Friday 6 September 2013

Proses Tukar Hakmilik Kenderaan

Hari ni hari Jumaat. Kita buat perkongsian ilmu sikit ya...


Baru-baru ni saya ada buat pertukaran nama kereta Wira mama. So, biar saya explain kat sini serba sedikit tentang proses tersebut. Kereta tu sebenarnya nak ditukarkan hakmilik kepada cucu saudara mama. Mama jual Wira 1.5 (M) 1996 dengan harga 5K. Tak susah pun sebenarnya. Boleh refer prosedur dibawah.

PUSPAKOM
1) Mula-mula saya bawak Wira tu ke PUSPAKOM (Setapak) untuk diperiksa. Just cakap kat guard PUSPAKOM tu untuk proses tukar milik. Nanti diorang akan bagi 1 form.

2) Isi form then pegi kat kaunter ekspress drive thru, diorang akan check sama ada kereta  yang nak tukar hak milik tu tersenarai dalam black list ataupun tidak. Kalau kereta tersenarai dalam black list, kena pegi check detail kat kaunter semakan (so far Wira clear). Bila clear, bayar RM30 dan tinggalkan geran asal untuk proses check kereta.

3) Bawak kereta ke bahagian pemeriksaan, pihak Puspakom akan amik gambar, check cermin, no. chasis dan keadaan body kereta.

4) Siap periksa, kita kena pergi kaunter semakan untuk ambil balik geran asal dan sijil PUSPAKOM. Settle bab Puspakom. Senang. Sama ada lambat atau cepat je lah Puspakom buat kerja. Kalau staff PUSPAKOM ramai yang kerja masa kita pergi, cepat lah siap. In my case dalam 45 minit dah siap. Next step, cancel road tax dan insurans.

ROAD TAX
1)Pegi JPJ dan isi borang cancel Road Tax. Sila bawak geran original. Nanti akan dapat satu slip pembatalan Road Tax. Then sila cancel insurans.

INSURANS
Insurans paling penting untuk tukar hak milik. Untuk kes Wira, kena cancel insurans mama. Owner baru akan pakai insurans baru. Disebabkan owner baru tu sedare jugak, so proses cancel insurans lama dan beli insurans baru agak senang. Kitorang pakai insurans yang sama iaitu Etiqa.

1) Saya pergi Dataran Maybank, Bangsar. Supposedly mama kena ada sekali. Tapi saya buat authorized letter saja mama sign untuk wakilkan saya.

2) Ambil nombor di kaunter dan tunggu. Nanti staff Etiqa panggil, then saya cakap kat dia nak cancel insurans owner lama dan buat insurans untuk owner baru.

* Dokumen yang WAJIB ada : Polisi Insurans Owner lama, salinan IC owner lama dan baru, no akaun bank maybank owner lama (in case insurans owner lama still lambat nak expired, bank akan refund balik duit insurance untuk tempoh baki sebelum expired)-in my case insurans tu lagi seminggu nak expired so nan hado refund.

3)Dah settle cancel insurans owner lama. Untuk buat insurans owner baru, staff Etiqa akan tanya berapa nilai kereta yang owner baru nak insure.
Kerana kereta pon dah lama maka tak worth it ambil comprehensive coverage. So cuma ambil 3rd party, theft and fire je. Insured 5k kena premium dalam RM345.

4) Dah bayar harga insurans baru, nanti akan dapat polisi insurans owner baru. Dah boleh pegi JPJ tukar nama. =)


JPJ

Mama buat tukar hak milik kat JPJ Setapak. Cucu sedare beliau ikut sekali so kes ini - owner lama dan owner baru ada di tempat kejadian. (kalau kes fesyen lain ade borang tambahan lain tu kena tanyalah) 

Dokumen yang kena ada :
* Salinan IC owner baru dan lama
* Geran asal kereta
* Sijil PUSPAKOM
* Fotokopi policy insurans owner baru

Borang: (Semua ku download online)
1) 2 borang TM-1 ( untuk semak dokumen yang perlu ada ), 
2) 2 borang JPJK3 ( untuk isi detail owner lama & baru), 
3) 2 borang TM-AB ( untuk pengesahan identiti pemilik lama dan baru)

Diorang check dan key in sume data, bayar RM100. Untuk roadtax setahun RM90.
So, jumlah duit yang dikeluarkan untuk tukar hak milik kereta:
Puspakom : RM30
Insurans : RM345 (Anggaran)
JPJ : RM100
Road tax: RM 90
Total = RM565

So kalau korang nak buat tukar hakmilik kenderaan possible je untuk buat sendiri. Kena rajin sikit la. Kalau tak rajin upah runner la huhuhu..

cdt to http://hafizrahim.com/proses-tukar-hak-milik/

Selamatlah sudah Proton Wira yang berumur 17 tahun itu bertukar owner. Untunglah owner baru kerana milage kereta tu 85,000 km saje..

5 comments:

Unknown said...

Kalau owner baru xde lesen mcmane?? Boleh ke??

Unknown said...

pemilik lama ke pemilik baru yang tanggung kos proses tukar hak milik?

Unknown said...

pemilik lama ke pemilik baru yang tanggung kos proses tukar hak milik?

Elle Kamarudin said...

Yang tu kurang pasti pulak

Elle Kamarudin said...

Pemilik baru