Thursday 9 August 2018

4D3N: Kota Kinabalu-Kundasang

UBERing dari Sri Gombak. Pemandunya seorang jurutera Petronas yang membuat kerja sambilan di waktu senggang untuk mencari pengalaman dan meningkatkan skil komunikasi dengan pelanggan. Salute!

Cititel Express Kota Kinabalu, room is small but it has everything that you need

 Gunung Kinabalu yang pemalu, sering berselindung di balik kepulan awan


 Kinabalu Park, takde apa kalau tak berniat nak mendaki. Stop snap gambar je
 
 Lunch in Kundasang. Kepak ayam garing harus dicuba, enak sekali!

 Heaven for a milk drinker like me



 Celyn Resorts & Hotel Kundasang


Durian Sabah boleh tahan sedap 
 
Manggis comel


Haaaa..yang ni best pasal aku pon belom pernah sampai hehe..geli2 manja


 Lokan bakar di Salut
 

Kelapa bakar, puding kelapa, air kelapa..semua kelapa lah 
 
 Masa nak dinner makan lobster hehe


31 January - 3 Februari 2018

Sejak beberapa bulan yang lalu, Mama sering bertanya padaku tentang keindahan negeri di bawah bayu. Sehinggakan setiap hari apabila ku pulang daripada kerja Mama akan bertanya, "Adik dah beli tiket?'. Tak tahan dengan asakan pertanyaan yang bertubi-tubi saban hari, lantas ku bertukar memakai topi agen kembara dengan membuat aturcara lawatan 4D3N ke Kota Kinabalu dan Kundasang.

Ledakan teknologi maklumat dalam era globalisasi amat memudahkan urusan tempahan tiket penerbangan dan hotel. Semuanya pantas hanya di hujung jari dengan pelbagai tawaran menarik menerusi aplikasi di telefon mudah alih.

Untuk bergerak di sekitar Kota Kinabalu kami hanya menggunkan khidmat e-haliling UBER yang mengenakan caj yang lebih kompetitif berbanding khidmat teksi atau prebet sapu.

Selain itu kami turut menyewa kereta pandu sendiri (IG: abuhomestay666) untuk ke Kundasang dan beberapa tempat pelancongan di daerah Ranau.

Kami menginap di Cititel Express Kota Kinabalu, Celyn Resorts & Hotel Kundasang dan TH Hotel Kota Kinabalu (1 malam untuk setiap hotel) dan semua tempahan dimulakan dengan carian di hotelcombined.com dan kemudian melalui Agoda/Booking.com dan sebagainya.

Tiket penerbangan telah dibeli di laman web Malindo Air yang menawarkan harga paling rendah pada waktu tempahan dibuat termasuk pakej bagasi 30kg dan 1 set makanan dan minuman.

Janji Mama happy!
 

No comments: