Saturday, 16 May 2015

Signing Sale and Purchase Agreement


First and foremost drop off mama kat KLIA. Mama nak pergi trip bersama rerakan warga emas ke Ho Chi Minh. Risau juga nak lepaskan mama tapi sebab adik Makcik Tipah (jemaah masjid Sri Gombak) ada jaga mama so aku rasa lega. Sepanjang kat sana aku berwhatsapp ja dengan Makcik Ana tanya khabar mama yang paling ku kagum time balik mama naik ERL sorang dari KLIA ke KL Sentral. Then amik cab balik Sri Gombak...ni mesti nak convince aku dia boleh pi jalan lagi ni huhuhu
 


Lepas tu singgah Setia City Mall untuk rest and refresh. Appointment dengan lawyer di pejabat pemaju Alam Budiman pada jam 2.30 petang. Sampai di Alam Budiman kena tunggu kejap pasal orang before aku tu..lama sikit. Alhamdulillah urusan selesai. Next kena tunggu S&P agreement yang dah stamp duty balik kat aku untuk urusan permohonan pinjaman perumahan.

Sunday, 10 May 2015

Happy Mother's Day!


Acara keriangan bermula di waktu makan tengahari. Bawak mama pi makan di Omak Den, Melawati. Ternyata Omak Den turut menjadi pilhan para retis apabila ku nampak Shira & Ijoi serta keluarga sedang menyantap baik punya di meja depan sekali..logik la pasal umah Puan Maria Arshad (mak Ijoi) di Melawati juga..wah pesal ku citer pasal retis pulop?!


Kemudian mama kepingin kuih-muih Melayu tradisi yang jarang-jarang ditemui seperti apom lenggang dan kuih talam berlauk. So untuk hidangan minum petang kami pit stop beli kuih di Wangsa Melawati.


Usai acara membeli kuih kami terus ke AEON AU2 untuk memberi rawatan istimewa lipat-lipat untuk mama. Thai massage selama 1 jam cukup bermakna di Hari Ibu yang berbahagia. Sekian karangan mari bercerita sempena Hari Ibu 2015. I love you mama!!

Saturday, 9 May 2015

Warga Alam Budiman bersiar-siar di Setia City Mall


Hehehe tajuk taknak kalah..ni gambar mama bersiar-siar di Setia City Mall selepas kami pilih unit di Alam Budiman. Alhamdulillah dapat unit yang diidamkan iaitu di ground floor. Mahal sikit daripada higher floors tapi takpela untuk masa depan. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan nikmatMu ya Allah. Aku tak pernah sangka aku akan memiliki sebuah kediaman sendiri..

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Friday, 1 May 2015

Labour Day Short Getaway to Avani Sepang



Watching sunset at the beach


 Low tide (above)

High tide (below)




Akak n her family







Some free promotion for Malaysian fruits chips and kueh cakar ayam





This fatty chilli crab is sooooo delicious



Kiddos and pool. Can never be separated.





Thirsty buddy




Wefie ngan mama



Long weekend due to labour & wesak day. Spent quality time with my family. Akak's nasi arab and kambeng bakar were the scene stealer. Epal hijau tabur pulak dengar grinded asam kulit limau. Brilliant idea! Malam tu makan kat HM Bagan Seafood. Macam biasa la orang melauttt..tapi ku tunggu jua demi fatty crabby yang setappp..kuah lebey hehe..rasa puas dah 3 kali pi Avani. Pasni nak try Lexis Hibiscus pulak...macam best ja huhuhu...