Thursday, 18 May 2017

Kdin's Clan Get Together at Gerimis Senja Villa



 






\










Sempena sambutan hari ibu tempohari, kami sekeluarga telah berkumpul di Gerimis Senja Villa, Hulu Langat untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan keluarga tercinta. Ku telah membuat tempahan 3 bulan lebih awal memandangkan tempat ni sangatlah hot stuff terutama sewaktu hujung minggu. Mungkin kerana lokasi villa yang terletak tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur. The nearest escapism from the hustle and bustle of the city, I guess so.

The scene stealer definitely is the swimming pool. Cuaca pulak nyaman-nyaman aje selepas hujan. Maka berendamlah sekelian keluarga di dalam kolam namun Mama pula setia berehat di atas day bed yang menghadap ke pool .

Menu utama yang kami bawa adalah Satay Willy, kambing bakar dan dim sum serta lain-lain side dishes. Gerimis Senja Villa turut menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak, kuih-muih dan teh tarik pada bayaran RM5 bagi  setiap pax. 

So far kami sekeluarga rasa villa ni terbaik di antara lain-lain tempat yang kami dah pernah gather pada tahun-tahun sebelum ni. I bagi 5 bintang!

Wednesday, 3 May 2017

Seoul 5D4N: The War Memorial of Korea











Kalau korang minat sejarah, boleh Google pasal Korean War yang dikatakan the most tragic war in history. Banyak yang boleh dilawat di sini tapi kerana kekangan masa saya sempat tengok military parade, dengan show dekat tarmac tu je la. Mama macam biasa buat PR dengan oppa-oppa yang rajin story pasal history.

Seoul 5D4N: Road to Itaewon





Perjalanan dari Chuncheon ke Itaewon mengambil masa dalam dua jam lebih jugak la. Melalui gunung-ganang dan banyak betul terowong. Tertidur ayam kejap-kejap sambil bertahan sebab nak menikmati pemandangan. Bas berhenti sekejap untuk khidmat diri di kawasan R&R yang saya sendiri tak pasti lokasinya. 



Yeah Mama telah sampai ke Itaewon!
 

Lalu mama pun hilang sebentar dalam Hamilton Shopping Centre. Berpeluh jugak aku ikut cari lepas tu.


Mengade nak beli monopod kat Seoul. Kena 10000 won. Kalau kat KL seploh ringgit je. Test wefie ngan tuan kedai

Saat monopod mengganas di Itaewon. 
 

 Bersama gegadis IMR, Fizah & Anis.



Di Itaewon kiranya agak mudah juga untuk mendapatkan makanan yang Halal. So dapatlah kami makan beriyani ayam di kedai India Muslim tengahari tu.

Double thumbs up hehehe

Tuesday, 2 May 2017

Seoul 5D4N: 1 night in Chuncheon Bears Hotel







Selesai tour 1 hari kami pon check in di sini. Bilik semua elok, sarapan pon sedap. Toilet bowl canggih sangat taktau nak tekan mana hehehe..so lepas check out keesokan paginya kami pon naik bas menuju ke Itaewon.

Seoul 5D4N: Chuncheon Walkabout

Selepas menikmati pemandangan indah dan bersiar-siar di Nami Island, kami telah dibawa ke sebuah pekan kecil berdekatan yang bernama Chuncheon. Terdapat kedai-kedai yang menjual pakaian dengan tema K-Fashion.


Namun begitu saya tak beli sebarang pakaian K-Fashion tetapi telah membeli sebekas besar strawberi segar yang dijual oleh omma di tepi jalan.




Sambil tunggu bas sampai sempat juga saya mengusya oppa-oppa yang baru balik sekolah. Kelihatan rambut mereka banyak yang style helmet aje lah.


Yang ni lunch sebelum ke Nami Island. Dan typical meal sepanjang berada di Seoul yang diatur oleh pihak travel agent. Sebagai pemakan ikan, saya sangat enjoy meal sebegini tapi ada rakan-rakan dalam group rasa bosan la asyik-asyik ikan bakar je.