Sunday 29 June 2014

Iftar bersama mamaku @ KGPA Bukit Kiara



1st day puasa dah angkut mama pegi makan buffet hehehe..ni 1st time mama try buffet Ramadhan dan beliau sangatla excited! 1st day dapat 50% off dari normal rate iaitu RM63/pax. Makanan memang banyak tetapi ku sudah tiada stamina membuffet secara bertubi2.

Sunday 22 June 2014

Pusing-pusing Kemamang


Tea break kat Kafe Sukiyang. Dulu nama Hai Peng. 
Sekarang Dah pindah ke Taman Chukai Utama dan terus tukar nama.


Jumpa nice spot kat mana tah


Boleh aje





Actually takde jalan mana sangat pon. Hari Sabtu tu dari KL singgah Kuantan dulu lunch di Gerai Poksu dan Moksu. Then langsung ke Cherating. Dah refresh dan recharge keluar pegi Turtle Sanctuary sebelah Club Med. Sendu jugak la tempat penyu tu huhuhu..dah tu ronda Pantai Mok Nik a.k.a Monica Bay ambik angin laut. Minum petang di Kafe Sukiyang dan pusing2 Chukai & Kemaman. Balik tu nak tapau nasi dagang di Kafe Farhan sekali abis la plak. Singgah gerai tepi jalan and tapau nasi goreng kampung untuk dinner di Casa Titik. 

Malam tu berkubang dalam pool lepas dinner. Then acara borak sampai lebam. Pillow talk sangat! Esok pagi pegi lawat kandang kuda dan mandi laut. Cek out then lajak sampai Kuala Kemaman cari ikan kat jeti. Seronoknya sotong sekilo seploh hengget panjang2 lengan. Ambik udang dan ikan parang jugak. Ikan kembong kecik pastu mahal skit so tak beli.

Pastu patah balik ke Kafe Farhan..tak dapat gak nasi dagang kerna..rupanya tu menu bekpes...so makan nasi campur je la. Sedap gak kena patin tempoyak huhuhu..dah selesai semua sebelum naik LPT singgah tepi jalan beli  kopok leko dan kopok keping. Maka pulangla kami berempat ke KL. Selesai 2 hari 1 malam ke Cherating dan Kemaman.

Saturday 21 June 2014

Casa Titik, Cherating


Swimming pool


Casa Titik at night




American breakfast. Malaysia breakfast adalah nasi lemak


Help yourself at the pantry


Me and Bambi


That is Bambu behind me hehehe


Sebelum berkubang





Trip lepas abis final exam. Gigih sangat hari ni abih peksa esok dah pegi Cherating. De-stress la konsepnya. Pegi 4 orang dengan mama, Pjot dan ibu beliau. Found this lovely place in the internet. Baru buka 7 months ago. The building has the influence of Spanish architecture. Very private cos it has only 10 rooms. Kami pilih family room dengan rate RM250 satu malam beserta sarapan untuk 4 orang. Boleh pilih American or Malaysian breakfast. Sebelah Casa Titik ade horse ranch so kami pegi la manja2 ngan kuda jap. Thrill woo dapat tepuk2 bontot kuda dan main janggut dia hehehe..pantai pon dekat sangat. Apalagi mandi laut la..pastu mandi kolam pulak..lepak pantry comel bancuh kopi jawa borak ngan Pjot sampai kol brape tah malam tu..nice place to stay for a peaceful getaway.