\
Sempena sambutan hari ibu tempohari, kami sekeluarga telah berkumpul di Gerimis Senja Villa, Hulu Langat untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan keluarga tercinta. Ku telah membuat tempahan 3 bulan lebih awal memandangkan tempat ni sangatlah hot stuff terutama sewaktu hujung minggu. Mungkin kerana lokasi villa yang terletak tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur. The nearest escapism from the hustle and bustle of the city, I guess so.
The scene stealer definitely is the swimming pool. Cuaca pulak nyaman-nyaman aje selepas hujan. Maka berendamlah sekelian keluarga di dalam kolam namun Mama pula setia berehat di atas day bed yang menghadap ke pool .
Menu utama yang kami bawa adalah Satay Willy, kambing bakar dan dim sum serta lain-lain side dishes. Gerimis Senja Villa turut menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak, kuih-muih dan teh tarik pada bayaran RM5 bagi setiap pax.
So far kami sekeluarga rasa villa ni terbaik di antara lain-lain tempat yang kami dah pernah gather pada tahun-tahun sebelum ni. I bagi 5 bintang!
No comments:
Post a Comment