Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Monday, 15 September 2014

East Coast Trip: Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Tumpat


The most wanted Roti Titab at Kopitiam Kita. Makan juga Nasi Berlauk Tumpat. Google maps buat pasal bawak sampai Pengkalan Chepa. Memang hangin la huhuhu..then cari kedai emas serata KB. Carik spare part subang 2 ketol yg kehilangan bottom part. Acara masuk keluar kedai berlangsung dengan pantas. At last dapat juga kat satu kedai kecik ni. Emas tengah murah ni kira ok la rega yang dapat tu. Daripada Habib nak sampai 700 untuk buat mould balik ape semua...sukses sukses!! 


  
Then pandu terus ke Pengkalan Kubor. Sightseeing sampai Pantai Sri Tujuh. Then balik singgah beli pulut panggang inti serunding ikan. Sedap! lalalalala


Mama punya kaftan

 
Malam makan dekat je ngan hotel. Jalan kaki ja... 
Nasi Kukus Warisan (Kebun Sultan) 
RM 5.50



 

Dan juga Maggi Ketam yang mabeles , RM 32. 
Ketam nipah 2 ekor, udang galah 4 ekor. Mantap!!  

Esok tu check out dan terus drive ke KL via Kuala Krai-Gua Musang-Merapoh-Lipis-Raub-Bentong-Gombak. 7 hours smooth journey dan penuh kesabaran jalan tanpa highway. Sekian kembara 4 hari 3 malam ke Pantai Timur 2014.

Sunday, 14 September 2014

East Coast Trip: Kubang Kerian dan Wakaf Che Yeh

   

J.A.W.I!!

 
  


Menziarahi sahabat lama, Azmawanie yang baru sahaja melahirkan anak yang kelima. LAJU :p

Susah2 Wanie masak dinner untuk daku dan mama hehehe..rumah Wanie kat Kubang Kerian.



Jalan-jalan kat Pasar Malam Wakaf Che Yeh. More or less like Uptown saja..
 

The famous Baba Ice Cream
 

Rege makanan panas.
 
 
Holiday Villa KB waktu malam

East Coast Trip : Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu

  
Selepas daftar keluar dari TH Hotel KT kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu melalui Setiu- Permasuri-Jertih-Pasir Putih-KB. It took forever to reach KB. Erghhh serius aku terseksa sebab aku mmg long distance driver...tapi dengan highway la huhuhu. 3 jam tersengguk2 sat ikut lori, sat ikut kete yang bawak cam makan angin. Hadap je la kan..

Sampai di Holiday Villa dah jam 3 petang. Badan cam letih sayor. Masuk bilik kecik plak. Segala2 tentang hotel ini adelah kecil. Tapi takleh nak komplen banyak sebab nak gi hotel lain pon kebanyakannya penuh. Hujung minggu di cuti sekolah. What do you expect? 

Sakit hati skit je la pasal esok tu aku turun nak bekpes kol 10.20 pagi dia dah tak kasi masuk. Kata sampai 10.30..10 minit sempat kot aku nak pecahkan telor 2 bijik makan dengan toast. Berkira!