Trip bulan Ogos 2016 huhuhu dah berzaman baru nak masuk blog
First pit stop di Bentong mana lagi kalau bukan Lemang Tokki. Sampai awal so takde la beratur panjang nak berjuang dengan para bikers. Lepas bersantap di Lemang Tokki pindah gerai sebelah..jumpa uncle ni makan durian dia. Mama kalau jumpa durian macam ni lah..
Kat Kuantan lepak ape ke nama tempat ni..Le Village ke ape. Dapat rate murah gak last minute booking less than RM150. Ok la bersih dan aman.
Keluar bilik boleh , jenguk sikit bleh aa nampak pantai
Minum petang kat Joe Mee Calong. Tak berapa minat sangat. Boleh aa cuba sekali
Mee Calong itu
Nampak putu piring mesti nak try. Peminat setia putu piring dan putu-putu yang sewaktu dengannya
Malam lepas Maghrib pegi Teluk Chempedak jumpa member kejap
Cam biasa la layan selfie sepukul dua
Drive further up to Kuala Kemaman to stock up seafood
Yang ni lunch kat Poksu & Moksu area Peramu
Bermalam di Kuarters Penjara Bentong- rumah Abang Chaq. Takmau layan highway jem melekats. Lepas subuh esoknya gerak balik rumah and selamat masuk opis dengan ceria huhuhu