Wednesday, 10 April 2013

Bandung: Roger's Salon & Spa


Acara wajib sebelum terbang balik ke KL. Roger's Spa ini terletak di Jalan Dago. Sederet dengan Amanda dan Kartika Sari serta factory outlets. Kami terjah je tak buat appointment pon. Aku dah warning awal-awal takmau couple room segala. Sudahnya nanti jadi macam kat Bali sakit perut dok gelak je huhuhu


Bilik siap ade kolam ikan koi. Amik pakej yang berharga IDR 300k. Rawatan selama 1 setengah jam tersebut adalah massage, scrub dan sauna. Masseur itu tak la berapa kuat so tak sampai tahap deep tissue cuma relaxing saje..then dia scrub badan pakai orange scrub. Buanglah kerak2 badan kan..last sekali sauna secara jemaah ngan akak dan mama. Aku dah agak dah..masuk ja bertiga sure pecah gelak punya..


Pas setel spa makan lagi sekali kat Sangkuriang. Kami bedal nasi goreng ja sebab nak cepat. Pastu nak gi airport dah.


Gelap plak gambo kat hotel..stended la gambar depan hotel time nak balik


Sempat singgah Amanda ngan Kartika Sari lepas spa session untuk dibawa pulang. Amanda brownies kukus original memang lazat. Satu makan kat rumah satu bawak opis. Sedaplah brownies tu..terus tempah tiket lagi nak gi makan brownies je huhuhu

Overall Bandung best untuk membeli-belah. Sightseeing spot kurang la. Ade Kawah Putih ngan Tangkuban Perahu je. Compared to Bali yang ada pantai, tanah tinggi, laut, cultural show, watersport and such. Ikut selera masing-masing. Tapi makanan sedap kat Bandung lagi..dan tiada was-was kerana 90% penduduknya muslim.

Next trip? Tunggu!!

No comments: