Sunday 11 January 2015

Teratak Pak Lah, Kg. Janda Baik @ Pahang.











Hari minggu dengan cuaca yang sungguh baik, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kg. Janda Baik is just 35km away from Sri Gombak. Aku pernah pegi 2 kali kot. Sekali lepak kat Seri Pengantin tapi kena cirit-birit yang teruk. Terlantar kat bilik dari check in sampai check out. Sekali lagi teambuilding Matrade kat Cherengin Resort. Ni 3rd time, pi berkelah kat Teratak Pak Lah. Pak Lah punya spot sangatla nice. Privacy at it's best. Anak sungai yang mengalir deras. Yang penting tempat ni super bersih. Dijaga elok dan tuan punya sangat ramah-tamah. Akak stay overnite kat chalet. Aku ngan mama balik sebab anak-anak bulus dok tunggu depan pintu. Akak kata tak boleh lena sebab terlampau sejuk hawa di dalam hutan. Selimut dapat nipis kot. Lain kali sila bawa toto secukupnya boleh bungkus badan hehehe...

Akak marinate macam-macam. Dari ayam kampung, ayam bandar dan udang. Buat pulak sup tulang panas-panas. Nasi bertambah-tambah. Lepas suap nasi pi berendam. Lapar je langkah skit pi kat pangkin makan lagi. Pisang la brownies apa semua. Aku ngan mama tapau mc chicken ngan nugget ja kat drive thru sebelum Tol Gombak. Betul2 enjoy la, jarang-jarang dapat bermanja dengan alam semula jadi.

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Elle... abg pun ingat sehari nanti nak gi Janda Baik juga lah... tapi tempat lain... ada resort cantik kemain kat sini... tengok sungai kat entry ni teringin ada rumah yg ada sungai lalu kat sekitar rumah... bestnyaaa.... heaven sangat

Elle Kamarudin said...

Memang best Abang Bear...tido malam pon boleh dengar air sungai menderu lalu..ape nama resort lain tu?