5-7 Julai 2019
Weekend escapade kali ini membawa daku ke Bintulu untuk menjelajahi Taman Negara Similajau. Hampir terlepas penerbangan awal pagi, termengah-mengah di gate pucat lesi sebab skrin tulis GATE CLOSED! Berbekalkan semangat pantang mundur sebelum berusaha aku terus merapati petugas Air Asia untuk memohon masuk ke dalam kapal. Alhamdulillah, lepas!
Sampai di Bintulu, hubster Cik Salmah telah sedia menunggu. Cik Salmah masih di dalam tugas - berkhidmat untuk negara
Petang tu kami warm-up jogging keliling Penjara Bintulu untuk meningkatkan stamina - larian dengan beban bayi seberat 16 kg! Tobat cheq letih nak patah pinggang!
The next day Cik Salmah off day dan hubster pula sudi menjaga anak-anak. Maka ku bersiar-siar dengan Cik Salmah di Taman Negara Similajau. Kami trekking forest trail yang penuh pancaroba bagiku yang selalu berjalan hanya di tanah rata.
Girang sebelum mula berjalan, dah berjalan dalam hutan tu asek nak patah balik je tak sanggup!
Tidak la jauh sangat, pergi balik dalam 3km, pecah la lemak segram dua.
Golden beach tu orang kata cantik, nanti la esok2 datang lagi.
Berehat kejap kat view point dalam 30 minit. Best layan angin dan desiran ombak. Mana dapat kat KL ni..
Balik tu cari ikan untuk dibekukan. Esoknya nak bawak balik KL. Di samping itu stock up Gula Apong. Sedap tu bancuh dengan Kopi O
Walaupun saya peminat Gula Apong tetapi saya tidak suka sangat pon aiskrim ini. Spesifically hanya guna Gula Apong untuk Kopi O pagi2. Rasanya lemak manis santan kelapa muda, membangkitkan mood pagi serta-merta.
Akhir sekali petang tu pegi layan sunset kat Pantai Tanjung Batu, asyik!
2 comments:
pergh elle, nanti kena share itinerary ni kat aku.
nampak trip santai, cam best jer
sungguh santai dan tiada itinerary khusus, aku gi 3D2N over the weekend jer. Lawat kawan + tengok tempat baru :p. More or less, begitulah.
Post a Comment