Rakan sepemusafiran kali ini ialah my classmates Naz, Patem n her friend Apple. I am no more KLIA2 virgin. Puas juga la berjalan sementara nak sampai kat boarding gate. Kalau bawak Mama datang sini memang naik buggy la penyelesaian mudah.
Fave Hotel Malioboro tempat bersandwich dengan Patem selama 4 malam. Boboys- Naz n Apple bilik sebelah. Bilik agak kecil tapi bersih dan punya sambungan Wifi yang super laju. Breakfast spread pon not bad, fair enough ler utk rate RM200/pax (4 nights)
Menikmati kabus pagi di Jurang Tembelan
Superstar kita Naz the merecixs model, Patem tatau teropong apa
Hutan Pinus
Adrenaline rush here in Pantai Timang
Gondola ride for IDR 200k, priceless experience
Look at that rough sea
Tubing at Goa Pindul
Pasukan renang berirama, puas mandi sungai haritu
I made it to the top of Candi Borobudur
I let my friends made their move and climbed alone to the top,
taking my own sweet time sambil mengelap peluh merembes namatey
Cuba mencari Rangga di Gereja Ayam tapi yang kutemui cumalah Ranggisss
Mana la supir bawak gi Pulepayung jauh yammmatt
Alah macam dekat FRIM Kepong gituhh hahaha
Berposing atas permintaan peminat
Naik Jeep pegi Merapi, an active volcano in Pulau Jawa. Ngam2 lepas 10 hari kami balik, Merapi meletus lagi.
Bangun jam 3 pagi haritu, nak layan sunrise punya pasal.
Balik dari Merapi aku start batuk + sakit tekak+ badan dedar2. Balik KL demam 3 hari tak bangun, must be the polluted air and the extreme hot weather, I guess so..
Pak supir pandai camera trick hehe, padehal batu besar ibu jari je
(28 April - 2 Mei 2018)
Trip bersama bebudak nakal terbang merentas Selat Melaka ke bahagian selatan Jawa Tengah. Yogyakarta atau lebih dikenali dengan nama Jogja adalah sebuah bandar yang menarik hatiku untuk dilawati selepas menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Walaupun filem tu hit 2 tahun lepas, tapi dengan berbekalkan konsep delay gratification okayla 2018 baru pegi kan hiksss..
Sebenarnya masa nak beli tiket tu memang spontaneous habis. Cakap-cakap dalam WA group lepas tu masing2 klik sendiri and then the rest is history. Beli tiket togel around November 2017 dan terbang 5 bulan selepas itu. Lessons learnt - international flight walau kau travel se-light mana pon beli je baggage tu (thanks to Naz). Dan jangan bawak penyembur wangi dlm tin masuk checked in baggage - last minute kena panggil cuak sey (sian Patem).
Selalu kan kalau jalan dengan Mama aku kena ikut pace warga emas, kali ni kawan-kawan kena la slow down sebab speed aku agak pre-warga emas hahaha..yang nyata, trip ni banyak menguji keupayaan fizikal sampai bila dah balik hotel malam-malam tu dia punya letih memang macam sayur bayam rebus!
Bila dikenang balik aku pon tak percaya aku naik sampai top of Borobudur. Masa naik tu satu hal, berapa kali berhenti la kan. Nak turun, ada steps yang terlampau tinggi untuk dilangkah. Aku duduk mengensot dan slide turun pelan2 yang menyebabkan kesesakan kat laluan tangga. Dalam kepala aku time tu nak sampai bawah je dengan selamat tanpa kecederaan.
Pantai Timang gondola ride tu pon memang thrilling experience, harus cuba jika berani ambil risiko. Tiada paksaan kerana hidup ini adalah untuk dinikmati. I was a bit stress before tubing to Goa Pindul. Kena trekking kat area sungai yang dasarnya berbatu licin. Aku takut jatuh, kalau jatuh sure menyusahkan orang. Apelagi lebam la lengan guide tu aku grab. Ape ke nama dia :p
Alhamdulillah sampai gak ke sungai. Bila sampai sungai aku suka sebab I can move faster, I float very well. After that 1.7 km fresh water swimming menyusuri sungai apetah. Tidak la cantik sangat, elok sikit je dari Sg. Gombak.
And then sampai la time nak masuk gua, just enjoy the show sebab tak yah paddle sangat. Guide tu tarik tube secara berjemaah. Sejuk dalam gua tu. Jumpa stalaktit, stalakmit dan batu kristal. Ahh lebih kurang macam field trip subjek Geografi la untuk kajian tempatan masa PMR, gitoohhh!
Alamak banyaknya ku bebel, normally aku suka cerita in brief aje. I like the idea of making bigger impact by saying less. But I guess ini semua faktor usia, menuju usia matang mungkin kita akan bercakap makin banyak kerana telah melalui pelbagai pengalaman hidup. If it is not verbally, it will come through writing. Tulis blog rajin, summary research report haritu bila nak submit Eliza? Ahhh gerak dulu, in short-Jogja best!
No comments:
Post a Comment