Day 3: July 29th, 2019
I woke up a bit late that morning to compensate yesterday's massive loss of energy. I still remember heating a pack of instant rice porridge and spicy cockles at Five Stones Hostel pantry just to kick start the day with quick energy. A cuppa hot coffee is a must to keep my eyes wide open. I left my luggage at the hostel and walked to Bugis MRT station, boarded the train to Farrer Park and walked a little bit to Mustafa Centre. Grabbed my Gucci Rush and a few insignificant buying which was done without careful thought. Yeah, spending SGD like MYR- spend now regret later or? Never regret for what have happened coz what's meant for you is yours hehehe..ala, duit ni macam daki. Hari ni mandi, cuci-cuci bersih, esok dia mai lekat pulak. Cemtulah kitaran kehidupan, keep going je.
Lepas kepeningan bau perfume yang pelbagai di Mustafa Centre, aku pon mula mendapat isyarat kelaparan lalu berhenti di kedai makan biryani ayam dan teh ais. Selepas itu aku kembali ke Farrer Park MRT station dan menaiki MRT ke ION Orchard Road Station. Niat nak cari surau di dalam pusat membeli-belah tetapi di situ tiada ku jumpa. Maka dengan bantuan meja khidmat pelanggan aku berjalan sehingga ke hujung jalan dan berjumpa dengan masjid ini. Selamatlah boleh solat jama' namun jama' takpayah jangan sekali!
Best jugaklah masjid ni, selesa lagi nyaman dengan pendingin hawa. Tafsir pimpinan Ar-Rahman pula berbahasa Cina memenuhi rak. Ruang ambil wudhu' cukup selesa untuk muslimat. Ada pula di satu sudut kelihatan kaum hawa sedang belajar mengaji dengan gurunya. Nampak hidup masjid ni dengan aktiviti bebas masa sendiri, bagai sebuah pusat komuniti tanpa dimonopoli oleh AJK atau pihak tertentu. Konsep masjid untuk semua.
Setelah puas menikmati masa sendiri merenungi jalan yang telah dilalui, aku kembali berjalan sesantai mungkin di sepanjang Orchard Road sambil mengintai gerai aiskrim mana yang akan mendapat SGD1 sebagai tukaran dengan aiskrim dikapit roti pelangi, weh ade banyaklah! Taktau nak pilih yang mana satu.
Aku cuba tidak menyantuni Isetan di petang itu kerana keadaan amat bahaya, 2 keping kad kredit meronta-ronta minta dileret untuk apa saja yang berkenan di hati. Kad debit pula masih tebal kerana gaji baru sangat masuk. Maka aku hanya tersenyum berselfie dan tidak tunduk kepada nafsu impulsive buying yang selalu meraja dan membelai jiwa. Tahniah kepada diri sendiri kerana mampu flip tudung dan berlalu pergi penuh yakin!
Perjalanan diteruskan ke MRT Marina Bay. Nak catch sunset tapi tah mana-manalah sunset pun. Sempat guna laluan bawah tanah Fullerton Hotel hasil bimbingan hadek-hadek Kota Singa yang ramah tolong ambil gambar dan macam nak teman sekali aku berjalan, heyyy kalau berwajah manis dan memikat memang selalu jadi pojaan, eh?!
Tah gambar pon dah macam tak in sangat, senget. Maybe dah penat jalan la nih
Ok dah malam. Singgah Starbucks cari mug untuk sahabat dan minum apetah air sedap la jugak sebab dahaga yang amat sangat. Orang ramai pulak melaut, nak tengok kecantikan alam yang tak semulajadi sangat tu.
Cantik, tapi sejak nak tua ni aku tak suka tempat sesak, jadi aku tak enjoy. Buat-buat macam enjoy tapi sebenarnya taklah. Bas nak balik lambat lagi. Masa tu dalam jam 8 tapi bas 11.45 malam. Jadi aku pon layan je lah jalan-jalan, snap gegambar tapi memang tak begitu menyelesakan.
Nampak tak muka tak gemar sangat tu, cuba menikmati di dalam kesengsaraan hahaha, dah macam tajuk novel tak berapa nak laku pulak kan haishhh
Kalau boleh nak buat macam Merlion tu, hamburkan apa yang ada di dalam mulut biar keluar api sekali. Eh dah macam naga la pulak. Sebab dah tak selesa sangat aku pon jalan balik ke MRT Station dan kembali ke Bugis St. Solat jama' di musolla Exit E dan terus berjalan ke Zam Zam Restaurant.
Makan malam di Zam Zam Restaurant, tentunya Murtabak yang istimewa- berkongsi meja dengan seorang Singaporean lady. Adalah teman bersembang kejap, macam biasalah kalau sembang ngan orang lebih berusia aku akan jadi amat patuh dan tawadhuk persis wanita solehah. Hanya angguk2, geleng2 dan balas sikit2 je. Banyak pulak akak tu bercerita, wajah dia nak imbas Tuanku Permaisuri kita. Putih, lembut, manis cemtu la tapi takleh lawan kemanisan yang tengah type blog ni. Terlampau manis hingga ramai yang tak boleh lupa.
Habis makan dan tapau sekeping lagi murtabak buat Mama aku pon berjalan ke hostel. Super letih macam sayur bayam rebus, panggil Grabcar kena SGD6 sampailah kat Golden Mile Tower tu tunggu bas ekspres. Tiket balik murah -RM30 berbanding RM45 waktu ke SG beli kat redbus.com, just imagine dengan SGD10 Singaporean dapat sampai ke KL, bawak SGD300 jadi MYR900, owh indahnyaaaa hahaha. Tapi ingatlah duit bukan segalanya, always life before money!