Thursday 18 December 2014

Persoalan Hidup dan Pilihan

Suatu masa dahulu ketika aku masih belasan tahun aku penah crush dengan sorang mamat ni. Kami sekelas semasa di tingkatan 4. Aku ambik masa yang lama juga untuk sedar bahawa aku telah terminat kat dia. 
Faktor semerta kesedaran aku adalah apabila dia mendapat tempat pertama dalam kelas sewaktu peperiksaan akhir tahun. Ya, aku fancy brilliant boy. Faktor lain- dia putih,  berambut kerinting dan berjalan slow motion bagai tiada hambatan waktu. Tingkatan 5 terpisah kelas pulak, aiseyman.
Lepas SPM aku sambung matrikulasi UKM  while dia buat A-Level di Lembah Beringin. Ade la jugak berbalas kad raya time tu hehehe. Sebelum dia fly ke UK aku terima emel daripada dia. Aku kurang ingat isi kandungan emel tu tapi aku boleh ingat lagi ayat yang dia bagi di akhir emel tersebut.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
Years gone by and lately ayat tu kerap datang menyentak fikiranku.
Terfikir-fikir dulu selalu rasa tak suka, sekarang kalau tak jumpa tertanya-tanya pula. Ni dah sampai malam aku boleh terfikir lagi apehal?
Itu kalau relate soal hati. Belum soal nak sambung master, tukar kerja dan beli skuter 200cc. Acaner???
Sambung nyanyi skit,
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

jawapan puisi KRM yg akhir tu... sebab kita menyerahkan kehidupan kepada pemikiran kita... kalau kita serahkan kepada Allah, Dia lah sebaik2 mengatur

Elle Kamarudin said...

Betul cakap Abg. Bear tu..