Saturday, 14 November 2015

Malacca in a Day (again)


Entry ni tiada gambar makanan walaupun tujuan perjalanan ini dibuat adalah untuk memenuhi selera tekak yang tak berkesudahan. Duduk tak duduk, tak semena-mena datang gian kepada kuih keria. Lalu aku mengetuk inbox messenger Cik Liza..tang mana la duduk kuih keria yang sering di post di media sosial itu wahai Cik Liza (baik tanya orang Melaka supaya sampai di jalan kebenaran). 

Maka keesokan harinya di pagi Sabtu yang indah maka aku terus memandu ke Melaka. Mula-mula lunch dulu di Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana. Verdict: Biasa-biasa sahaja. 

Lepas tu terus cari Masjid Limbongan yang di sebelahnya itulah terletaknya Kuih Keria Haji Jalil yang nghhhhh sedappppppnya!! 
Verdict: Sedap, terlajak sedapppp
 
Aku saja takmau paste sini gambar tu sebab nanti korang kang terseksa hehehe..Sampai-sampai bagi nama untuk order.(kakak tu siap sound, kalau lambat saya let go ye, ewahhh) Kena tunggu setengah jam, kuih tengah disediakan. So marilah ke masjid di sebelah menyahut seruan Illahi.

Lepas solat pegi balik kuih belom ready. Takpe, layan kuih kacang, ubi ketuk dan cekodok. Semua sedap. Tak tipu, cekodok pon sedap macam mak2 buat kat rumah. Tapi besar punya, lima kupang sebiji. Then tunggu peluh2 skit maka kuih keria ku yang 20 biji itu dah siap. 

Ambik dan bayar lepas tu terus ke Klebang Coconut Shake. Tak kuasa nak beramai-ramai kat dalam tu so tapau saje untuk minum dalam kereta. 
Verdict: Sedap OK2
 
Singgah jap tepi2 jalan beli cencalok then shoot terus balik KL, tengok2 Kaseh dah sampai hehehe..ni maksu beli kuih keria untuk Kaseh jauh2 berjalan..lalu akak terus masuk order, maksu kalau pi Melaka beli kuih keria 50 biji untuk kami. Tu diaaaa tak ingat2 order, sorg sepuluh biji naa...whateva asalkan bahagia!

Sekian Jalan-Jalan Cari Makan Melaka 2015. Kembali ke bilik berita.

No comments: