Saturday, 5 August 2023

Enam bulan pasca pemergian Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat, 17 Februari 2023

Mama telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 3.45 petang di Hospital Selayang akibat jangkitan kuman di dalam paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa pulang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata setelah disempurnakan di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak. Inilah pengalaman aku yang pertama memandikan jenazah, ya jenazah ibu aku sendiri.

Sewaktu sedang berada di dalam keramaian sanak-saudara, jiran-tetangga dan sahabat-handai yang mengunjung masih tak terasa sebak kerana agak kalut ke sana ke mari. Tetapi apabila tetamu semua dah balik owhh mulalah kesedihan sedikit demi sedikit mencengkam hati. Itu boleh tahan lagi sebab Akak dan Ezam teman kat rumah selama tiga hari. The real battle of loneliness strikes lepas aku perlu menjalani kehidupan secara bersendirian tanpa Mama di sisi.

Orang bercerai hidup iddah 3 bulan, bercerai mati 4 bulan 10 hari, aku dah sampai 6 bulan baru nak betul-betul heal. Ye la aku duduk celah ketiak Mama sejak bayi kot. Setiap kali aku nak menulis kat blog ni pasal pemergian Mama, baru nak tulis Assalamualaikum - baru tekan huruf A dah berjurai air mata pilu. Rosak pulak keyboard aku nih karang. Tutuplah dulu, nanti try tulis lagi.

Tangguh punya tangguh dah dekat 6 bulan simpan cerita, even kat social media pon aku tak tulis apa-apa berkenaan perkara ni. I'm just heartbroken by the passing of my mother, beyond sad, no words can describe my feelings. Syukurlah Akak dan Ezam very supportive, they are always there entertaining soalan cepu cemas aku di dalam WhatsApp. Same goes to my dear friends, they always ask about my condition every now and then.

Selain daripada tu aku develop minat yang baru iaitu brisk walk. Petang lepas kerja mesti jalan dalam more or less 5km. Aku pegi either Titiwangsa, Metropolitan, Tasik Sri Gombak or kalau malas sangat around Fasa 2 je aku terpusing-pusing. Lepas tu Tito dah ramai kawan sekarang sebab aku feed strays. Geram juga tengok kadang-kadang tu Tito kena buli tapi takpe la Tito yer kita kongsi rezeki.

Ada benda yang aku nak start tapi aku belum confident - SWIMMING. Sebab lepas keluar ICU tahun lepas macam cepat penat sikit. Tapi tak lama lagi dah ni aku nak cukupkan keyakinan, asyik mandi dalam bilik air je, nak juga mandi kolam, kan..

Apelagi nak cerita, ish dah tak sync tajuk dengan isi penting. Kat atas tadi bukan main formal kan. Begitulah penulisan yang tak organised. Ye la bukan mengarang untuk Annual Report. Blog jer..

Actually perkara yang amat aku takuti dah berlaku, Mama dah pergi buat selamanya meninggalkan aku dengan rindu yang tak berpenghujung. Hanya doa dan segala kebaikan dapat aku kirimkan untuk Mama di alam sana. Buat sahabat yang membaca nukilan ini mohon sedekah Al-Fatihah untuk ibuku Hajah Mohani binti Haji Ali. 

Terima kasih dan salam hormat.