Sunday, 10 May 2015

Happy Mother's Day!


Acara keriangan bermula di waktu makan tengahari. Bawak mama pi makan di Omak Den, Melawati. Ternyata Omak Den turut menjadi pilhan para retis apabila ku nampak Shira & Ijoi serta keluarga sedang menyantap baik punya di meja depan sekali..logik la pasal umah Puan Maria Arshad (mak Ijoi) di Melawati juga..wah pesal ku citer pasal retis pulop?!


Kemudian mama kepingin kuih-muih Melayu tradisi yang jarang-jarang ditemui seperti apom lenggang dan kuih talam berlauk. So untuk hidangan minum petang kami pit stop beli kuih di Wangsa Melawati.


Usai acara membeli kuih kami terus ke AEON AU2 untuk memberi rawatan istimewa lipat-lipat untuk mama. Thai massage selama 1 jam cukup bermakna di Hari Ibu yang berbahagia. Sekian karangan mari bercerita sempena Hari Ibu 2015. I love you mama!!

No comments: