Tuesday, 29 May 2012

Books, mags & stationeries

 Papa punya feberet

 Yang ni pun

 untuk aku yang diet tak jadi2 sampai la ni

 leisure time

 stok nak buat notes n pegi exam



How to hypnotise your husband before another woman does...? :p

Blood is thicker than water

Petang semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian Pak Njang Mokhtar nun di Taman Jali, Kangar. Takde angin, takde ribut cuma sakit perut. Sudden death. Innalillah..itu ja mampu ku ucapkan dan berdoa dari kejauhan.

Selalu juga dok text dengan Dedeq tapi tak pnah la dia cakap ape pon pasal abah dia. Hmmm..anyway jenazah dah selamat disemadikan. Arwah pergi dalam keadaan tersenyum..peacefully..

Pagi ni pulak papa ada appt dgn general surgeon di Hospital Selayang. Pegi kejap ja then dapat lagi satu appt next Thursday. Minggu depan mmg takleh teman la..bz exam huuuuu...

Sebut pasal exam ni, ketaq lutut dah..aduh!

Thursday, 24 May 2012

Life goes on

CAK! Do u miss me?huhuhu


Sorry for the long hiatus. Hooked up with work, revision and all that. Wanna update a little bit about papa. The verdict is uncertain. Might be they took the superficial soft tissue. Need to do one more biopsy. Dr. Yong at Columbia referred the case to Hospital Selayang. Quite frustated. We dumped a lot of money for all the procedures and ward charges. But I'm glad papa is very strong to face all these. So do all the family members. We take turns to accompany papa to the hospital. Hell yes it was tiring and time consuming. But I believe in doing good deeds to our parents will bring blessing in life. Allahummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira.Ameen.

Saturday, 19 May 2012

A busy Saturday

Bangkit2 pagi ja mama dah bagi cadangan pi lunch kat Nasi Kandar Ibramsha, Jalan TAR. Papa kata tak larat. Duk tengah panas berkebun tu larat pulak huhuhu. Aku suggest makan nasi ayam Budi je la. Dah tu takmau pulak..kata teringin kambing. Aku ngan mama layankan aje...so kami 2 pi tapau kari kambing ngan nasi beriyani kat Sentul Curry House.

Dah setel hal parents kena teman Pjot pi carik swimming suit. Dia datang fetch aku then trus pi JJ Wangsa Maju. Mula2 terjah kedai Arena. Perghh takdak sale. Berdarah mata tengok harga. Singgah Body Shop tengah sale 50% apatah terjebak shower gel sebotol. Jalan pi JJ. Ade kempen derma dare. Pjot ingat nak derma sekali kol 4 kaunter tutup. Selamatla minah tu dapat suit Ogival siap ngan goggle power 700. Tu je paling tinggi. Power spec dia 1000. Perghh nak kata ulat buku tak jugak hahaha. Aku harap Pjot tak baca aku kutuk dia ni hehe

Tea time jap kat resipi rahsia. Layan iced cappucino , tapau ciken foldover mkn situ. Lepas tu laju ja masuk FOS. Pjot salahkan t shirt , tudung n crocs aku kaler oren menjadikan dia spend banyak. Dia beli jeans 2 helai. Aku jumpa jeans CK size 18. Ada satu tu ja. Tak fikir pjg trus try sebab jeans biru yg beli kat M&S dah kehausan. Ade meretas skit tp nanti nak jahit, cuma mmg dah worn out la jeans tu. Buat pakai kat rumah boleh la. Sok nak pi Jalan Gombak hantar jeans baru potong kaki. Jeans baruku kaler hitam huhu

Usai acara shopping kami gerak balik Sri Gombak. Hujan selebat2nya. Kereta pon jadi cam motobot redah air atas jalan. MRR2 jem segala. Camna nak pi swimming? Member yg baru beli baju tu excited abis. So siap2 pegi gak PJ Palm. Sampai sana takdak ujan setitik. Tapi jalan mmg basah. Ujan sikit kot.

Aku dah cakap ngan Pjot aku kalau jadi cikgu mmg garang. Tapi ok la Pjot cepat pick up. Boleh floating dengan baik. Tapi agak kekok control kaki ngan tangan nak bagi synchronize pergerakan tu. Kena la prektis. Kat sana ade juga kelas berbayar. Kalau personal sorg2 RM 600 sebulan utk 4 sesi. Kalau grouping min 5 person dia caj RM 150 sebulan utk 4 sesi. Puas hati gak swim hari ni. Pool tu 50m length. Aku buat 12 lap. So 12x50=600m. Paling mengah time race ngan BBQ(kwn pjot). Cis mamat tu saje kuak laju2. Tau la stamina. Takpe2. Nanti kau BBQ.

Yang tak bestnya lepas berenang sangat la lapar. Teknik ni salah. Balik swimming makan sup ekor+telur dadar+nasi putih. Erkkk...calories in > calories out. How to build deficit? Takpa sok pagi bawak anak2 buah brisk walk kat titiwangsa. Dorang tido sini. Sorg pegang botol sampai terlena. Maksu pon nak doze off. Adios.


Friday, 18 May 2012

Appointment esok cancel

Petang tadi Dr. Sazzli call. Bagitau result biopsy kelenjar leher dah keluar. Tapi result biopsy OGDS (oesophago-gastric-duodeno-scopy) (atau cakap melayunya masuk camera dalam saluran makanan dan perut)-belum siap. So dia kata esok pagi takyah la datang. Tunggu biopsy sel dari OGDS siap baru explain sekaligus. Dan  dia pon nak story segala treatment plan.

Hari tu aku tengok gamba yang Dr. amik dari kamera time buat OGDS. Kelihatan berterabur sel putih macam ulser dalam perut. Kesahihan apekah jenis sel itu belum dapat dipastikan. Tunggu saje this Monday. Tapi Dr. banyak kali pesan. Semua kena bersabar banyak2.

Well sabar je la dan kena usaha apa yang patut. Kalau meratap hiba pon apalah gunanya. Walaupon tersentuh la jugak hati sbb 2-3 hari ni papa asek menyanyi. "Dunia hanya pinjaman...dunia hanya pinjaman". Aku pon ikut menyanyi sekali sekadar nak menceriakan keadaan huhuhu.

OK la aku nak tido. Sok nak cargas di PJ Palm swimming. Aku tak nak la mati muda dengan badan yang gemuk ni. Bye.


Wednesday, 16 May 2012

Papa already discharged from ward this morning

Now we have to wait for the biopsy result. Dr. Sazzli will call on Friday. Hopefully Saturday morning boleh pegi review. In the meantime papa looks OK but a bit tired. Semalam buat minor operation untuk ambil tisu kat kelenjar leher pon dah 3 jam. Letih dia mengiring. Operation tu cuma bagi local anaesthesia so dia separa sedar. Selera makan bagus, request makan macam2. Bagi aku kalau sakit macam mana pon tapi selera masih ada dah cukup baik. Sebab badan perlu energy nak lawan penyakit. Ntah la kan..

So ada 48 jam masa bertenang. Aku kene recharge penuh2. Bateri weak juga kena demam, batuk, selsema + tak cukup rehat. Exam pulak just around the corner. 19 days to go, to be exact. Fokus Elle, fokus.

Friday, 11 May 2012

Aku harap doktor tu silap

Petang semalam around 5 pm aku dapat panggilan dari Columbia Hospital. Dr. Yong yang buat colonoscopy dan CT scan liver/abdomen/pelvis minta aku datang segera ke sana. Dia nak bincang pasal result test tersebut. Allahuakbar. Dalam hati aku terdetik sesuatu. Terlintas zappp camtu je. Tapi aku tepis cepat2 then bergegas merempit dalam hujan renyai. Sampai je kat ward Dr. Yong ajak aku dan mama masuk discussion room.

I knew something was really not right. Tapi aku tengok mama cool ja. Aku pon buat2 cool tapi gabra gile nak dengar doktor cakap apa. Then Dr. Yong explain la. Hasil CT scan menunjukkan ada ketumbuhan yang telah merebak di seluruh lungs dan liver. Primary tak tau dari mana. Kelenjar pon bengkak. Kelenjar mana aku dah lupa pasal masa dia cakap ketumbuhan dah merebak tu aku cam blank, otak jadi jem. 

Soalan pertama aku : adekah ketumbuhan itu *C* word? Dr. Yong said  probably yes sebab tiada satu benda dalam badan yang kelihatan camtu dan boleh merebak sebegitu rupa melainkan sel *C*. Tetapi, semua itu hanya boleh disahkan setelah biopsy tisu lungs dan liver dibuat. Tetapi secara kasar nampak dah sampai stage 4.

Aku tanya lagi: Ape chances yang ada? Jawapan Dr. Yong aku tak sanggup nak share kat sini. Hope for the best and prepare for the worst. Next Monday pegi IJN dulu betulkan jantung ape yang patut. Once his heart stabilize boleh usaha yang selebihnya.

Owh ya 3 hari ulang alik spital bawak papa, hari ni aku yang demam then MC. Ni sambil2 dok surf http://www.malaysiaoncology.org/ .Semalam dah call Nazirah dia kata Oncology HKL @ HUKM @ PPUM would be the best place  for treatment should the biopsy test show my papa positive *C*

Tapi aku harap Dr. Yong silap. Kami satu keluarga masih dalam shocked mode. Dan papa tak tau lagi pasal benda ni.  First kami nak setel IJN macam yang Dr. suggest. Then only buat biopsy ke apa2 la...uwaaaa....

OK la ku mau tido jap ubat selsema ni buat mataku layu.

Thursday, 10 May 2012

Papa warded @ Columbia Asia Hospital, Setapak


Inilah Dr. Sazzli yang diperkatakan


Close up skit wajah cardiologist cum physician muda ini


Lama dah elak nak pegi hospital, hari ni surrender kena tahan kat wad

Worrying symptoms:

1- Cepat penat. Naik tangga rumah penat, makan lebih penat, berkebun sekejap penat. Pendek kata penatlah. Dada berdebar laju.

2- Hemorrhoid (piles). 2 jam sekali melabur. Tido malam 3 @ 4 kali melabur. Dah berlanjutan ikutkan June ni genap setahun.

Itu je menda yg dia rasa.

Findings:

1- Echo, stress test, ECG - ada injap jantung tersumbat

2- Ultrasound kidney - kidney quite weak due to diabetes complication

3- Ultrasound liver - ade 3-4 dot hitam. Kena buat further investigation

4-Colonoscopy - sampai aku tulis entry ni Papa still ada dalam ambulatory surgical. Ezam takes turn. Aku balik opis.

Next steps:

All in all finding no 1 (jantung) kena buat paling cepat. Dr. Sazzli bagitau kalau buat tak tau boleh tahan setahun je lagi. Direct setepek dia bagi. But so kind of him, contact trus specific Dr. kat IJN and buat appointment sekali this coming Monday. Probably kene buat angiogram utk pastikan injap mana yg tersumbat then only boleh buat bypass.

Yang lain2 relax jap. Dengan penyakit sedia ada, diabetes, hypertension, kolesterol yada yada yada ,paling utama kena stabilizekan jantung dulu. Jantung tak healthy, nak fix trus mende lain akan meningkatkan risiko. Masya Allah, ni la dia papaku seorang yang degil takmau pi spital.

Sunday, 6 May 2012

Penang Short Trip : Restoren Kapitan



Kau mampu buat delivery ala2 Mc D?


ketam sedap, handbag cantek tak heheh


 Mango Lassi best @ RM 3.50

Cheese Naan set @ RM 10

Kari ketam wallawei @ RM 16

Saturday, 5 May 2012

Penang Short Trip : Subaidah Nasi Kandar


Lepas kelas supper pulak kat Subaidah dekat Sg Dua . Naser the inspektor sahab telah bermurah hati membelanja kawan-kawan. Arigato gozaimasu.

Penang Short Trip : Pantai Seagate

 2nd bridge to Batu Maung in rapid progress


 Rojak buah pedas giler

 Ayaq nyoq

                                            Kopok n pisang goreng                                
                                  
Bihun sup utara, kuning, sambal merah

Setelah check in dan unwind seketika, kami pegi ronda Seagate nak carik bihun sup. Apakan daya Bihun Sup manis tak buka on weekend. Gamble aje la makan kat gerai tepi laut. Biasa2 ja tapi sebab tepi laut boleh layan la huhuhu..pas mamam pi pusing2 Queensbay tapi takde parking. Elok habis 3 kali tawaf terus gi airport Bayan Lepas sebab kena pick up Dila. 8-10 pm attend extra class kat DKG, USM.

Penang Short Trip : The Krystal Suite

 Aisyah crashed on the bed,
tak sempat letak backpack

 2nd bedroom ada 2 katil super single

 1st bedroom katil king size, siap ada tv

                            ruang tamu yang selesa, ada lagi 1 tv


kitchen ada microwave oven, mini bar, kettle

peace!

Mula-mula book Apple Hotel btul2 depan Queensbay tu. Rate RM 168 utk family room tapi bilik kecik la. Then came across Krystal Suite ni. 5 minutes to Queensbay by car. 950 sq ft 2 bedroom suite for RM 200 (gov rate). Mmg luas sangat utk kami berempat. Berbaloi2.

Tuesday, 1 May 2012

Lepat labu



Daun pisang baru tebang kat belakang rumah

Labu sehiris singgit kat pasar

potong kiub then rebus sampai empuk

lenyek labu + tepung +santan + garam +gula (gula lebih skit sbb labu ni tawar)

daun pisang layur dlu atas api supaya lilin tak senang koyak

lipat comel2 camni

didihkan air periuk kukus, susun dgn teratur

kukus 15-20 minit shud be fine

bancuh teh stoberi bharat, hujan renyai2 di petang hari buruh.
Nikmat.