Friday, 28 December 2012

Bali Painting of Sukawati

The most expensive souvenir which I bought from Bali was this painting. Abstract motive with vibrant colours. I hang the painting in the 2nd room. Matching with the newly painted peach wall.

Saturday, 22 December 2012

Tak tahan lagi

Sejurus sahaja sampai di rumah selepas pulang dari kerja saya telah memaklumkan kepada ibu saya untuk bersiap-sedia bagi acara memunggah ariani.

Usai solat Maghrib saya memecut laju Perodua Viva ke Ariani Wangsa Maju kerana khuatir stok-stok terhangat di pasaran habis dibeli oleh para pencinta tudung jenama tersohor di Malaysia ini.

Ternyata apa yang terdetik di hati menjadi kenyataan. Ariani Wangsa Maju bagai dilanda garuda. Tudung bertaburan. Tak tahu yang mana satu harganya. Kelihatan staf-staf outlet Wangsa Maju sedang menyusun tudung yang tinggal di penyangkut. Mereka nampak letih dan bosan sekali.

Namun begitu saya tak beri peluang. Saya teruskan kegilaan memunggah dan berjaya mendapatkan 3 helai tudung atap keras yang akan dipadankan dengan baju-baju yang ada dalam fikiran. Ibu saya yang tidak memunggah turut menyambar sehelai tudung atap syria yang lembut dan labuh.

Kami tersenyum puas lalu keluar dari Ariani Wangsa Maju menuju Ukay Perdana. Durian yang sedap menanti di pintu gerbang. Sekian karangan mari bercerita kali ini. Sekadar nak menambah vocab untuk sesi miting success stories. Bye!

Friday, 21 December 2012

Fullhouse Wangsa Walk

It's the long lunch hours..1st Friday minggu gaji..hajat di hati nak sebat ariani tapi sesak sgt outlet wangsa maju tu..so makan2 ajelah


Iced Mocha
 
Mango Milkshake
  

 
 
 
 
 
 Chicken Chop

 Cappucino
 

Thursday, 20 December 2012

Bedtime reading

Bought some books from Big Bad Wolf sale in Mines. I have been reading this one for the past few nights.

Still digesting..

Tuesday, 18 December 2012

Bali Painting for pink room

As promised before, this is Bali painting for my pink room.

Nasi Kandar Kudu bin Abdul

Got something to settle at Amanah Raya. Pandu Viva dalam jem merarau carik arah..pas jumpa Kak Wan terus bawak Syamir makan nasi kandar. Rindu nasi kandar beratoq ni huuuu

 

 

Wednesday, 12 December 2012

BEDP & WEDP New Intake Briefing

Batch Nov 12 to Oct 15. Sumai Eng. Natural Wellness, Syarikat Zulkifli, Terang Bulan just to name a few..briefing on going now..feel dizzy n some heart palpitation. Had 2nd nebulizer just now during lunch hr. I just cant stand the menara coldness. Tomorrow need to bring sweatshirt or whatever which can hold the heat

Sunday, 9 December 2012

Wednesday, 14 November 2012

Saturday, 27 October 2012

Family Retreat @ Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah



Organizer haruslah conquer master bedroom




Sesi checking parameter




Private jacuzzi yang osem



BBQ night meriah uollss


Spacious kitchen hall untuk para chef bersilat


Bubble bath party


Pada Eiduladha yang lepas kami sekeluarga telah sepakat untuk berkonvoi ke Sungkai untuk berehat di sana. So saya sebagai organizer yang berwibawa telah booking sebuah Villa 3 bilik. Rate satu malam RM1100 tapi kami dapat diskaun 50% sebab Abang Ajai the Felda guy tolong booking. Osemlah Abang Ajai! (TQ to Ami jugak :p )

Rencananya pas solat raya pi ziarah kubur dan makan ketupat lebih kurang kat rumah. Owh ya mama buat rendang ayam pencen 3 ekor. Ketupat palas yang aku salah buka daun hari tu pon buat jugak. Beras pulut pakai yang beli kat Padang Besar hari tu..enak.

Pastu kami konvoi 3 buah keta ke Sungkai dari Sri Gombak. Kak Chik & Abg Chik dari Sg Buloh lambat skit. Sampai je sana dalam kol 1 terus check in..teruja beb sebab villa tu sangat cantik. Hiasan dalaman yang elegan, kat garden ade private jacuzzi. Mau air panas bleh, air sejuk bleh. So siang kami buka sejuk, malam kasik panas. Dah macam yong tau foo la masing2.

Food memang kami bawa semua pasal nak keluar jauh. Ye la dalam Felda Sg Klah tempat hot spring ni. Aku ngan mama sedia sotong, udang, ayam, ketupat, rendang, telur. Akak bawak muffin, tart nenas, sandwich. Kak Chik perap kambing, kerbau dan buat tomyam n mee. Ezam buat salad special punya.

Petang tu kami terjah public pool yang sejuk yang panas yang mendidih. Budak2 toksah kata la dia punya seronok. Yang tak budak pon seronok jugak hehehe..malam tu BBQ night sampai lebam..Zuhair jadi BBQ man layan semua orang nak garing la ape..baguih punya anak menakan.

Sok paginya sarapan ada yang pegi hotel punya (dapat 6 voucher), ada yang tinggal sarapan maggi goreng dan sandwich kat Villa. Pastu sambung lagi mandi kolam air gunung. Aku + mama + kak chik + bang chik tinggal layan jacuzzi yang jadi bubble bath..leka btul layan buih..

Aih panjang pulak aku citer..hehehe seronok tak abis lagi..teringat2 villa comel tu..alhamdulillah semua orang seronok dan makan kenyang hehe

Monday, 22 October 2012

It's the pay day babeh!


Partners in crime


Self captured 




ribs, chicken finger, fries, rice


grilled vege, mash potato, ribs, chicken fingers

Haza n her friend


We managed to secure Groupon voucher 3 days before pay day. So makan busat pada hari gaji adelah indah sekali huhuhu.

Saturday, 20 October 2012

Ronda-ronda Publika








Lepas lunch kat Sambal Hijau Sg. Penchala kami singgah di Publika cuci mata..pastu cuci purse kat Tesco Selayang pulak..tak lalu la hai nak beli barang kat BIG tu..all premium items and very pricey. Tak sesuai la dengan masyarakat marhaen..expat ok la khennn...

Friday, 19 October 2012

Bali: Bali Orchid Spa








massage side by side-kau tengok aku-aku tengok kau-sama je 


make up lepas selesai


mula-mula kene foot bath dulu


 Kolam mandi bunga untuk 2 orang ahahaha, melimpah-ruah


ngantuk pas kene massage..happy customer

Yezzzaa.. part paling menarik, save the best for the last. Acara manja tubuh yang sungguh enak!! Pakej IDR 350,000 @ RM 111 dengan 5 acara. Foot bath, massage, scrub, yogurt mask dan mandi bunga dalam masa 2 jam. Tukang urut badannya kecik. Of course la aku underestimate kekuatan dia..sekali nahh rasekan! Yang kelakarnye aku kene couple room ngan si pjot..aduhh..aku rase kurang feel sebab asyik gelak je. Kalau ade org bilik sebelah sure bengang sbb kitorang kecoh gile..mana la aku pnah bercouple2 spa ni wei..yang si tukang urut keep on kata jangan malu-sama saja-sama saja..ye la sama tapi malu kot..cis!

Tak silap aku spa ni ade website, cer google..ramai tourist & stewardess jepun gi sana..deco dia pon cam integrate japs n balinese, nyaman sih..

So setel la 4 hari 3 malam kembara pulau dewata yang meninggalkan pelbagai kenangan terindah..aku ngan pjot janji nak datang Bali lagi..tapi kitorang tak nak ler couple room sesama sendiri..ngan bakal laki lah pulak yer huhuhu..nak lepak Nusa Dua..cam best je..perghh berangan tak hengat punye kuikuikui..~TAMAT~