Tuesday, 18 September 2012

Mati Itu Pasti

OK tamatlah sudah entry balik kampung. Aku puas dapat bawak papa jalan-jalan. Aku puas dapat jamu papa ape yang dia teringin nak makan. Walaupun aku ni anak paling degil, almaklumlah berlaga angin..hingga saat akhir aku dapat bersama papa. 

Malam sebelum pemergian papa kami dinner di Papparich. Papa nak makan mee kari. Lepas tu nak taufufa, pastu nak roti bakar. Last sekali layan chinese tea..relaks ja. Malam tu malam jumaat ade smack down. Selalu aku ngan mama lari naik atas tgk tv kecik sebab kami anti keganasan, tak layan wrestling. Tapi tah kenapa malam tu kami teman papa tengok wrestling sampai habis. Pastu naik tidoq kol 12. Last aku tengok papa.

Esok tu subuh mama kejut kata papa kena stroke. Aku ingat dah lumpuh separuh ke ape. Tapi aku tengok dia cam tido. So suspect pengsan ke ape. Aku buat CPR 1/2 jam sementara ambulan nak sampai(follow instuction via phone). Tapi memang tak berhasil. Then MA spital selayang sahkan kematian.

Aku pi balai polis Gombak dengan Ustaz Shahrul buat report ngan amik permit penguburan. Mama call semua sedare n rakan taulan. Ezam terpaksa amik flight dari KB sebab dia balik kampung Ija. Ezam sampai ngam2 time van jenazah nak amik papa bawak pi masjid  untuk mandi & kapan.

Ramai org berziarah kat rumah. Terima kasih semua. Papa pergi senang, Alhamdulillah. Rezeki dia hari Jumaat. Ramai orang time solat jenazah sebab baru pas solat Jumaat. Jam 3 dah sampai kat kubur. Dalam 4.10 ptg semua setel.

2 minggu pertama aku rasa payah. Kadang-kadang aku terlupa papa dah takdak. Aku balik keja selalu papa tengah buat mesin terapi. Tapi apesal takde kat hall. Dah masuk rumah baru ingat..ooo mana ada dah. Slowly coping la..aku tengok mama pon ok. Aku harap dia ceria selalu.

Mana dia nak jalan aku bawak la..supaya dia happy dan tak pikir macam2..apa yang terdaya aku buatla hmmm..alamak sedih plak. OK la sekian karangan mari bercerita kali ni. Korang yang ade orang tua lagi jaga la baik2. Gembirakanlah mereka. Takde org tua takdela kita ni..gaduh2 tu biasa la kalau tak senyap je rumah tu huhuhu. OK chiow!

Wednesday, 12 September 2012

An-Nur Ancasa, Georgetown
















Tempat persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar. Hiway jem gila serata alam. Ezam & family  ngan aku & PaMa stay sini. Akak n family stop kat Alor Setar sebab nak ronda Pekan Rabu. Hmm An-Nur ni dekat ngan nasi kandar beratur n Restoren Kapitan. Malam tu dinner cheese naan ngan tandoori chicken kat Kapitan. Tak larat nak makan nasi. On the way nak sampai Penang sempat singgah Kota Sarang Semut makan nasi tomato tepi jalan huhu

Homestay 88 Taman Hijrah, Kangar











Kami lepak semalam di sini. Masuk malam kedua air takde. Pindah Federal Hotel. Rate homestay ni RM 150 per night. Bilik tido ade 2 siap air cond. Ruang tamu pon aircond. OK la jugak..cuma time aku cek in tu peti ais hantar repair (pic ni semua dari blog homestay). Aku mmg hangin satu badan la. Pesal tak inform kan. Aku angkut air botol macam2 nak sejukkan. Peghelih ni hangat skit. Apelagi mintak diskaunlah!

Tuesday, 11 September 2012

3 Syawal : Market Kangar & Padang Besar


Mem besar tersenyum gembira di Padang Besar. Apa taknya, borong sakan! Toto kalau tak nak 2. Puas bersagang, aku kata kalau amik 2 papa nak duduk mana dalam kereta. Dah la dalam boot penuh bantal 5 bijik. Mama borong kaftan long sleeve, beg travel, gajus psitachio mak nenek, beras pulut, beras wangi tah ape2 lagi. Aku? Cam biase la golongan marhaen beli ckit2 je..pencuci muka susu beras & whitening salt buat tonyoh ketiak ngan celah bedah. Tu je..lama wei nak tunggu 25 September..sendiri mau ingat la..pas setel Padang Besar shoot ke selatan melalui Ladang Tebu Chuping-Changloon-Jitra-Hutan Kampung-Alor Setar-SP-Tikam Batu. Jem gilaaaa, sakit perut semua cukup. Jadi pit stop kat Penang unwind kejap sebelum teruskan perjalanan.


Owh ya breakfast pagi tu kat market baru Kangar. Pasar Besar Sena ke ape namanya. Dlu2 balik mesti kena nasi ganja kat market. Market lama dekat ngan KWSP tu dah takde. Pindah area baru, aku pon tak brapa pasti la tempatnya. Dekat ngan Behor Pulai jugak la. Pak Lang Didi belanja semua. Papa kalau balik Perlis tak kena nasi ganja tak sah katanya. Selera papa makan..3 hari sebelum pemergian beliau ke negeri abadi.

Monday, 10 September 2012

2 Syawal: All around Kangar

Pagi-pagi lagi Pak Ngah Zan mai dari Taman Ira bawak satu bekas mee goreng dengan teh o sama kuih yang Mak Ngah Asmah buat. Dia takut kami semua lapar sbb takde kedai buka raya2 ni..so kami pon mamam la dengan seleranya huhuhu..pastu destinasi pertama ialah ke rumah Dik Ya @ cousin kami belah papa di belakang Putra Place. Aku pon taktau nama tempat tu..sebab Dik Ya baru je beli rumah tu so kami terjah je la. Bedal nasi tomato, nasi beriani tanam, ayam merah. Belasah kaw2 putu kacang sbb putu kacang yang sedap hanya ade kat Peghelih


Kak ipaq, akak and aku di pagi raya kedua


Aku pon tatau knapa abg ipaq aku jadi lagu ni
Aisyah ja posing elok ckit.



Tudung hijau tu Cu Minah @ papa's only half sister




Family photo without me?


Dik Ya yang baju hitam, aku rase nama dia Zakri. Boleh tak sure nama cousin?


@ Kampung Abi Tok Hashim
Ok yang ni legend. Tok Esah adelah stepmom papa.
Sebelah tu Dik Are..adik kepada Dik Ya


Yang ni semua aku tak brape kenal, sedare mare Tok Esah


Wahh yang ni best kat Tok Kuning. Hala nak ke Kuala Perlis.
Rumah cousin papa. Pak Lang Atan


Haishhh bukan senang nak ada pose tepi sawah camni...harusss!!


Asyraaf, Kaseh & Aisyah


Sorry akak, aku terpaksa upload pic ni sebab nak tunjuk laksa Mak Ngah Aida yang sedap beserta soda punch yang mabeles



Last pit stop @ Jalan Stadium Utama Kangar. Umah Ngah Nerat @ kakak mama. Balik ja homestay Taman Hijrah air pulak takde..dah la nak terberak makan macam2..sudahnya cek in Federal Hotel kat Kangar huhuhu..


Dinner malam tu bertiga ja sebab dah split room. Ezam lepak Sri Malaysia. Akak dok Federal tapi mamam KFC. Kami 3 tunggu food lebih dari sejam di Kedai Hajah Hasmah. Kesian papa lepas cucuk insulin kena tunggu lama hmmm..


1 Syawal: Taman Desa Pulai, Kangar

1 Syawal tahun ini amat istimewa sebab papa setuju nak balik raya di Perlis! Idea balik raya ni popped up time celebrate besdayku pada 1 Ramadhan yang lalu. Akak saja2 bagi idea then suprisingly papa dengan mudahnya setuju. Last kami balik raya kat Perlis pada tahun 2000. Sungguh sedekad lamanya huhuhu.

Perjalanannya smooth, aku & PaMa gerak dari Sri Gombak ke Ipoh. 2 jam memandu sampaila ke Kg. Manjoi. Beraya umah besan PaMa. Akak n family ada kat sana. Then kami gerak 2 kereta ke Taman Peruda, Sg Petani (rumah Pak Ndak Seth @ abang mama). Sampai 3 dish special punya orang SP masak. Mee rebus, laksa, nasi beriani. Perghh..bedal la ape lagi. Then perjalanan diteruskan ke Kangar, Perlis. First time try jalan ikut Jitra-Kodiang-Arau. Selalu Alor Setar-Kangar. Kol 7 sampai di Taman Hijrah(homestay). Ezam n family sampai paling last sbb dia beraya kat Mantin dulu pagi tu..

Malam tu semua berkumpul di Taman Desa Pulai (rumah Kak Ana @ my cousin). Ramai betul malam tu..semua sedare-mare datang beraya. Meriah uollss...Abg Lutfi masak dinner penuh meja..rezekiii huhuhu


Mem besar tersenyum gembira


Pak Ngah Zan @ cousin papa, yang kiri papa tu Ngah Nerat @ kakak mama


Ikan emas dibawa belayar


Kanak-kanak main dam






Rumah dalam garden konsepnya


Ezam dan cousinnya @ Abang Man. Akak tengah buat muka


Amsyaar suka nangis


Abang kepada Pak Ngah Zan, Pak Long Mi @ sepupu papa jugak. Abg Lutfi yang tengah pangku anak ni husband Kak Ana yakni tuan rumah dalam taman ni la huhuh..abisla korang belajar salasilah keluarga hari ni

Operasi pengeluaran stok bunga api dan mercun
secara senyap2 dari boot Livina


Yang berkopiah tu Ijat @ my 2nd cousin, a teacher @ pedalaman Sarawak

Aisyah & Maksu kat Ipoh huhuhuh

My precious

1 Syawal 1433. Pa n Ma @ rumah besan no. 1, Kg. Manjoi Ipoh

Dah 18 hari papa pergi. Hari ni mood nak citer pasal raya sudah mari..stay tuned peeps!

Monday, 3 September 2012

Stok Perfume terbaru

Mari mari mari...stok baru dah sampai..
1 for RM 30 / 2 for RM 50
18ml eau de perfume
Hola me @ 7126!

Sunday, 2 September 2012

A trip to Kidzania

Weekend merdeka berlalu dengan pantas. Jumaat buat tahlil arwah kat rumah. Jemput muslimat fasa 2 dan juga batch girls mama. Alhamdulillah setel, insya Allah akan repeat lagi 2 Jumaat. Akak n family tido Sri Gombak. Sabtu gi umah cousin papa kat Rawang. Ada house warming n tahlil sekali. Ahad hari paling excited utk Aisyah n Raihan (maksu pun hehe). Trip to Kidzania! Ni la masanya nak spend duit raya kan huhuhu..



Tiket dah beli online, amik sesi pagi 10 am -3 pm. 9.15am dah sampai sana


Guardian of the day


Dapat cek sebanyak 50 kidzos


Maksu kasi sarapan dulu kenyang2, kat dalam food sangat mahal yer..saaaangat..3 ketol fishballs cucuk kat lidi RM 3.20, sosej sebatang RM 5.10, vitagen sebotol RM 2.50. Memang tak beli lah..maksu dah letak dalam cooler bag 5 botol vitagen, 2 biji pears dan 2 botol air mineral (tapau dari rumah-tengkiu to faizahpaiz for the tips).


Cashkan cek yang dapat tadi to Kidzos money




Hotel terbakar panggil bomba


Aktiviti pertama ialah jadi surgeon, ni maksu yang pilih. Harapan la ade anak buah maksu meneruskan cita-cita maksu yang terbengkalai ahahaha.


Ok dah sudah dapat gaji


Raihan paling suka jadi bomba, sampai malam dok nyanyi Kidzania! Fire Fighter! 


Cik bomba


Aktiviti memadam kebakaran








Pastu jadi bangla pam minyak pulak


Technician TNB nak kena baiki lampu




Stail bawak tali kat bahu hehehe




Aisyah panjat baiki lampu






Dentist gigi rongak huhu




Jadi polis pulakkk


CIMB Vault 


Nampak cooler bag kuning? Bekalan lapik perut huhuhu


Aisyah paling suka jadi deejay hitz.fm



Gaji paling mahal jadi pilot iaitu 15 Kidzos, siap ade flight simulator tapi Aisyah kata boring?



Last pit stop kat NST, actually Aisyah nak jadi reporter tapi sekali
kene jadi newspaper girl anta kat mana tah huhuhu










Sebelum balik gi tebus hadiah dengan duit gaji diorang yang berjumlah 330 Kidzos. Dapatla satu painting set. Masuk kete Raihan terus pengsan. Balik Sri Gombak amik mama terus pi Johnnys. Kami 3 lapar gilsss..maktok kesian anak cucu dia lapaq huhuhu..pas makan pi raya umah mak long kat Ukay Bistari then lepak umah akak tido sana..selesai 3 hari cuti.