Saturday 31 October 2015

2D1N Weekend Getaway : Swiss Garden Beach Resort @ Kuantan



Hei peeps! Kembali bersiaran dari Kuantan, Pahang. Escapism dari dunia hutan batu di Kuala Lumpur ke percutian singkat penuh lumpur dan debu bauksit huhuhu..tapi takla sangat sebab duduk kat resort je..kalau di jalanan memang kemerahan semuanya..tak caye? Pegi tengok sendiri laa..



Check in pon dah 9 malam. Apa boleh buat, aku hanya golongan marhaen yang perlu mencari sesuap nasi di metropolis, megalopolis kota cakerawala. Kalau dah late check in pandai-pandai la minta late check out. Berbaloi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Bilik  dapat free upgrade daripada deluxe kepada executive deluxe. Mula-mula reception nak bagi bilik deluxe mengadap jalan raya. Aku pon kata kalau nak mengadap jalan raya saya duduk di rumah saja..rumah saya mengadap jalan ya cik.


Eh takla..aku kata kalau mengadap jalan baik saya duduk di bandar Kuantan saja. Rate lebih baik dengan bilik yang elok. Isunya ialah, time aku call booking takmau secure dgn credit card. Bila dah sampai buat kata bilik deluxe seaview habis. Sila free upgrade sekarang juga!


View memang penting bagi percutianku kerana aku memang visual orangnya.

Sampai nak breakfast pon mau view juga


Ni pinggan yang mula-mula..lepas tu ketaq cari nasi lemak


Pusing2 saja ambik angin


Sembang2 santai





Pit stop beli ikan dan ketam


Pasar Nelayan Balok ni memang dekat je dengan hotel dan terletak di tepi pantai.


Oktober 2015

Oktober berlalu pergi dengan rencam rasa.

Namun begitu,

telah kulemparkan segalanya ke dasar Laut China Selatan.

Terima kasih Kuantan,

walau dilimpahi lumpur bauksit serta debunya berterbangan,

tetap memberi kesegaran dan menghurai segala kekusutan.

No comments: