Saturday 17 May 2014

Hadramawt @ Jalan Ampang




Just a quick dinner at Hadramawt Jalan Ampang after a quick shopping at KLCC. Ample parking space compared to the other branch in Chulan Square.

Wednesday 14 May 2014

Jakarta: Bye bye Jakarta (CGK-KUL)


Lopez de squiera



Cek out 1 pm. Flight 6.30 pm. So just to kill the time lepas cek out kami pegi ke Carrefour Mangga Dua. Jalan2 cari lunch. Jumpa satu kedai jual nasi dalam bungkus daun pisang. Comel je. Aku makan 3 bungkus huhuhu..kuih2 talam pon ada. Mama suka la. Pastu aku ronda masuk Carrefour. Saja buat market intelligence skit. Then kuar Carrefour beli t-shirt Jakarta budak2. Fridge magnet ja aku tak jumpa. Maybe tu bukan tempat tourist. 

Dah makan cari teksi Bluebird, drop by kat hotel amik luggage yang simpan di concierge. Then pegi airport. Kena 100k tambang teksi. Sangat2 ok daripada amik airport transfer haritu..kena 300k. Beza, memang berbeza :p

Sampai airport time tu dalam kol 4 lebih. Mama nak makan nasi dulu. Then baru cek in bagai2. Boarding ngan wheelchair ni hassle free gak la. Fastlane dan tak manyak kerenah. 1st masuk dalam kapai huhu..makan pon sedap malam tu KLM bagi nasi lauk ayam, kek dan apa2 jajan lagi. Oihh berapa kali makan daa huhuhu..sampai KLIA ingat nak beli tiket teksi ja tapi Q teksi punya panjang. So naik KLIA transit lagi macam waktu datang haritu. KL-Sentral ke Sri Gombak amik teksi. Sekian 4 hari 3 malam di Jakarta bersama mamaku yang comel.

Tuesday 13 May 2014

Jakarta : Restoran Bandar Djakarta, Ancol








Kerang dara rebus
Sotong masak pedas
Nasi goreng sotong
Jus alpukat
Kelapa muda


Udang saus padang


Fruits platter



Kerapu stim Hong Kong

Acara kemuncak percutian di Jakarta adalah makan seafood! Mula2 penat skit la sebab Q panjang. Full house beb walau sebesar2 alam restoren tu. Alhamdulillah dapat seaview punya seat. Pegi pilih la lauk2 tu..mintak masak ikut apa yang dorang suggest atau u nak apa. The best part tentulah harga dia murah!! Malam tu bill cuma 230k. Dalam 60 lebih duit RM..syiok!!

Owh ya nak cerita masa pegi naik teksi Bluebird dari Mangga Dua ke Ancol kena RM 6..masa balik teksi Bluebird gak tapi driver try nak main2..dia bawak pusing jauh sampai aku sergah..aku cam jugak jalan nak ke hotel tu..kena la dalam RM 10 huhuhu..kalau di biar tah mana2 dia bawak pusing..

Jakarta : Tekstil Suryadi, Tanah Abang


Ok hari ni dah habis feeling-feeling mak encik ade supir. Kami ke Tanah Abang naik teksi Bluebird saja. Kena dalam RM15 dari Mangga Dua ke Tanah Abang. Siap ada gula-gula kalau boring tengah macet boleh makan



Ini je la tujuan ke Tanah Abang. Nak beli japanese cotton @ kain katun jepang. Takde sape recommend aku google je. Memang best la kain2 kat sini. Ala2 Aunty Sona kat Pasar Baru Bandung.


Ni mama beli untuk menantu perempuan beliau



Main wassap ngan kakak aku yang memesan kain


Ni tema baju raya akak n 3 gurls


Ni akak punya lagi


3 ni aku punya. 2 selamat tempah ngan makcik Embun menitis.
Yang putih biru tu ingat nak buat kurung moden.
Tapi aunty Khime Sri Rampai suro anta lepas raya.


Yang ni buat kemeja kerja ngan aunty Khime jugak. Semeter RM 12. Aku balik tengok kat Jakel semeter from RM 70 onwards. Pengsan!!

Pasal teksi skit..nak balik cam susah giler carik teksi dengan macet dan air jalan yg kotor dan hitam adoi..serius la kotor. Suro pengamen pi carik teksi..bagi kat dia 10k. Then teksi ketok 100k balik hotel. Bukan bluebird. No choice naik je la. But still jimat lagi dari amik supir yang nak caj 550k utk whole day kan..

Monday 12 May 2014

Jakarta : Puncak & Cimory Mountain View



At Puncak







Strawberry milkshake and snacks




Cimory is a heaven for a milk drinker like me. 
Apa saja flavour sebut saja.. yang ni peach mango

Usai meneroka taman safari pak supir membawa kami jalan2 mendaki bukit ke Puncak. Pengalaman seakan ke Cameron. Kebun teh saujana mata memandang. Hawa yang dingin mengiringi perjalanan. 

On the way balik singgah minum petang di Cimory Mountain View. Alah konsep macam singgah minum teh kat Bharat Plantations on the way nak pi balik Cameron tu la,tapi dia siap ade fresh baked bakery dan wide range of fresh milk. Giler kentang besar dia punya chiller. Atas bawah kiri kanan semua susu..and menu restoren tu sangat banyak la..western tak western oder je la..tapi kami tengah kenyang lagi so makan saje macam dumpling ke ape nama ngan shake stoberi.

Balik ke Jakarta kena macet kaw kaw!

Jakarta : Taman Safari Bogor


Bekpes dulu


Nasi goreng sepinggan sama omelette


Bermanja dengan kuda belang


Tengok dolphin show. Binatang cerdik!


Abang Sheriff Dol


Mama suke dapat jalan2 hehe


Mama dan Red Indian




 Show koboi

Taman Safari Bogor ini terletak di luar kota Jakarta. 2 jam perjalanan ke sana. Tapi kami lawan arus so takla macet. Gambar haiwan2 banyak dalam digital camera. Tak guna sangat henpon takut zebra kunyah hehehe..sebelum masuk safari tu kami beli carrot tepi jalan. So boleh bagi diorang makan. Ada macam2 hewan la..tapi aku bermesra lebih dengan zebra. Pak belang lalu tepi kete relaks je..tapi masa tu cermin kete naik la..jangan nak bagi carrot plak. kang tangan  dah kerat separu hehe..

Owh ya  bayaran masuk bleh tahan gak 250k rupiah. Supir pon kami kena bayarkan juga. dia 100k ja sebab rakyat tempatan. Bayaran supir untuk trip ni adalah 750k. Dia bawak sampai Puncak petang tu.

Ada macam2 show dalam safari tu tapi kami tengok dolphin dengan koboi show ja. Kalau rajin nak tengok semua boleh ja. Pastikan ada jadual show dan jalan2 la kat dalam tu. Aku ralat sebab tak dapat peluk rimau belang..tu memang cita-cita aku sebelum pegi safari..takpe la peluk panda je la pasni

Sunday 11 May 2014

Jakarta : NEO Hotel Mangga Dua









Akhirnya tiba jua di NEO Hotel Mangga Dua untuk beristirehat. Aku telah menempah bilik ini di website Aston 2 minggu lebih awal. Guna promo code "BOOKDIRECT" dapat diskaun 10%. Satu malam untuk bilik standard lebih kurang RM 130 sahaja berserta breakfast untuk 2 orang. Di Jakarta ada banyak pilihan hotel. Aku pilih yang ni sebab harga berpatutan dan tak jauh sangat dari Airport. Walaupun cuma 2 bintang tapi servis masih tiptop sebab hotel ni bawah Aston chain. Nak spa service, in room dining semua boleh. Swimming pool je takdak hehehe..overal sangat puas hati dengan hotel ini.