Friday, 29 March 2013

Menjadi sehijau Hulk di Cosmo, Pasar Baru Bandung

Alkisah aku ke Bandung dengan harapan untuk menempah satu pasang tailor made suit yang harganya berpatutan. Kebetulan pegi apa salahnya tempah kan. Maka berhari2 la aku mengoogle carik review psl kedai nak tempah suit ni.

Dapat la nama antara Kings Textile dan Cosmo. At last aku tempah kat Cosmo di lantai 2. Masa menempah smooth ja. Satu suit harga 799k rupiah. Dalam RM260 rate skrg. Tambah lagi 300k@RM 97.50 utk tempah sehelai kemeja material ala2 shirt kat Raoul. Pergh taste boleh tahan la nak Raoul aje..serius cantek kain tu..kain yer..bajunya lain citer..

Tailor boleh tahan ganteng. Putih la..abis cawat aku kene ukur. Ye lah nak potong seluar semua kan. Ok selesai ukur. Potong kain then pi bayar. Esoknya jam 9 malam ya ibu..kami hantar di bilik hotel.

Esoknya aku jalan2 dgn gembira full day tour kat Bandung. Kawah putih n factory outlet segala. Jam 6 dah balik bilik sbb mama tak brapa sihat muntah2..kami pon penat..anxious la aku tgu suit sampai. Sampai jam 11.30 mln nan hado...aku tepon concierge pon takde katanya...serius aku tido mimpi suit..juta2 abis buat suit weiii

Esok tu pagi dah bad mood...pas brekpes pi serang Cosmo. Dia boleh kata dah anta mlm tadi jam 12 mlm kt reception.  Pe jadah anto reception janji anto bilik. Janji kol 9 anto 12? Begok banget.

Aku suro dorg pi Aston Braga ambik balik suit aku. Ok tunggu 1/2 jam sampai la..tiba time fitting masuk la fitting room yg ala2 stor penyapu dan stok air mineral. First thing aku try adelah shirt. Tau tak shirt tu tak sampai nak butang. Ade dalam 5 inci tak sampai. Time tu aku trus jerit dari dalam stor tu. Panggil akak. Then panggil staff pompuan jadi saksi baju tu x leh butang.

Alhamdulillah suit muat pulak. Tu aku puzzle gile pasal tailor yg sama amik ukur pehal end up shirt kecik suit muat ngam. Lahanat gile babs. Tau ke perasaan baju tak muat ni aku dah selalu dapat bile aku fitting total women ke ms read or erica kat malls di Msia..so aku tak jangka bende ukur badan jadi gini. Kain potong 2.5meter. Baju kurung pon boleh kan..

Kuar dari fitting aku sembur satu kedai ngan mulut berapi naga dan badan bertukar hijau. Hambik ko. No. 1 aku dah marah dia x anto ke hotel room. Pastu tambah kes shirt tak muat..mmg makanan ko lah..

Sudahnya tokey dia cakap takpe dorg buat lain satu lagi. Nanti pos ke KL. Tadi aku call katanya dah siap dan nak dipos esok. Expected Rabu sampai. Berdebar lak aku nak fitting lagi. Worse come to worse kene gigih berdiet la nak pakai shirt tu. 

Wei aku memang bengang giler ahh ngan servis Cosmo, Pasar Baru Bandung. So Malaysian yang nak pegi berbelanja di sana beware la. Jgn bayar abis time kain dah potong. Create a win win situation.  Supaya mereka ade effort nak call kite ke ape. 

Kakak aku ceramah pasal kontrak jual beli ape semua psl aku bayar abis tp barang blum dapat. Aku ni kdg2 lurus gak ah main pecaye je..konon dah baca good reviews whatsoever thru the web.

So beware aaa..mereka byk putar belit dan mmg pandai bermain kata. Kemudian hidang teh botol sejuk ingat aku boleh sejuk?


1 comment:

shida ad said...

saya dan adik saya pun dah kene..end of may 2013...kedai yang sama!!!...hangguk betol...citer nyer kiteorg nampak ader kakak tu tempah korset for kebaya..cantek giloss...so tergoda...mak kakak tu siap jual dia tempah 6 korset yang sama n memang puas hati tempah kat kedai tu....saya hangus rm660 duit kain + tempah untuk 2 baju..also tempah baju melayu..that 1 ok pulak...hanginn tak ingattt...janji siap 1 hari... poy