Friday, 18 November 2016

Seoul 5D4N : Nami Island



Romantik sangat Nami Island ni. Aku suka! Setelah aku serahkan Mama kepada Pak Najib untuk ditolak kerusi rodanya, aku pon bersiar-siar seorang diri sambil merenungi jalan yang telah kulewati dewasa ini.


Aku pun masih tak percaya yang aku berada di lokasi penggambaran Winter Sonata, sebuah drama Korea yang aku ikuti episodnya berulang kali berteman tisu untuk mengelap airmata.


Aku kira untuk melupakan seseorang yang kita sayangi itu terlalu payah, walau jauh kau berlari meninggalkan semua memori namun hampir mustahil kerana dia selalu terdamping dalam hati. 

Korang jangan muntah dulu..baca je laa hari ni mood nak melara jap haha

Merah jambu
Terbiar pilu
Menahan rindu
Menusuk kalbu
Terkadang lesu
Keras hatimu
Bilakan berlalu


 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah 
menjilat aiskrim yang tumpah


 Acik jual pau kacang merah


Autumn lagi cantik katanya


Sorga sungguh pi Seoul asek minum Banana Milk dan pelbagai kopi sedap


Acik masak pancake


Korean nih semua menda nak bagi inti kacang merah, layan aje lah!


Dapo kayu masak pau



All in all bestlah pegi Nami Island. Suasana tenang dan mendamaikan. Seolah tiada hambatan waktu yang perlu dirisaukan.