13 April 2016
Menyibuk masuk dalam luggage. Moga terbuka hati tuan ku membawaku bersama...kata hati Tito. Memang tak dapat la yer..
Menghantar 2 anak bulus untuk tinggal di bawah jagaan Dr. Suzana selama 7 hari. Minta grooming skit, potong bulu, kerat kuku dan pakai ubat kutu sekali. Tito buat muka boring manakala Toby buat muka whatever time ni ehehe..kesian, tapi apakan daya..
Kali ni terbang dengan Vietnam Airlines. Haruslah transit di Ho Chi Minh City. Satu pengalaman baru tapi kalau boleh next time memang taknak la transit2 ni..penatttt! Beli kopi cap helikopter bayar guna RM je.
14 April 2016
Flight dari KLIA jam 2050, tiba di Incheon 0600. Ingatkan kami ja sampai rupanyaaaaa beratur panjang beb, banyak arrival pepagi ni.
Tapi oleh kerana Mama di kerusi VIP, kami berdua skip queue selama 2 jam. Kesian ahli rombongan yang lain kena berdiri lama. Kami pun kesian juga tunggu lama di balai ketibaan. Sementara tu sempat pegi beli minum pagi dan beli sim kad Korea untuk aktiviti media sosial di Seoul.
By the way aku sangat kagum dengan wajah awek yang tolak wheelchair mama tu. Ya Allah licin mulus jelita. Aku curi-curi pandang sekerap mungkin. Taknak la nampak jakun sangat dengan kelawaan orang Korea hehehe..
Pergi tinjau kesejukan Spring in Seoul. Nampak kemas dan bersih sangat persekitaran Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Cancer Zone (smoking area) di bahagian luar airport. Boleh la lepas gian sepam dua untuk yang merokok. Kat tempat lain jangan cuba-cuba nak merokok. Siap lah Korean Won nak bayar denda nanti.
Habis boring dah tunggu. Aku pi bergambar ngan maskot berpakaian tradisional Korea. Diorang pon layan je aku pelancong yang kebosanan di airport.
Display board pon bahasa Korea.
Trip kali ni aku ngan mama ikut Makcik Ana (adik Makcik Tipah). Makcik Tipah ni orang kuat Masjid Ittifaqiyah Sri Gombak merangkap jiran lama kami la..eh siap cerita salasilah la pulak!
All in tiket+makan+hotel+tour+entrance ticket fees eh bebetul semua lah
RM 2850 nett untuk 5 hari 4 malam. Siap duit poket kot teringin nak beli apa-apa je lah.
Bulan 11 nanti Makcik Ana buat trip pegi Istanbul, 25 Nov-4 Dis. Dalam
RM 4500 harga all in. Sapa minat bagitau la. Haii siap marketing lagi hahaha..
Group kami ada 41 orang semuanya. Memang rombongan Cik Kiah sangat. Range umur dari 20-an hingga 60-an. So mixed development lah. Seronok sangat..hahaha, tunggu cerita selanjutnya, banyak lagi hehehe..