Afternoon tea with a breathtaking view, priceless.
Mama dok susah hati nak pusing2 turun bukit pulak nak balik KL. Semalam waktu mai naik ikut Tapah beliau mengalami pening lalat
Driver merangkap supir dan travel agent hehehe..route nak sampai tempat ni adalah sangat mencabar. Sila tarik nafas panjang2 kerana jalannya one way pusing bukit. Sesuka hati membunyikan hon apabila tak nampak apa yang datang di sebalik bukit.
Patutnya kena parking dan hiking dalam 200 meter sebelum nak sampai ke cafe nun atas bukit. Tapi aku minta kat pak guard untuk drop mama kat atas dan pusing balik. Pak guard kata pi la parking kat atas terus. Pucuk dicita ulam mendatang hehehe
Ada sorang awek Arab tolong tangkap gambarku. Mama tengah menghayati kehijauan ladang teh sewaktu ku bershopping beli teh Boh.