Friday, 17 May 2013

Diary makanan bergambar


Sabtu, 11 Mei 2013: Kenduri anak Abg Shaiful dan Kak Laila iaitu bekas jiran sebelah rumah mase aku derjah 2. Yer..anak sulung mereka yang lahir sewaktu aku derjah 2 itu telah menemui jodoh cinta hati. Aku kakak besar sebelah rumah masih sesat dalam rindu hehehe..kenduri di Jalan Plumbum Seksyen 7. Hebat sungguh komuniti Melayu Islam di situ. Di sebalik rumah2 triple strorey semi D yang tersergam indah masih mengekalkan ukhuwwah Islamiyah yang erat. Aku kagum tiap rumah jiran ade tugas masing2. Rumah corner lot paling hebat sebab jadi musolla/surau untuk tetamu yang hadir.

 

Sabtu, 11 Mei 2013: Balik dari kenduri aku cuit Kak Niza. SMS aku berbunyi begini "Kak, jom ironman hahaha". Lalu dibalas dalam masa 30 saat "Jom2..kul bape?". Ish kalau aku ajak study kat library liat pulak Kak Niza nih huhuhuhu. Maka kami buatla movie review sat. Sebelum movie minum kat Auntie Kopitiam. Kopitiam ni masih guna perkakas hidangan zaman hang tuah hehehe


Ahad, 12 Mei 2013. Durian Mas Pahang yang disambar di Jusco Wangsa Maju. Setelah berhempas-pulas seharian memerah otak bersama-sama Kak Niza di Starbucks selama 5 jam, aku perlukan comfort food untuk stabilize. 3 ulas cukupla. Mama simpan dalam peti ais lagi 3 ulas untuk dimakan bersama pulut sibaq breakfast keesokan paginya.


Isnin, 13 Mei 2013: Makan2 Unit BWED di Satay Station yang ditaja oleh Tuan Pengurus Incik Ladi. 50 cucuk satay licin dibedal bersama bermangkuk-mangkuk Mee Rebus. 


Ini barang baik, ini barang baik..ini mem tuan pengurus buat..Tiramisu baik punyer khas untuk warga BWED.



Selasa, 14 Mei 2013: Konon-konon inilah dinner saya. Tapi saya tewas..


...dengan Klasik Satay Station di Kepong Indah.


Rabu, 15 Mei 2013: Sekali lagi konon-konon berlaku...


bakso @ ayam penyet AP


ayam penyet AP sambal menyengat blazing hot


Khamis, 16 Mei 2013. Buka puasa makan bagai selera resakse. Tak tinggal dessert segala. Elok la ade biskut buat tabur selit pisang nan sebatang. Sekian coretan diari makananku.

2 comments:

Mr & Mrs Sallehudin said...

aku lapaq tgk makanan ko nih..

Elle Kamarudin said...

Makanlah apalagi?