Sunday, 29 June 2014

Iftar bersama mamaku @ KGPA Bukit Kiara



1st day puasa dah angkut mama pegi makan buffet hehehe..ni 1st time mama try buffet Ramadhan dan beliau sangatla excited! 1st day dapat 50% off dari normal rate iaitu RM63/pax. Makanan memang banyak tetapi ku sudah tiada stamina membuffet secara bertubi2.

Sunday, 22 June 2014

Pusing-pusing Kemamang


Tea break kat Kafe Sukiyang. Dulu nama Hai Peng. 
Sekarang Dah pindah ke Taman Chukai Utama dan terus tukar nama.


Jumpa nice spot kat mana tah


Boleh aje





Actually takde jalan mana sangat pon. Hari Sabtu tu dari KL singgah Kuantan dulu lunch di Gerai Poksu dan Moksu. Then langsung ke Cherating. Dah refresh dan recharge keluar pegi Turtle Sanctuary sebelah Club Med. Sendu jugak la tempat penyu tu huhuhu..dah tu ronda Pantai Mok Nik a.k.a Monica Bay ambik angin laut. Minum petang di Kafe Sukiyang dan pusing2 Chukai & Kemaman. Balik tu nak tapau nasi dagang di Kafe Farhan sekali abis la plak. Singgah gerai tepi jalan and tapau nasi goreng kampung untuk dinner di Casa Titik. 

Malam tu berkubang dalam pool lepas dinner. Then acara borak sampai lebam. Pillow talk sangat! Esok pagi pegi lawat kandang kuda dan mandi laut. Cek out then lajak sampai Kuala Kemaman cari ikan kat jeti. Seronoknya sotong sekilo seploh hengget panjang2 lengan. Ambik udang dan ikan parang jugak. Ikan kembong kecik pastu mahal skit so tak beli.

Pastu patah balik ke Kafe Farhan..tak dapat gak nasi dagang kerna..rupanya tu menu bekpes...so makan nasi campur je la. Sedap gak kena patin tempoyak huhuhu..dah selesai semua sebelum naik LPT singgah tepi jalan beli  kopok leko dan kopok keping. Maka pulangla kami berempat ke KL. Selesai 2 hari 1 malam ke Cherating dan Kemaman.

Saturday, 21 June 2014

Casa Titik, Cherating


Swimming pool


Casa Titik at night




American breakfast. Malaysia breakfast adalah nasi lemak


Help yourself at the pantry


Me and Bambi


That is Bambu behind me hehehe


Sebelum berkubang





Trip lepas abis final exam. Gigih sangat hari ni abih peksa esok dah pegi Cherating. De-stress la konsepnya. Pegi 4 orang dengan mama, Pjot dan ibu beliau. Found this lovely place in the internet. Baru buka 7 months ago. The building has the influence of Spanish architecture. Very private cos it has only 10 rooms. Kami pilih family room dengan rate RM250 satu malam beserta sarapan untuk 4 orang. Boleh pilih American or Malaysian breakfast. Sebelah Casa Titik ade horse ranch so kami pegi la manja2 ngan kuda jap. Thrill woo dapat tepuk2 bontot kuda dan main janggut dia hehehe..pantai pon dekat sangat. Apalagi mandi laut la..pastu mandi kolam pulak..lepak pantry comel bancuh kopi jawa borak ngan Pjot sampai kol brape tah malam tu..nice place to stay for a peaceful getaway.

Tuesday, 17 June 2014

Cara membersihkan alat penghawa dingin


Air cond telah di tutup suisnya
 ni dekat living hall.
 Tak dapat cuci sebab tinggi. 
(Malas nak rongkah tangga bagai2)


So pindah ke bilik peach.
Lift up bahagian hadapan. 
Nampak tak itu air filter sudah perangkap habuk selama 2 tahun huhuhu



Cabut itu filter pastu bawa ke bilik air. Basuh dengan air dan sabun.
Kasi kering pastu pasang balik.
Pergh aircond sejuk macam kat kutub utara lepas tu. 
Tak tipu. Cubalah!

Sunday, 15 June 2014

Paper paling kacang, English

 Berposing sebelum exam


 Melepak di Sushi Zanmai, Paradigm Mall lepas exam
bersama Kak Niza yang 1st time try japanese food heheh


Salmon sashimi kegemaranku

Friday, 13 June 2014

Encorp Strand Mall, Kota Damansara



Sam's Groceria



Just love this spices section


Selfie dalam washroom pon boleh




 Jambu sungguh


Crazy about beans

Repeat Order ngan Sha



Spaghetti minta 2 kuah, beef bolognese and seafood carbonara




Blueberry cheesecake and capuccino




Pedicure and heel crack treatment sebentar 
(ni kat Green Paradise,Wangsa Walk)

Satu market intelligence telah dilakukan di sebuah shopping mall yang baru dibuka. Not many shops has been opened but Sam's Deli is worth a try. Konsep ala2 BIG di Publika, sebelah groceries ada tempat makan but comes with a bit medium price. Spageti, lasagna RM9.99. Ada cakes, coffee, japanese, nasi campur, roasted chicken etc..the place is neat and clean.

Monday, 9 June 2014

Paper paling stress - Mathematics for Management


Pagi-pagi konon2 selfie penuh pengharapan


Nah...harap kesejukan ABC Fradoo boleh merawat kekusutan lepas math


Tibai mee bandung juga..owh mimpi ngeri sungguh jawab exam tadi