Tauhu bercili pedas giler. Tauhu kat Bandung sedap plus lembut lain macam
Gurame Sweet Sour
Kangkung belacan
Empal Daging
Jus Alpukat yang sentiasa menjadi favourite drink di Bandung
Day 2 : Pagi2 terjah Pasar Baru buat suit. Akak pulak meroyan di kedai cotton Sona Textile. Mama tewas dgn berbelas telekung. Aku pon terjebak dengan 5 pasang kain cotton di Sona. Tak jejak pon semua lantai. Letih aaaa..
Pas Pasar Baru pi Toko Tiga tapi tak beli pon jeans. Beli T-Shirt je 2 helai. Kat Cibaduyut pon tak beli jaket or barang kulit. Memang tak plan nak beli. So pi washing eyes je la. Then baru gi lunch dah jam 3 ptg.
Ada satu menu lupa nak snap iaitu cumi telur asin. Setapppp!!! Food kat sini pedas2 belaka. Kena dalam IDR280k utk semua tu..Gurame tu la mahal..takpe la sekali sekala feeling acik kayo makan kek restoran huhuhu..
Pas makan terjah Jalan Dago untuk buat lawatan ke segala outlet. Hujan turun mencurah ke bumi.
Singgah juga ke Rumah Mode. Menyambar sehelai dua ape yang patut. Tak lupa menapau roti dan kek yang sedap2 di bakeri.
Akak beli beg sekolah untuk Aisyah kat Terminal Tas. Aku tak berkenan ape pun..rase macam jalan kat PS Boutique version dalam kedai je..camne nak bezakan LV, Gucci, Burberry gred AAA ngan ori aku pon tak tau..tapi kalau aku pakai LV sure la org tau tu imitation punya ahahahah...
1 comment:
Great article n useful source if u come visit bandung sometimes... Must try those tahu spicy tahu soon
Post a Comment