(28-29 Julai 2018)
Weekend
escapade membawa diriku ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jumaat tu
during lunch hour klik2 tiket bas online then balik kerja packing laju2
dan pos Mama ke Ukay Perdana. Dari rumah ambil Grabcar ke Stesen LRT
Sentul then naik LRT ke Bandar Tasik Selatan. Sampai kat stesen jalan
dan jalan lagi ke terminal bas, manusia melaut ya ampun ramainya. Baru sedar
dah lama tak naik bas ekspres. Ambil dulu boarding pass kat kaunter dan
makan kejap kat kedai mamak atas tu. Lama lagi nak tunggu bas jam 11.45
malam, roger member yang duduk area Cheras so dia pon drop by jap teman
sembang huhuhu..ye la baru 9 lebih, mati kutu ler
Naik bas duduk sebelah
amoi nak gi rumah kakak dia kat KT. Bas tu elok je patah balik lalu Sri
Gombak nak masuk Tol Gombak. Dulu bas pantai timur ambil penumpang di
Greenwood senang skit, sekarang takde dah. Dalam bas ngantuk sangat tapi
tak boleh lelap pasal risau mcm2 tapi last2 zzz...tiba2 dengar Dungun!
Dungun! Terkejut gue..dah pagi rupanya. KT lagi sejam, lepas tu Marang!
Marang! dan akhirnya sampai la KT.
Rest and relax kejap dan
cari sarapan, semestinya nasi dagang di dalam balutan daun pisang.
Bungkus nya macam nasi tumpang. Lepas tu? yaaaa kena patah balik Marang.
Naik je bas pendek tu ape ke nama RM 2.30 nak ke Marang. Kalau ambil
Grabcar RM 24 dah check dulu. Tertido lagi dalam bas pendek tu sampai
driver kata kakk!! sapa dohhhh..erkk..mana ni? pastu ade brader rambut
panjang muka scary skit kata jom ikut, saya tunjuk jeti kat mana. Dalam
pada takut2 berani ku follow jugak sebab memang clueless dari bus
station tu.
Jalan
la dalam 800 m hegeh-hegeh, naseb baik travel light beg ringan je lalu
ku melangkah longlai sebab tadi tengah sedap tidur dalam bas pendek.
Sampai kat jeti, kaunter Ombak Kapas belum buka. Haaa..ni nak cerita,
nak book bilik kat sini sikit punya seksa. Asal ku WA tanya je penuh.
Last2 adik tu minta aku walk in saja. Jadi aku di sini tiada booking
confirmation, kalau tak dapat bilik memang tidur kat hammock la! Bila
kaunter dah buka OK la ada la bilik aircond yang kosong, pakej nya RM270
for bilik+boat return+makan 3x. Bila dah buat payment semua tunggu bot
pula jam 9.30 pagi. Masa masih panjang jadi ku jalan kaki ke Pasar
Marang untuk mencari pesanan Mama iaitu gula manisan asli atau dipanggil nesang oleh penduduk tempatan. Sedap untuk buat pengat, kuih dan
sebagainya.
Dah
beli apa yang patut, patah balik ke jeti dan pergi tunggu bot. Kat sini
jumpa member 2 orang, Fiza & Yan. Diorang ni fresh grads yang baru
start kerja dan sedang sambung study part time. Jadi la member sepulau,
at least time makan tu takde la bosan sangat dan ade member tolong snap
gambar hehehe..Pulau Kapas hanyalah sepelaung dari Jeti Marang. Naik bot
laju 15 minit saje, kalau berenang mungkin sejam sampai
huhuhuhu..sampai je pulau bilik ku dah ready but bilik Fiza & Yan
blom boleh check in. So diorang lepak jap bilik and kitorang keluar
jenjalan kat pantai sesama.
Haish
citer panjang betul, baru lepas minum kopi..idea bercambah :p Itu pon
nak cerita? Layan je la eh..aktiviti memang sekitar pantai aje..depan
resort tu bleh snorkeling. Ikan banyak je, air biru, pasir pantai putih
bersih...ahhh bestnya!! Yang tak best? Selipar aku hilang! Selama ni aku
main pantai tak pernah lagi selipar hilang huhuhu..apela naseb! Kejap
je berjemur time tengahari aku dah rentung, dekat sebulan juga nak elok
balik sun burn muka ni..sebab memang sedia coklat pon.
Malam
layan live band, lepak kat cabana menghadap laut...layan la lagu2
jiwang karat..budak 2 orang tu lepak tepi unggun api then kami pon balik
bilik around 10 pm, sempat tapau burger huhuhu..tak kenyang-kenyang
pulek
The next morning just
pergi breakfast dan stroll along the beach. Tak rasa nak mandi laut
lagi. Then kemas-kemas barang ready to check out. Keluar dari pulau agak
awal around 11.30 pagi sebab bas balik KL jam 2.30 petang. Dari Jeti
Marang naik je teksi sebab ade pakcik tu offer RM20 je sampai Pasar
Payang. Biasa la bila nak balik mana rajin nak jalan pon, time datang
semua sexcited kan huhuhu
Sampai Pasar Payang
shopping skit lagi dan makan lunch kat food court atas tu. Then ambil
Grabcar ke Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Sama jugak
macam waktu datang naik Nini Ekspres. Weh tapikan dia punya co-pilot
garang jugak..dia tukar2 kan kalau lelaki dok sebelah pompuan
hehehe..aku tak pnah lagi tengok camtu.
Sebelah aku memang
ngam2 young lady nak gi Kuantan. I met this girl Umi, a 1st year medic student of
IIUM. Kami sembang dari KT sampai Kuantan 4 hrs non-stop hahaha..terasa diriku peramah pulak bila dikenang balik. Mungkin awal2 dia dah bagi remarks bila aku kata umur aku
38..Akakkk, saya mati2 ingat akak in late 20's..well rahsia awet muda
adalah hati ceria dan berjiwa bahagia chewahhh hahaha
Lepas Kuantan aku dok sorang owh selesanya tapi lepas tu jem kat tol Karak all the way sampai Gombak. Haishhh..mintak driver stop kat BHP area Taman Melati, tak kuasa nak pegi BTS dah..panggil Grabcar and sampai rumah tengok Toby dan Tito tunggu depan sliding door, Mama macam biasa tengah layan drama TV hehehe..
erk..macam banyak pulak bebel, actually nak highlight Ombak Kapas ni tempat yang best jugak la untuk short stay. Cuma korang kena bersabar sikit masa nak book sebab selalu penuh. Kalau dapat tu just grab n go! Ku gerak solo je but throughout the journey boleh je buat kawan sesambil..jadi extrovert kdg2 ok je..begitula kisahku ke Pulau Kapas.
Ombak laut
angin bayu menemaniku
dikala terkenang dirimu
manis indah dalam cinta
tak pernah ku sangka
kau pergi hanya kerana dia
bertahun sudah kita bersama
hanya dusta sebalik setia
kau biarku derita
menangis di dalam jiwa
kau terluka akulah peneman
kau bahagia aku ditinggalkan
mudahnya kau berubah
sepiku berteman air mata
berlalulah kau masa
aku tidak berdaya
temukannya yang lebih sempurna
No comments:
Post a Comment