Thursday, 31 October 2013

Sushi Zanmai @ 1 Mon't Kiara

Super quick lunch pabila dah taktau nak makan apa..maka layanla salmon 3 keping, baby octopus 4 ekor, soba semangkuk dan green tea segelas.

Wednesday, 30 October 2013

Sedap dan cantik


Satay Station Solaris Mont Kiara. 10 daging, 5 ayam kongsi 2 orang.


Pilihan Iqram Dinzly. I mean Kuay Teow, bukan cik kak tu ye hehe


RM 4 sepiring.


Makan malam di kala hari hujan. Simple yet satisfying.



Sticker from Korea beli kat Homedec. 
Tampal kat my pink room wehoooo!!

Thursday, 17 October 2013

Nemo Fish & Chips @ Plaza Mon't Kiara



Battered dory fish with chips and tartar sauce @ RM 12.50



Double shot iced cappuccino @RM 8.50. 
Buntang mata sampai malam.

Trying Nemo for the first time. Their fish n chips is so good. 
Nanti bley try ikan lain pulak.

Sunday, 13 October 2013

Hypercaffeinated state @ Starbucks MRR2




4th quarter vow's renewal meeting at newly opened Starbucks which is located just 5 minutes drive from my house. Pjot also joined later after finished her evening shift at 10pm. Sembang kuat nak lepak sampai 3 pagi. Kene kafein bagai2 pon kol 12 je la bley tahan mata. Tanda-tanda penuaan semakin menebal nampaknya.Balik tu budak2 ni lapor pulak..masak nasik then makan dengan rendang ayam plus telo mata. Sudahnya pukul 2.30 gak threesome kat bilik tengah...aku pon taktau camna aku bleh sanggup menyempil 3 org atas katil king tu..padahal bilik sebelah kosong ja..punya tak nak terlepas pillow talk memasing hahaha..

Saturday, 12 October 2013

Sunken Daim Butter Cake


Bahan-bahannya mudah saja..Pillsbury cake mix(butter), 3 biji telur, butter 120gm (potong je setengah buku), air secawan dalam 230ml. Putar dan menang. Sebelum buat semua2 tu panaskan oven siap..kang siap putar, oven dah panas boleh terus bakar ye puan-puan.


So kali ni ku pakai tips yang diberi oleh Cik Roslinda the cake's expert. Setelah cake naik gebu setengah masak barulah coklat Daim tu ku susun2 maka dia tak sunken ke dasar kek. Tapi yang belah sana tu ala2 terbelah..ahh bedal je lah janji sedap! Selera anak2 buah maksu yang 5 orang tu makan..tapau sekali utk abang dan kakakku bawak balik Puchong & Ukay Perdana. Untung kan ade adik pandai baking? Walaupun pakai tepung dalam kotak aku tetap kata aku pandai baking hohoho

Friday, 11 October 2013

Teh Tarik Place, The Curve


Teh tarik big dan tembikai laici


tema kali ni gambar melihat henpon


ini juga


mihun singapore top up dgn telo mata

Kali ketiga try TTP. 1st dengan Nazirah kat Setia City Mall. Second bawak mama pusing satu The Curve cari tempat tersorok ni huhuh..kali ketiga datang ngan Sha dah terrer dah hahaha...pastu sempat beli blinds kat Ikea...nak panggil sapa la tolong pasang kat dapur tu..

Wednesday, 9 October 2013

Foto Berinspirasi - Konvo USM 2013

Cikgu Mohd Mokhzamin Mokhtar
a.k.a Dedeq
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kemanusiaan (Geografi)

Kawan sepermainanku sejak kecil akhirnya menamatkan pengajian PJJ USM beliau dengan jayanya even tangguh lama skit. Dia  buat strategi  tunggu naik DG32 then baru sambung balik abiskan projek paper dan konvo tahun ni. 

Encik Khairul Anuar Idrus
a.k.a Senior
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

Orang kuat Maybank Kulim. Org2 Kulim sapa nak buat loan ASB pi jumpa dia hehehe. Kenal di kelas Strategic Marketing time last intensif. Time tu aku masih blur sebab member semua amik major Organisasi. 

Semangat tengok kawan2 dah berjaya. Mereka boleh kenapa aku tidak?

May Allah ease my path towards success. Ameen..

Sunday, 6 October 2013

Worth the wait

Nearly 10 years since I painted the whole room in pink. Masih teringat basah keringat mendongak dan menunduk silih berganti sambil kena marah ngan papa sebab cat menitik kena parquet. Now only I have the opportunity to furnish the room with my dream whity mighty. Brimnes, Micke and Billy are successfully installed. Shopping kat IKEA untuk benda2 besar agak memenatkan tapi berbaloi jugak bila hajat di hati dah tertunai. Owh I love my room!!



Standing tall Billy
 

Smart Micke
 

Versatile Brimnes. Seat for 2, bed for 1, bed for 2, storage. OSEM!

Thursday, 3 October 2013

Dapur comel make over

Demi meningkatkan aktiviti mengasah bakat memasak sebagai sebahagian persediaan menempuh alam rumahtangga, sedikit projek make over dapur comel ibuku telah dilakukan pada 1 Oktober yang lepas. Projek ini disiapkan oleh Ba Li Kitchen dari Ampang. View FB mereka Ba Li Kitchen untuk lihat projek2 terdahulu. Faye datang 2 kali untuk ukur dan lepas tu dia minta masa seminggu untuk siapkan kabinet. So inilah hasilnya..so start 1 October fav spot aku adelah kitchen huhuhu



Wet kitchen, concrete top pakai yang lama
 

Slot in microwave, oven and fridge
 
 
Dry kitchen gabungan baru dan lama.. 

Wednesday, 2 October 2013

Abubu

The new cat on the block. Mula2 nak bagi nama Miko sebab terbalikkan Moki yang hilang dulu..uuuu sedih ingat Moki. Sebab Moki comel dan tak bising.  Pastu mama kata nama omputih selalu ilang so bagi nama kampung skit Abu. Panjang ckit Abubu..aku ada kucing dulu nama Bubu. Muka kampung badan omputih ekor kembang semangkuk. Bubu adalah kucing paling lama duk ngan kami. 2004-2011. 

Ok ok citer pasal Abubu balik. Masa aku makan kat Budy Seafood tu aku nampak ade kotak berisi kucing 5 ekor. Mak dia kucing 3 kaler yakni kucing bertuah. Tapi time tu aku tak amik lagi. Aku datang semula dan pick sekor dan tanya org gerai yg ni jantan ke. Pastu org gerai tu kata..ha bukak2...(bukak celah bedah)owhhh ni lelaki..lalu aku terus cabut bawak Abubu masuk cage dlm boot kete. 

Maka bermula la episod hidupku dihantui tangisan baby kucing yang blum putus susu. Blum sebulan umur dia aku rasa. Aku pi beli susu dutch lady low fat dan bagi dlm bekas ijau tu. Tak reti jilat! Esoknya pegi beli botol pulak. Pon hampeh. Macam bagi racun masa picit susu tu. Seksa. 3 hari aku nak give up hantar balik kat mak dia. Aku takut dia mati tinggal tulang ngan kulit. Lagipun dia nangis tak benti2. Pastu tak suka dikurung. Panjat2 macam monkey. Lagi satu dia ingat dia koala bear dan badan aku sebagai pokok buluh. Abis dipanjat. 

Aku lemas perut wei. Dah la proposal final projek mintak perhatian. Tapi pas seminggu dia pandai dah isap botol. Semalam aku pi petsmore belikan botol baru.  Puting botol tu lembut. Dia isap botol baru macam pakai straw. Laju hehehe. Pastu wet food pon dia suka. Hari ni dah 17 hari dia dok sini. Cukup sebulan mau cocok vaksin sama bagi obat kootoo. Inilah Abubu kucing baruku..cepatla besar bleh ligan Bendict the rat!