palas yang aku salah buka daun hari tu pon buat jugak. Beras pulut pakai yang beli kat Padang Besar hari tu..enak.

Pastu kami konvoi 3 buah keta ke Sungkai dari Sri Gombak. Kak Chik & Abg Chik dari Sg Buloh lambat skit. Sampai je sana dalam kol 1 terus check in..teruja beb sebab villa tu sangat cantik. Hiasan dalaman yang elegan, kat garden ade private jacuzzi. Mau air panas bleh, air sejuk bleh. So siang kami buka sejuk, malam kasik panas. Dah macam yong tau foo la masing2.

Food memang kami bawa semua pasal nak keluar jauh. Ye la dalam Felda Sg Klah tempat hot spring ni. Aku ngan mama sedia sotong, udang, ayam, ketupat, rendang, telur. Akak bawak muffin, tart nenas, sandwich. Kak Chik perap kambing, kerbau dan buat tomyam n mee. Ezam buat salad special punya.

Petang tu kami terjah public pool yang sejuk yang panas yang mendidih. Budak2 toksah kata la dia punya seronok. Yang tak budak pon seronok jugak hehehe..malam tu BBQ night sampai lebam..Zuhair jadi BBQ man layan semua orang nak garing la ape..baguih punya anak menakan.

Sok paginya sarapan ada yang pegi hotel punya (dapat 6 voucher), ada yang tinggal sarapan maggi goreng dan sandwich kat Villa. Pastu sambung lagi mandi kolam air gunung. Aku + mama + kak chik + bang chik tinggal layan jacuzzi yang jadi bubble bath..leka btul layan buih..

Aih panjang pulak aku citer..hehehe seronok tak abis lagi..teringat2 villa comel tu..alhamdulillah semua orang seronok dan makan kenyang hehe

1 comment:

SangRatoo said...

wow elle..mmg party buih jadinyee..i loikee :)