Showing posts with label Janda Baik. Show all posts
Showing posts with label Janda Baik. Show all posts

Sunday, 11 October 2015

Pinto Coffee at Janda Baik


Dalam beberapa bulan lepas akak dan geng Kaboom beliau telah berkelah di Teratak Pak Lah kat Kg. Janda Baik ni. Husband salah seorang geng Kaboom itu adalah kawan baik kepada Uncle Seekers. Uncle Seekers lah yang telah memperkenalkan Pinto Coffee ini kepada semua geng yang datang pada waktu itu. So akak membuat sedikit kempen promosi kepadaku. So that aku boleh berkongsi informasi tentang cafe di celah hutan belantara untuk semua pembaca blog Elle is Everywhere. Benda baik eloklah dikongsi bersama, moga ada manfaatnya..


Kebiasaannya kita yang tinggal di bandar hanya berpeluang menikmati hidangan lazat di celah-celah hutan batu dan cafe-cafe di dalam kompleks membeli-belah. Namun begitu di Pinto Coffee ini keadaannya begitu berlainan sekali. Lihat sahaja latarbelakang gambar couple of the jungle ini. Ya...itulah hutan belantara Janda Baik yang masih dara..eh..aku pon dah konpius ngan ayat sendiri hehehe


Cafe ini memang terletak di dalam hutan, atas bukit pula. Syukurlah Honda Bandar mempunyai paddle shift yang berupaya diletakkan dalam mode S. Maka drive macam manual tambah tolak sikit-sikit, lama-lama sampai atas bukit. Tapi jangan risau kalau takde paddle shift aku tengok banyak je keta lain sampai atas nun. Agak curam mula-mula nak naik tapi bayangkan drive naik Genting je lah!Tapi versi 5 minit  mendaki..tak jauh pon.


Kelihatan Kaseh bermain-main dengan nombor meja. Ini sebelum dia nak rebut drinks Aisyah & Raihan. Order lain daripada orang, dah sampai takmau minum sendiri punya. Macam2 betul si Kaseh ni huhuhu..kompem bukan perangai maksu XD. Kelihatan kek carrot walnut yang agak moist. Verdict: Kek Carrot kat Hillside Corner Bukit Antarabangsa jauh lebih lazat. Tapi untuk versi dalam hutan bolehlah 3.5/5.


Pancake pon so so aje. Aku buat kat rumah pakai tepung Pillsbury lagi sedap.



Iced Chocolate or something..hmm more like a Dutch Lady milk


Spaghetti Aglio Olio, bley tahan la




Betik nan sebatang


Real jungle


Path to the jungle


Hipster cafe versi dalam hutan. thank you to akak yang memayungi sesi minum petang dengan background music suara rimba...

Obviously dari segi rasa makanan, ia boleh dipertingkatkan lagi dengan menambah kualiti bahan. Contohnya bila kata hot chocolate, bubuh la betul-betul serbuk coklat yang pure. Biar rasa, jangan cayo je macam susu budak...haish...bukan nak komplen cuma nak ada penambahbaikan...(macam la manager Pinto baca blog aku haha).

I see the potential of this place. But if they cannot improve and maintain quality of the foods, then what is left to talk about. Come on la, this is a makan place. If you just wanna enjoy the nature, there are plenty other places in the compound of Janda Baik for you to explore. Nevertheless memang tempat ni ada keunikan dan niche elements tersendiri.

Why not u just drop by and feel it yourself huhuhu..I think I've spell out everything from my experience and observation. Perhaps I will come back someday with my friends, hey..it's a nice place after all. 

Teratak Pak Lah : Revisited








Join kekanak berkubang di Janda Baik. Seronok kot.

Sunday, 11 January 2015

Teratak Pak Lah, Kg. Janda Baik @ Pahang.











Hari minggu dengan cuaca yang sungguh baik, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kg. Janda Baik is just 35km away from Sri Gombak. Aku pernah pegi 2 kali kot. Sekali lepak kat Seri Pengantin tapi kena cirit-birit yang teruk. Terlantar kat bilik dari check in sampai check out. Sekali lagi teambuilding Matrade kat Cherengin Resort. Ni 3rd time, pi berkelah kat Teratak Pak Lah. Pak Lah punya spot sangatla nice. Privacy at it's best. Anak sungai yang mengalir deras. Yang penting tempat ni super bersih. Dijaga elok dan tuan punya sangat ramah-tamah. Akak stay overnite kat chalet. Aku ngan mama balik sebab anak-anak bulus dok tunggu depan pintu. Akak kata tak boleh lena sebab terlampau sejuk hawa di dalam hutan. Selimut dapat nipis kot. Lain kali sila bawa toto secukupnya boleh bungkus badan hehehe...

Akak marinate macam-macam. Dari ayam kampung, ayam bandar dan udang. Buat pulak sup tulang panas-panas. Nasi bertambah-tambah. Lepas suap nasi pi berendam. Lapar je langkah skit pi kat pangkin makan lagi. Pisang la brownies apa semua. Aku ngan mama tapau mc chicken ngan nugget ja kat drive thru sebelum Tol Gombak. Betul2 enjoy la, jarang-jarang dapat bermanja dengan alam semula jadi.