Owh emmm geee
Writing makes a person more understandable. It comes directly from the heart untarnished by the complexity of the mind. The mind plays game on you without you realising it.
Tuesday, 24 December 2013
Sunday, 15 December 2013
Desaru Damai Beach Resort
Ombak yang ganas
Red flag warning: Not safe for swimming
Kelapa gading everywhere
Selingan dalam perjalanan pulang
Went to Honda for 5k km service in the morning
Won hot beverage tumbler in a lucky draw contest.
There was a makan2 year end Honda gathering at Sri Utama
Then terus memandu hala selatan.
Time tunggu kete siap dah call a few hotels kat Melaka.
Takde harapan.
Jem pulak kat Bandar Sri Putra sampai Senawang.
Call Pulai Desaru- full, Lotus Desaru, ade..bilik yg 500++
Jalan lagi..masih tak dapat bilik kat mana2 huhu
Stop refresh + solat jama' kat Pagoh.
Google jap jumpa Desaru Damai Beach Resort.
Website takde gambar sgt, call n book
Bedal je la RM160nett
Kol 9 malam baru sampai Desaru...fuhh..mula2..
Pass by Lotus then Pulai baru Damai.
Memang Damai tapi..spooky..
And bilik air dia buat aku tambah tak syiok..
Huhuhu takpe la berempat pon bukan sorg2
The best thing is bilik itu seaview
Dok kat balcony layan deruan ombak malam hari
Esok pagi bangun awal2..
Anta budak 2 org mandi kolam..
Then layan pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Nak mandi laut pon tengok bendera merah
Takde sorang pon mandi
Tak nak la jadi statistik pulak
So relaks tepi pantai je la..
Quiet place gak la Desaru ni..
Nothing much to do
Tambah pulak aktiviti pantai semua hold
Overall ok je la bawak mama n 2 anak buah jalan2..
Satu hari satu malam di Desaru....
Dan singgah cuci mata di JPO
Tak beli ape pun saje tambahkan kesesakan sekeliling
dan kesakitan hati kerana tak dapat memborong baju kat Flow
serba tak kena je..haritu pegi Flow KLCC sakit poket nak bayar..
Ni dah byk yg discounted sakit hati size US 18 tak berapa ade..
Sudahnya makan lagi pau banyak2..
Haa..kalau korang singgah R&R Pagoh arah utara
Carik Pau Hakimi. Beli inti Sardin. Best! Pedas!
Selain tu aku try gak kacang, kelapa dan daging.
Eh ape banyak sgt huhu..yg daging ade telur puyuh sebiji..
Sedap hehe..
Monday, 16 September 2013
Langkawi : Sayonara, till we meet again
Early morning breakfast at the hotel and cekidaut. Hantar Vios kat airport dan tunggu flight balik KUL. Great hospitality by Malindo's ground crews at the airport. Wheelchair was not a problem. Smooth flight and a few round of general knowledge game hehe. Sampai KLIA terus catch KLIA Transit to Putrajaya Sentral. Then amik Viva balik Sri Gombak. Sampai Sri Gombak terjah Budy Seafood sebab lapar macam gorilla. Breakfast mee goreng saje..sampai tu 4ptg sudah..di sini la ku bertemu dengan anak kucing baru..jeng jeng jeng
Sunday, 15 September 2013
Langkawi : Lay on the beach, Taman Medan Berjaya, Burau Bay, Tg. Rhu, Saloma Nasi Lemak Panas
Hari kedua sarapan di hotel saja. Lepas tu bersiar-siar di pantai. Menziarahi Abg. Za sekeluarga di Taman Medan Berjaya time lunch. Kak Rohaida masak gulai ayam kampung. Baizah sempat buat tutorial kari itik hehe. Then ronda Burau Bay dan minum air kelapa di Tanjung Rhu. Dinner kat kedai Abg. Za di jeti Kuah. Merasalah kari itik quack quack.
Breakfast
Indoor swimming pool for ladies
Lepaking like nobody's business
Mama trying her new swimming suit
Resting at one of the cabanas
Ready nak gi jalan2
Unique flowers at Abg Za's place
Yachts at Burau Bay
Sunset @ Pantai Tengah
Kari itik quack quack
Maksu ngan Baizah
Muslihin, mama & Abg Za
Friday, 13 September 2013
Langkawi: Malindo Air, Holiday Villa, Haji Ismail Group, Laksa Power
After early check out at Golden Palm Tree we went to park our car at Putrajaya Sentral. It is a covered car park and the rate is decent. RM 5 for 1 whole day. From Putrajaya Sentral we took ERL Transit directly to KLIA. For senior citizen there is 30% discount on ticket fare.
Baggages (20kg FOC) check in process was so smooth and I asked for wheelchair (FOC) specially for mem besar. After I got the wheelchair we went for kudap2 at KFC. I did wonder why the price was so pricey and then realized, heyy..it is airport lah!
Wow new experience flying with Malindo. So that was the first flight from KLIA to Langkawi. Before this they were flying only from Subang to Langkawi. Now you can choose from SZB or KUL. See the entertainment screen? I was glued onto the general knowledge game because watching movie was not a suitable option as I didn't bring the earphone. They even served us with fruit cakes and mineral water FOC!
Our room at Holiday Villa @ Pantai Tengah. Government servants please utilize booking via Rumah Peranginan Persekutuan and you'll be blessed with super duper discounted rates. Check it out!!
After 4 days of hibernation I was exposing myself with getting better eyes. I dunno why this conjunctivitis keep on visiting me for 3 consequent years. My eyes are the most precious asset on my face apart from my nose. You should look through deeply huahuahua..
Yeah..the most exciting part in Langkawi was shopping!! Mamaku gembira sungguh huhuhu
Tefal, Corningware, Vision, Gamat and such
Tak boleh miss laksa power near the airport
Rojak, laksa,cendol to be exact
Thursday, 12 September 2013
Avani Sepang
Pada bulan Jun yang lepas aku telah menghadiri satu talk berkenaan Iconic Vacation Club di Midvalley. Talk tu untuk promote that vacation club la..so in return of listening for the talk dapatla 1 malam complimentary stay kat Golden Palm Tree tersebut...aku ni mmg jenis opportunist so just grab the chance..lagipun kalau nak pegi sendiri satu malam 800++ gak..kat groupon leh aa dapat 650..that's a lot of money for a 1 night stay
So aku tunggu bulan 9 sebab nak bawak mama. Konon2 hadiah besday la tu kuikuikui. Sesampainya saje di sana terus check in bilik 206. Tanpa membuang masa mama terus dive atas katil Twilight itu hehehe..tengok la time amik gambar dah kene bongkar bantal semua
Petang tu jalan-jalan kat pantai sambil tengok ada satu chinese couple buat wedding photoshoot
Mama sedang menggodek Sony Cybershot beliau..cam biasa la vacation cum photography course
Malam tu pulak kami dinner di Sepoi-Sepoi, a cafe by the sea overlooking the Straits of Malacca
Makan hainanese chicken rice, barli suam dan pina colada. Guna food voucher RM50 yang dorang bagi sekali ngan complimentary stay.
Mama setia bersama tongkatnya yang convertible to a seat
This is the sofa area..bley aa lepak2 jap tengok tv.
Yang ni Bila-Bila tempat breakfast
Tak berkesempatan pon nak try infinity pool mengadap laut tu. Takut bertambah sakit mata so simpan je niat di hati. Ade try naik basikal yang bley amik sukahati ni..ok la best gak hehe..Smiley Beach (private beach) pon tak dan terjah...pasal kami buat early check out...nak catch flight pi Langkawi pulak..
Friday, 6 September 2013
Proses Tukar Hakmilik Kenderaan
Hari ni hari Jumaat. Kita buat perkongsian ilmu sikit ya...
Baru-baru ni saya ada buat pertukaran
nama kereta Wira mama. So, biar saya explain kat sini serba
sedikit tentang proses tersebut. Kereta tu sebenarnya nak ditukarkan hakmilik kepada cucu saudara mama. Mama jual Wira 1.5 (M) 1996 dengan harga 5K. Tak susah pun sebenarnya. Boleh
refer prosedur dibawah.
PUSPAKOM
1) Mula-mula saya bawak Wira
tu ke PUSPAKOM (Setapak) untuk diperiksa. Just cakap kat guard PUSPAKOM
tu untuk proses tukar milik. Nanti diorang akan bagi 1 form.
2) Isi form then pegi kat kaunter
ekspress drive thru, diorang akan check sama ada kereta yang nak tukar
hak milik tu tersenarai dalam black list ataupun tidak. Kalau kereta
tersenarai dalam black list, kena pegi check detail kat kaunter semakan
(so far Wira clear). Bila clear, bayar RM30 dan tinggalkan
geran asal untuk proses check kereta.
3) Bawak kereta ke bahagian pemeriksaan, pihak Puspakom akan amik gambar, check cermin, no. chasis dan keadaan body kereta.
4) Siap periksa, kita kena pergi kaunter semakan untuk ambil balik geran asal dan sijil PUSPAKOM. Settle bab Puspakom. Senang. Sama ada
lambat atau cepat je lah Puspakom buat kerja. Kalau staff PUSPAKOM ramai
yang kerja masa kita pergi, cepat lah siap. In my case dalam 45 minit dah siap. Next step, cancel road tax dan insurans.
ROAD TAX
1)Pegi JPJ dan isi borang cancel Road Tax. Sila bawak geran original. Nanti akan dapat satu slip pembatalan Road Tax. Then sila cancel insurans.
INSURANS
Insurans paling penting untuk tukar hak
milik. Untuk kes Wira, kena cancel insurans mama. Owner baru akan pakai insurans baru. Disebabkan owner baru tu sedare jugak, so proses cancel insurans lama dan beli insurans baru
agak senang. Kitorang pakai insurans yang sama iaitu Etiqa.
1) Saya pergi Dataran Maybank,
Bangsar. Supposedly mama kena ada sekali. Tapi saya buat authorized letter saja mama sign untuk wakilkan saya.
2) Ambil nombor di kaunter dan tunggu.
Nanti staff Etiqa panggil, then saya cakap kat dia nak cancel insurans
owner lama dan buat insurans untuk owner baru.
* Dokumen yang WAJIB ada : Polisi
Insurans Owner lama, salinan IC owner lama dan baru, no akaun bank
maybank owner lama (in case insurans owner lama still lambat nak
expired, bank akan refund balik duit insurance untuk tempoh baki sebelum
expired)-in my case insurans tu lagi seminggu nak expired so nan hado refund.
Kerana kereta pon dah lama maka tak worth it ambil comprehensive coverage. So cuma ambil 3rd party, theft and fire je. Insured 5k kena premium dalam RM345.
4) Dah bayar harga insurans baru, nanti akan dapat polisi insurans owner baru. Dah boleh pegi JPJ tukar nama. =)
JPJ
Mama buat tukar hak milik kat JPJ Setapak. Cucu sedare beliau ikut sekali so kes ini - owner lama dan owner baru ada di tempat kejadian. (kalau kes fesyen lain ade borang tambahan lain tu kena tanyalah)
Dokumen yang kena ada :
* Salinan IC owner baru dan lama
* Geran asal kereta
* Sijil PUSPAKOM
* Fotokopi policy insurans owner baru
* Geran asal kereta
* Sijil PUSPAKOM
* Fotokopi policy insurans owner baru
Borang: (Semua ku download online)
1) 2 borang TM-1 ( untuk semak dokumen yang perlu ada ),
2) 2 borang
JPJK3 ( untuk isi detail owner lama & baru),
3) 2 borang TM-AB ( untuk
pengesahan identiti pemilik lama dan baru)
Diorang check dan key in
sume data, bayar RM100. Untuk roadtax setahun RM90.
So, jumlah duit yang dikeluarkan untuk tukar hak milik kereta:
Puspakom : RM30
Insurans : RM345 (Anggaran)
JPJ : RM100
Road tax: RM 90
Insurans : RM345 (Anggaran)
JPJ : RM100
Road tax: RM 90
Total = RM565
So kalau korang nak buat tukar hakmilik kenderaan possible je untuk buat sendiri. Kena rajin sikit la. Kalau tak rajin upah runner la huhuhu..
cdt to http://hafizrahim.com/proses-tukar-hak-milik/
Selamatlah sudah Proton Wira yang berumur 17 tahun itu bertukar owner. Untunglah owner baru kerana milage kereta tu 85,000 km saje..
Friday, 9 August 2013
Akar Beach Resort, Port Dickson
Raya by the beach. Impromptu trip as usual..malam raya kedua tepon hotel2 kat PD dan Melaka. Last2 dapat gak 1 bilik kat sini
Terjah kedai makan counterpart kat Pekan Teluk Kemang. Dah la makan macam2..towkey tak bagi bayar pulak..rezeki la kan..
Pusing-pusing PD Waterfront..
Peaceful area and clean resort.
AKAR is acronym of Abdul Karim Abdul Rahman, the owner's name of this place. Mama time breakfast pagi2 tu boleh pulak buat temuramah ngan anak owner tu. Ramah sungguh. Kalau aku memang tak la. Aku lebih rela tambah nasi lemak, lontong dan mee goreng mamak yang lazaria tu..hehehe..they served a really good breakfast. Not many choice but sufficient to kick start your raya morning. Lontong tu yang terasa cam raya skit hahaha..sambal nasi lemak yang terasa asli kekampungannya..overall tempat ni best la aku bagi 4.5/5 bintang hehe
Saturday, 3 August 2013
Iftar Siblings97 @ Bayou Coffee House, Cyberjaya
Pengerusi Kery Kadir bersama Kabi
Amir, Nuar, Aleng, Islah, Boie
Lagak kacak di depan lensa sebagai singlets
Nazirah, Farah and I
Syerry n me
Between vases
Lotus notes
Flowers
Vape session
Elle, Farah, Seri, Fira, Syerry, Nazirah
Putera
Puteri
Acara tahunan Siblings97 kembali lagi. Ke Cyberjaya pulak tahun ni. Kire paling ramai kot sebab kami occupied satu dewan kecik yang siap ade pentas. Bebas kanak-kanak melompat huhuhu...lepas tu sesi supper bujangan disambung pula ke Gulam Mee @ Kota Damansara lalalala..
Subscribe to:
Posts (Atom)