Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Bandung: Roger's Salon & Spa


Acara wajib sebelum terbang balik ke KL. Roger's Spa ini terletak di Jalan Dago. Sederet dengan Amanda dan Kartika Sari serta factory outlets. Kami terjah je tak buat appointment pon. Aku dah warning awal-awal takmau couple room segala. Sudahnya nanti jadi macam kat Bali sakit perut dok gelak je huhuhu


Bilik siap ade kolam ikan koi. Amik pakej yang berharga IDR 300k. Rawatan selama 1 setengah jam tersebut adalah massage, scrub dan sauna. Masseur itu tak la berapa kuat so tak sampai tahap deep tissue cuma relaxing saje..then dia scrub badan pakai orange scrub. Buanglah kerak2 badan kan..last sekali sauna secara jemaah ngan akak dan mama. Aku dah agak dah..masuk ja bertiga sure pecah gelak punya..


Pas setel spa makan lagi sekali kat Sangkuriang. Kami bedal nasi goreng ja sebab nak cepat. Pastu nak gi airport dah.


Gelap plak gambo kat hotel..stended la gambar depan hotel time nak balik


Sempat singgah Amanda ngan Kartika Sari lepas spa session untuk dibawa pulang. Amanda brownies kukus original memang lazat. Satu makan kat rumah satu bawak opis. Sedaplah brownies tu..terus tempah tiket lagi nak gi makan brownies je huhuhu

Overall Bandung best untuk membeli-belah. Sightseeing spot kurang la. Ade Kawah Putih ngan Tangkuban Perahu je. Compared to Bali yang ada pantai, tanah tinggi, laut, cultural show, watersport and such. Ikut selera masing-masing. Tapi makanan sedap kat Bandung lagi..dan tiada was-was kerana 90% penduduknya muslim.

Next trip? Tunggu!!

Tuesday, 9 April 2013

Bandung: Batagor dan Siomay Kingsley






Makanan yang dikirim oleh sepupuku. Kalau dia tak kirim aku pon tak tau kewujudannnya. Harga bley tahan sebiji tauhu tu IDR 9k. Set satu polisterin tu ade 5 batagor dan 5 siomay jadi la IDR 90k. Tapi kan tauhu di Bandung memang lain macam sedapnya. I bet lagi sedap kalau makan kat situ. Ni kami tapau goreng separuh masak. Sampai umah goreng balik sampai garing. Masih sedap tapi kurang segarlah.

Satu lagi benda yang sedap di sini ialah pisang salai. Tak cukup 2 peket huhuhu..yang menyesal tak beli ialah pisang goreng tepung nipis je tabur cheese..mase tu baru pas kena sate arnab jadi tak bernafsu sangat..tapi bila sampai rumah terbayang2 kat skrin mata..mungkin kena terbang ke Kuching kena pisang cheese kat kedai mee raja area pasar satok tu huhuhu..Malindo tengah murah tu RM 38 pi Kuching cekidaut!

Monday, 8 April 2013

Bandung: Tangkuban Parahu














The only thing yang ku tertewas dengan penjaja di kawasan gunung berapi tu..topi bulu arnab ala2 Kasparov..sobinier untuk abangku huhuh.. mula2 penjual tu letak IDR 200k. Ko ingat aku nak kasi? Mintak 50k tak dapat. Last2 70k sold huhuhu..mama tewas ngan tasbih batu gunung berapi. 200k jadi 50k untuk 5 tasbih. Sebenarnya kesian jugak kat penjaja kat situ..walaupon pak supir dah pesan jangan dilayan tapi takpelah..rezeki doranglah.

2 minggu sebelum datang Bandung news kata gas sulfur keluar banyak so tangkuban ditutup untuk pelawat. Tapi by the time kami sampai dah selamat dan dibuka semula. Dapat la pegi tengok gunung berapi ni..tapi main kot atas je..tak kuasa la nak jalan turun sampai bawah..lagipon akak takmau jalan ke arah kawah tu takut semput kene asap belerang tu..

Sunday, 7 April 2013

Bandung: Warung Sate Kelinci Pak Sapri, Lembang


Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu ada banyak gerai arnab. Ternak arnab dan juga masak arnab. Sila jangan kesian sebab comel sangat nanti tak bleh makan 




Ni la dia sate arnab tersebut. 20 cucuk harganya IDR 44k. Jatuh secucuk dalam tujuh posen. Kalau kat Sate Samuri RM 1.60 secucuk. Perghhh tender and juicy daging arnab itu..owh arnab kau memang enak bila jadi sate. Time makan ujan renyai2..elok la mkn arnab kasi hangat badan huhuhu



Kat tepi tu otak-otak style indon. Isi kaler kelabu bukan oren. 10 keping IDR 40k. Agak mahal la. Kalau kite lima posen je kan. Cuma mula2 kami takmau bila dia letak atas meja sbb nak makan arnab. Sekali try satu sedap pulak..last2 abis 10 huhuhu...

Saturday, 6 April 2013

Bandung: Mitra Sederhana Pasteur-Masakan Padang, Kartika Sari & Amanda Brownies


 
Entry Bandung dah tak ikut sequence. masa gi LCCT Abg Pozi anta. 11 pagi dah sampai airport padahal flight jam 3.55 ptg. Saje gerak awal pasal ade F1 kat litar sepang. Takut la jem ke hape. Last2 take off 4.15ptg..flight smooth saja. Touch down kat Bandara Hussein Sastranegara time tu dah nak gelap.

Terus Pak Jaja bawa ke Mitra Sederhana Nasi Padang. Memang Sederhana je taste masakan kat situ huhuhu..kena dalam IDR136k. Langsung ke Amanda Brownies. Akak dari KL dok sebut tu je. Pas Amanda ke Kartika Sari. Beli untuk makan kat hotel huhuhu..nampak sangat first timer to Bandung. Ingat brownies jer. Sale keju tu best..tapi pastu jumpa pisang salai yg lagi best kat Batagor Kingsley.

Friday, 5 April 2013

Bandung : Restoran Sangkuriang -Khas Sunda dan Oriental


Set nasi timbel ayam kampung


Set nasi timbel ikan nila


Es kelapa sundana yang enak sekali



Ibuku tersenyum gembira dapat bersiar2 di Bandung

Balik dari Kawah Putih kami lunch di Sangkuriang. Riang betulla siap tapau 3 set lagi untuk makan malam. Sedap betul nasi timbel. Nasi dalam daun pisang sangatlah wangi.

Habis makan ronda-ronda area Cihampelas. Akak beli t-shirt lagi. Aku mencrit di outlet Ironman. Haru-biru makan stoberi banyak giler ahahaha..

Thursday, 4 April 2013

Bandung: Kawah Putih, Ciwidey


Breakfast by the pool 

Mari bercerita lagi. OK on the 3rd day at Bandung we went to Ciwidey to visit Kawah Putih. The journey was so stressful sebab macet merata. Tido bangun tido bangun masih macet. Mama pulak kemuntahan dan keciritan. Mujur masa berenti kat apotek @ farmasi beli ubat amik extra plastik. Kalau tidak banjir muntah la Avanza Pak Jaja huhuhu..puncanya pagi tu tak makan nasik. Amik mihun ke ape..masuk angin keluar asap...



Variety of foods served as the buffet spread



Beautiful scenery right here. Never experienced something like this before


Feeling winter sonata pon ade


Me and my sista

Naik Kawah Putih tu sekali ngan keta ngan tiket kena IDR200k. Tak boleh lama-lama. Akak sampai kena asthma attack turun kat kawah tu. Sekali lagi mujur dalam handbag aku ada ventolin inhaler. Aku elok pulak. Cuma mengah skit naik tangga punya banyak. Kiranya bau sulfur tak trigger asthma aku la.



Gede-gede stoberinya buk..sekilo RM 10. 
Apalagi tamak amik 2 kilo. Makan sampai mencrit!!

Dah takmau lama2 turun balik gi kat gerai2 stoberi. Memang besar2 buah stoberi kat situ. So far tak jumpa lagi kat Cameron besar camni..nak celup coklat pon bleh..tapi aku makan gitu je sebab manisnya kau..

Wednesday, 3 April 2013

Bandung : Lunch @ Kedai Belacan



 Tauhu bercili pedas giler. Tauhu kat Bandung sedap plus lembut lain macam


Gurame Sweet Sour


Kangkung belacan


Empal Daging



Jus Alpukat yang sentiasa menjadi favourite drink di Bandung


Day 2 : Pagi2 terjah Pasar Baru buat suit. Akak pulak meroyan di kedai cotton Sona Textile. Mama tewas dgn berbelas telekung. Aku pon terjebak dengan 5 pasang kain cotton di Sona. Tak jejak pon semua lantai. Letih aaaa..

Pas Pasar Baru pi Toko Tiga tapi tak beli pon jeans. Beli T-Shirt je 2 helai. Kat Cibaduyut pon tak beli jaket or barang kulit. Memang tak plan nak beli. So pi washing eyes je la. Then baru gi lunch dah jam 3 ptg. 

Ada satu menu lupa nak snap iaitu cumi telur asin. Setapppp!!! Food kat sini pedas2 belaka. Kena dalam IDR280k utk semua tu..Gurame tu la mahal..takpe la sekali sekala feeling acik kayo makan kek restoran huhuhu..

Pas makan terjah Jalan Dago untuk buat lawatan ke segala outlet. Hujan turun mencurah ke bumi.



Singgah juga ke Rumah Mode. Menyambar sehelai dua ape yang patut. Tak lupa menapau roti dan kek yang sedap2 di bakeri.



Akak beli beg sekolah untuk Aisyah kat Terminal Tas. Aku tak berkenan ape pun..rase macam jalan kat PS Boutique version dalam kedai je..camne nak bezakan LV, Gucci, Burberry gred AAA ngan ori aku pon tak tau..tapi kalau aku pakai LV sure la org tau tu imitation punya ahahahah...

Tuesday, 2 April 2013

Bandung: Aston Braga Hotel & Residence


This is my room


Living room. TV tak flat screen. Sliding door kunci. Kalau nak bukak kene letak deposit IDR 50k. Ape bende ntah..


Nak masak atas hot electric hot stove bleh, nak siang ikan ade sinki.
Tapi kami bancuh Sosro black tea je la..


Mama ngan akak lepak bilik ni..satu malam je..2 malam lagi aku nyempit celah ketiak mama..malam last lagi aaa mama kene dengar rintihan sbb tailor made suit aku tak sampai2...


Bathroom selesa tapi nape towel agak uzur conditionnya


I can fit size 5



Sosro black tea sambil makan brownies

OK je hotel ni. The main plus point is breakfast buffet spread yang hebat. Dari asian ke continental dan sunda ke ape..u name it. Semua terhidang dan lazat2 belaka. So kami isi lebih skit dan boleh la extend lunch lambat2. Lunch biasanya dalam jam 3 petang huhuh..

Rate boleh tahan la sbb amik 2 bedrooms condotel. Book ikut booking.com. Mase book dia tak caj credit card. Cuma kene guarantee booking dgn kad tu je..semua skali kena RM866 utk 3 malam.

Pool dekat sebelah tempat breakfast. Tak sempat test pon..Hotel ni sebelah je ngan Braga City Walk. Nak jalan pi Pasar Baru pon boleh tapi kalau naik kete 2 minit sampai hehe..overall hotel ni selesa dan staffnya mesra2 belaka.