Saturday, 22 December 2012

Tak tahan lagi

Sejurus sahaja sampai di rumah selepas pulang dari kerja saya telah memaklumkan kepada ibu saya untuk bersiap-sedia bagi acara memunggah ariani.

Usai solat Maghrib saya memecut laju Perodua Viva ke Ariani Wangsa Maju kerana khuatir stok-stok terhangat di pasaran habis dibeli oleh para pencinta tudung jenama tersohor di Malaysia ini.

Ternyata apa yang terdetik di hati menjadi kenyataan. Ariani Wangsa Maju bagai dilanda garuda. Tudung bertaburan. Tak tahu yang mana satu harganya. Kelihatan staf-staf outlet Wangsa Maju sedang menyusun tudung yang tinggal di penyangkut. Mereka nampak letih dan bosan sekali.

Namun begitu saya tak beri peluang. Saya teruskan kegilaan memunggah dan berjaya mendapatkan 3 helai tudung atap keras yang akan dipadankan dengan baju-baju yang ada dalam fikiran. Ibu saya yang tidak memunggah turut menyambar sehelai tudung atap syria yang lembut dan labuh.

Kami tersenyum puas lalu keluar dari Ariani Wangsa Maju menuju Ukay Perdana. Durian yang sedap menanti di pintu gerbang. Sekian karangan mari bercerita kali ini. Sekadar nak menambah vocab untuk sesi miting success stories. Bye!

No comments: