Wednesday, 30 December 2015

Perth 5D4N: Watertown Brand Outlet Centre and Gelare Perth

 

 One family photo before leaving Onslow Street, South Perth



Picked 3 lemons and bring back to Malaysia
I wonder how 
I wonder why
Yesterday you told me about the blue blue sky
And all that I can see 
Just a yellow lemon tree


We went to Watertown, enjoyed some sweet treats at Gelare. 
Above is Affogato (vanilla ice cream in espresso shots)


Waffle and ice cream


My pencil case from Smiggle. Gila tengok stationery kat sini.



Tak lupa beli kasut sepasang. Tambah koleksi loafers berwarna-warni.


2/9/2015, the last day in Perth We went to Watertown for a quick shopping sensations. Enjoyed some ice cream at Gelare. Bought Morris nuts and Mondo Nougats. Got a pair of shoes and new pencil case for myself. Pusing-pusing saja lah feeling2 shopping kat overseas. Genggam erat takmau belanja AUD500 yang tinggal pasal balik nak tukar phone. Note 2 aku buat perangai gila2 punya masa kalut kat Tulip Araluen. 

Abis shopping ala kadar, maka aku terus memandu ke Perth Airport. Sampai sana duduk di suatu sudut bersama troli. Bubye2 Kamilia yang nak masuk office. Kami makan bekal sandwich dan lepas tu check in. Sebab mama naik wheelchair jadi aku dan akak ikut fastlane di immigration checkpoints. Takde la acara hanjeng2 menghidu di airport. Tapi cuak tengok depa scan mama. Punya la lama....doa kumat-kamit macam2 supaya tiada masalah. Alhamdulillah semua lancar..then kami kumpul semua small notes dan coins bagi kat brother yang tolak wheelchair mama.

Dalam flight 5 jam sambung baca notes sebab esok petang nak interview E41 kat opis. Gegeh kan? Ala..tak success pon tapi aku puas hati sebab aku cuba yang terbaik. Aku well-prepared untuk exam bertulis dan 2x interview. Tapi sebagai muslim yang beriman kita kena percaya qadha' dan qadar. Rezeki sudah tertulis..jangan putus asa dan jalan terus!

 Bukti aku study sampai Perth hehehe

Well, tamat sudah catatan blog untuk Perth5D4N. Terima kasih sekali lagi untuk rakan sedarjah 6S SRKTSG-Kamilia Hani juga merangkap big boss Tourism Malaysia Perth, yang susah2 je sepanjang kami stay kat Perth. Thanks juga kepada akakku Erany yang selalu menenangkan keadaan. Thanks to Mama yang selalu buat muka whatever sepanjang kembara ini..hahaha..sambung lagi kembara 2016..mungkin winter di Istanbul atau spring di Seoul or whatever haha!

Tuesday, 29 December 2015

Perth5D4N: Kaili's Fish Market Cafe

 
Selepas puas bermanja dengan haiwan-haiwan ikonik Australia kami berkira-kira nak pergi ke Mandurah untuk tengok dolphins. Tapi macam mana tah kami decided untuk lepak Fremantle lagi sekali. Akak minat sangat dengan area Fremantle tu..mama kami bagi duduk di Tutti Frutti dekat dengan kereta. Kami berdua jalan di area kedai-kedai yang berlorong-lorong. Minum kejap dekat Dome lepas tu jalan lagi...owh santainya kehidupan masa tu hehehe..


 


Lepas tu nak repeat fish and chips..try Kaili's pulak. Aku ngade nak mussels goreng chili jugak. Bajet dapat goreng chili macam kat Bagan Lalang? Kuah tomato je lah! Tapi mussels tu fresh ya ammatt huhuhu..fish and chips sama sedap dengan Cicerellos yang kami try sebelum ni. Gambo kat atas tu view dari Kaili's...depan tu je Cicerellos haha



Lepas kenyang makan pegi balik Cottesloe layan sunset. Tak reti nak bayar parking pulak kat mana. Tahan orang tengah jogging bawak anjing tanya jap. Rupanya situ free half an hour. Punya la takut kena saman hahaha


Cottesloe yang dirindui...

Perth5D4N: Caversham Wildlife Park


Yeahhh kangaroo babe!! Long ago before anything I always have this wild dream to touch the kangaroo pouch. I just want to feel the coziness of joey while resting in their mama's pouch. But the rules and regulations do not permit me to do that. I just feed the kangaroos, they are tame and well-behaved. Come to mama, come to mama...


OK yang ni lawak sampai aku ngan akak gelak tersemboq2...sedap cakap kuat2 pasal mat salleh tak paham. Ente nampak itu bekas pink ada buah oren?Ni cerita dia..

Pada hari kejadian, ada rombongan Australian Islamic College (nama ja college tapi budak2 primary) mai dengan cikgu2 depa. Makanan kami letak ja kat kawasan rehat, aku dan akak jalan merata tapi mama jalan sat saja lepas tu rehat di sini.

Lepas tengok show semua kami pon..arghh lapar jom makan. Tengok mama dok menyuap elok saja. Ada benda macam pelik macam mainan budak dalam bekas pink buah oren tu tapi kami relaks ja. Ahh Kamilia yang packing semua pagi tadi ni, makan je...makan makan makan...ada mihun, sandwich, nuts, tidbits, coklat ape semua. Sejuk..lapar kot

Lepas tu tiba-tiba mai budak kecik dalam derjah 3 gitu selamba ambik bekas pink buah oren yang mana croissant dia aku dah balun dan apatah lagi mama dah makan. Woiiii!! Bekal pink buah oren tu dia punya laaaa...macam mana kami boleh tak perasan dan makan.

Gelabah kami mintak maaf dan offer sandwich ka tidbits apa semua...dia takmau, dia ambik bekas dia saja. Cikgu dia mai habaq kat kami depa tak boleh makan suka hati takut allergy gluten ke apa, mak depa dah pesan jangan makan sembarang. Apa nak buat..memang tak perasan..ended up tergelak2 aku ngan akak...mama buat muka whatever macam takdak apa berlaku..

Malu pon ada, lawak pon ada..kesian gegurl tu. Huhuhuhu..tapi memang tak perasan pasai bekal dia dok dekat bakul piknik kami...sorry la gegurl..nanti aunty belanja croissant cicah sambal bilis huhuhu


Mama while feeding the kangaroo


Wombat, Ranger and I.
Pegang sikit ja. Takut-takut berani.








Ni lagi satu magik. Tapi tak sempat capture. Masa sampai depan ni tiba-tiba semua kangaroo berdiri 2 kaki tegak-tegak macam nyanyi lagu kebangsaan. Ntah mungkin cara selamat pagi Australia kot camtu..kagum jap









We went there just 3 of us with the assistance of Google Map. The weather was clear and a bit windy. Perfect to stroll along the park. Admission fee to this park is AUD 26. It was a great experience, dream comes true for me..yeah..kangaroos just live in Australia while I live in Malaysia!

Monday, 28 December 2015

Kiku Zakura @ Great Eastern Mall



Ke Great Eastern Mall sebab nak melawat Big Brown Bag tapi tiada yang menareks. Tengok punya tengok Salmon Sashimi jugak yang best.

Sunday, 27 December 2015

Hidangan Salmon di IKEA



Jika ingin menikmati hidangan ikan salmon dengan harga mampu milik silalah berkunjung ke IKEA. Bagi pemegang kad IKEA Family, anda boleh mendapatkan sup cendawan pada harga diskaun dan 2 cawan kopi percuma!

Jangan risau dan berasa sunyi jika makan berseorangan. Pilih sahaja tempat duduk bersebelahan tingkap dan nikmatilah kehidupan.

Saturday, 21 November 2015

Perth 5D4N: Shopping at Big W and Coles


Ececeyyy..reti ke? Supervisor tunggu belakang boleh la..


Gigih membawa bakul Coles


Aku ada bakul. Ko hado?


 Cheezzyyy meeezyyy..


Boss Tourism check stock frozen food


Golden sangat!!




According to the itinerary, we were supposed to go to Mandurah after visiting Araluen. But it happened to be that we were way too late to catch the last boat at Mandurah. The boat will ferry the passengers to see dolphins at their natural habitat. Menarik kan huhuhu..tapi tak dan maka kami terus ke destinasi yang lebih menarik...tentunyaaaaa shopping!!

Kelabu mata tengok barang especially Corelle and chocolates. Eh macam Langkawi pula...boleh lah! Corelle tu 1 box 16 pcs set dalam AUD 69. Tapi ada tambah lagi 3 biji bowl sama pattern. Cekelat hmmm..malas nak ceghita la.

Lama jugak pusing dalam Big W. Abis aku belek barang-barang ala market survey gitu huhuhu.. first experience buat self check out. Scan barang sendiri, hulur duit masuk machine sendiri walaupun 2 kali panggil staff haha..lain kali kalau pegi Sam's Groceria di The Strand aku nak buat self check out dengan confident.

Keluar dari Big W masuk Coles beli barang makan pulak. Tau la hobi  ku memang pegi kedai..ada saja nak beli dan seronok je! hehehe..happy sangat walau hanya pegi 99 Speedmart ahaha..

Balik malam tu sambung makan nasi lemak...eh aku rasa pegi Perth lagi banyak makan nasi dari duduk kat KL. Habis beras Kamilia kami kerjakan ahahaha..thanks  Kamilia, susah-susah je :p

Friday, 20 November 2015

Perth 5D4N: Tulips in Araluen


























Subhanallah, walhamdulillah.. all praise be to Allah, cantik sangat!! Rezeki kami Allah nak beri peluang tengok bunga tulip tengah kembang. Tak silap Kamilia bagitau tulip ni kembang dalam 2 minggu ja. Lepas tu turn roses pulak.

Hilang segala keluh-kesah pagi tu kena pegi tukar kereta kat airport semua kan. Mula-mula masa sampai tu hujan selebat-lebatnya the moment kami sampai kat entrance beli tiket (AUD 15). Kena drop mama dan akak dulu kat kawasan bunga then parking kat atas bukit nun. Mengah jugak jalan lepas tu nak turun huhuhu..

Perasaan ini indah sangat...kalau orang cakap dalam hati ada taman...macam tu lah ahahaha..sempat menikmati hot chocolate di tengah-tengah ribuan tulip yang kembang..akhir sekali makan nasi lemak yang kami bawak bekal dari rumah. Lain macam sedap makan nasi lemak dengan tulip saujana mata memandang. Elok lipat tikar hujan lagi sekali. Aku ngan mama berlindung kejap ngan nenek2 mat saleh bawah bumbung kecik tepi tempat picnic. Akak dan Kamilia pi ambik kereta bawak turun pulak.

Ade sorang nenek mat saleh tu tanya aku. Are you muslim? You don't drink alcohol don't you? Aku dengan tegas poyo2 skit jawab. Yes I am a Muslim and drinking alcohol is prohibited in my religion. Pastu risau..dia ni nak offer aku vodka ke ape huhuhu..ye la tengah sejuk ni kan..

Sebelum kerisauan aku berpanjangan akak n Kamilia pon sampai..cayyalah akak! Berjaya bawak keta kat Ostolia walaupon 5 minit ja hahaha