Akhirnya tiba jua di NEO Hotel Mangga Dua untuk beristirehat. Aku telah menempah bilik ini di website Aston 2 minggu lebih awal. Guna promo code "BOOKDIRECT" dapat diskaun 10%. Satu malam untuk bilik standard lebih kurang RM 130 sahaja berserta breakfast untuk 2 orang. Di Jakarta ada banyak pilihan hotel. Aku pilih yang ni sebab harga berpatutan dan tak jauh sangat dari Airport. Walaupun cuma 2 bintang tapi servis masih tiptop sebab hotel ni bawah Aston chain. Nak spa service, in room dining semua boleh. Swimming pool je takdak hehehe..overal sangat puas hati dengan hotel ini.
No comments:
Post a Comment