Friday, 29 March 2013

Menjadi sehijau Hulk di Cosmo, Pasar Baru Bandung

Alkisah aku ke Bandung dengan harapan untuk menempah satu pasang tailor made suit yang harganya berpatutan. Kebetulan pegi apa salahnya tempah kan. Maka berhari2 la aku mengoogle carik review psl kedai nak tempah suit ni.

Dapat la nama antara Kings Textile dan Cosmo. At last aku tempah kat Cosmo di lantai 2. Masa menempah smooth ja. Satu suit harga 799k rupiah. Dalam RM260 rate skrg. Tambah lagi 300k@RM 97.50 utk tempah sehelai kemeja material ala2 shirt kat Raoul. Pergh taste boleh tahan la nak Raoul aje..serius cantek kain tu..kain yer..bajunya lain citer..

Tailor boleh tahan ganteng. Putih la..abis cawat aku kene ukur. Ye lah nak potong seluar semua kan. Ok selesai ukur. Potong kain then pi bayar. Esoknya jam 9 malam ya ibu..kami hantar di bilik hotel.

Esoknya aku jalan2 dgn gembira full day tour kat Bandung. Kawah putih n factory outlet segala. Jam 6 dah balik bilik sbb mama tak brapa sihat muntah2..kami pon penat..anxious la aku tgu suit sampai. Sampai jam 11.30 mln nan hado...aku tepon concierge pon takde katanya...serius aku tido mimpi suit..juta2 abis buat suit weiii

Esok tu pagi dah bad mood...pas brekpes pi serang Cosmo. Dia boleh kata dah anta mlm tadi jam 12 mlm kt reception.  Pe jadah anto reception janji anto bilik. Janji kol 9 anto 12? Begok banget.

Aku suro dorg pi Aston Braga ambik balik suit aku. Ok tunggu 1/2 jam sampai la..tiba time fitting masuk la fitting room yg ala2 stor penyapu dan stok air mineral. First thing aku try adelah shirt. Tau tak shirt tu tak sampai nak butang. Ade dalam 5 inci tak sampai. Time tu aku trus jerit dari dalam stor tu. Panggil akak. Then panggil staff pompuan jadi saksi baju tu x leh butang.

Alhamdulillah suit muat pulak. Tu aku puzzle gile pasal tailor yg sama amik ukur pehal end up shirt kecik suit muat ngam. Lahanat gile babs. Tau ke perasaan baju tak muat ni aku dah selalu dapat bile aku fitting total women ke ms read or erica kat malls di Msia..so aku tak jangka bende ukur badan jadi gini. Kain potong 2.5meter. Baju kurung pon boleh kan..

Kuar dari fitting aku sembur satu kedai ngan mulut berapi naga dan badan bertukar hijau. Hambik ko. No. 1 aku dah marah dia x anto ke hotel room. Pastu tambah kes shirt tak muat..mmg makanan ko lah..

Sudahnya tokey dia cakap takpe dorg buat lain satu lagi. Nanti pos ke KL. Tadi aku call katanya dah siap dan nak dipos esok. Expected Rabu sampai. Berdebar lak aku nak fitting lagi. Worse come to worse kene gigih berdiet la nak pakai shirt tu. 

Wei aku memang bengang giler ahh ngan servis Cosmo, Pasar Baru Bandung. So Malaysian yang nak pegi berbelanja di sana beware la. Jgn bayar abis time kain dah potong. Create a win win situation.  Supaya mereka ade effort nak call kite ke ape. 

Kakak aku ceramah pasal kontrak jual beli ape semua psl aku bayar abis tp barang blum dapat. Aku ni kdg2 lurus gak ah main pecaye je..konon dah baca good reviews whatsoever thru the web.

So beware aaa..mereka byk putar belit dan mmg pandai bermain kata. Kemudian hidang teh botol sejuk ingat aku boleh sejuk?


Sunday, 10 March 2013

Aku ada kucing


Mak kucing yang mai beranak kat porch..aku panggil dia TimTam. Sangat overprotective kat anak dia..marah mengiau2 kalau aku pegang anak dia..bekas makan kau aku beli kat petsmore tau TimTam..malas nak tuang hari2..sebalang tu tahan la 5 hari kalau tak kuat makan sangat...bekas taufufa isi plain water supaya TimTam tak sembelit makan Whiskas kering.

Yang kat bawah ni anak Timtam. Sekor je dia beranak. Nama anak kucing ni Smokey. Nickname Moki. Esok2 dah gemuk aku pendekkan lagi panggil Mok je..jenis shorthair..nak antara burmese dan siamese..maybe ade kacuk ngan baka kampung jugak so tak jelas sangat keburmaan atau kesiamannya.

Pasal dia sekor je..makan keenam2 puting susu Timtam, Moki ajelah yang nyonyot. So dia sangat cepat besar tak padan ngan kaki kecik dan tak reti jalan sangat. Setakat ni aku blum ade aktiviti buang2 taik kucing pagi2..sebabnya Timtam berak kat luar tapi Moki berak kat mana?Aku berdebar2 tunggu saat kena basuh berak kucing ni...




Aku menelaah buku ni saban malam sebab konon2 nak bela proper la si Moki ni. Nak bagi vaksin, ubat kutu, pegi sunat yada yada yada..tapi dok pikir skrg camne nak pisahkan ngan mak dia lepas dia abis menyusu..aku nak bela Moki je..TimTam tu ingat nak anta kat Restoren Thaqwa..

Bukan pe..kucing dewasa yang stray ni taktau ape penyakit dah ade...anak2 buah aku semua alah kucing...kalau bela yang anak ni senang nak handle amik vaksin dari kecik ape semua...aku takde la kejam sangat nak buang mak dia..tapi aku rase aku bleh bela sekor je huhuhuh..                                  








Friday, 8 March 2013

Excellent Tips by Warren Buffet

On Earning : "Never depend on single income. Make investment to create a second source".

On Spending: "If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need".

On Savings: "Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving".

On Taking Risk: "Do not test the depth of river with both feet".

On Investment: "Do not put all eggs in one basket".

On Expectations: "Honesty is very expensive. Do not expect it from cheap people".

Thursday, 7 March 2013

Iklan : Bedak Arab Kokuryu

Bedak Arab Istimewa : 3 dalam 1 

Kelebihannya :

1) 3 in 1 make powder,moisturizers,foundation.
(tak perlu pakai apa2 krim lagi cukup dgn bedak ni aje.)

2) Mengikut aliran darah kita, tak kira berkulit cerah,gelap,putih & sebagainye.So sesiapa pun boleh pakai.

3) Kulit akan kelihatan kemas sepanjang hari,makin berpeluh bedak ini menghasilkan hasil yang sangat cantik

4) Tak melekat pada tudung atau tisu jika berpeluh,kena hujan,basah atau terkena air,sebab dia natural terus meresap ke kulit.

5) Lebih tahan lama n jimat dr bedak biasa & tahan selama 8 jam

6) Boleh mengecutkan jerawat di muka

7) Produk halal & boleh di bawa solat


CARA MENGGUNAKAN BEDAK ARAB KOKURYU :
1) basahkan sponge.

2) oleh kerana ianya di sapu menggunakan sponge basah bedak tu kita tap tap dan ratakan tapi jangan tekan terlalu kuat sedang2 sudah ok.

3) tidak perlu risau bila menyapu bedak mungkin akan kelihatan tompok2 pada kulit muka, tompok tu akan ikut tone naturally ini kerana cara penggunaan bedak ni menggunakan sponge basah so dia tidak akan kelihatan cantik atau rata serta merta .. kecantikan tone dan coverage tu akan di lihat selepas 3-5 minit...

Ok kat mana nak dapat? Bukan saya yang jual..saya tolong iklan je hehehe

yang kat Matrade bleh call Rina Suziyanti @ 7933 and asked for best price yang di luar sana whatsapp beliau di 012-349 5478

Price : RM 55

OK chiow! 

Sunday, 3 March 2013

Chili's One Utama, Ayers Rock Wangsa Maju & Urban Fresh

 Egypt big strawberries from Urban Fresh
 
 Hot lemon tea @ Ayers Rock
 
 NY Strip @ Chilis OU
 
 Salad @ Chilis OU
 
Sirloin @ Ayers Rock Wangsa Maju

 
Pina Chillada @ Chilis OU
 

Saturday, 2 March 2013

Wedding Didiey & Jalan2 Setia City Mall

Pengantin dah salin baju masa sampai so ambik gamba lauk je laaa
 
Partner in crime untuk kali ini
 
1st time sampai tempat ni
 

coke float besar punyer! 

Friday, 1 March 2013

Random pics


 Lepak ngan Kak Niza sambil tunggu movie Beautiful Creatures start


Kek di pasar malam Sri Gombak. Try red velvet pulak


Layan Johnnys Jusco AU2..kami 2 batuk sakan2. 
Balik cepat malu kat orang huhuhu


Rare species..blacktorn..asal gugur je terus eksport..
tak  merase la kat domestic market


Nasi ayam Radix Fried Chicken..eh boleh tahan sedap


Nice archi @ Menara Bata

Nak try buaian ni tapi ade keraguan ketahanan keberatan
 

Petua pemuda hilangkan batuk last2 pegi klinik amik nebulizer.