Toyota Corolla Ascent Sedan 1.8
Handling smooth. Minyak save sangat-sangat. Ade USB port boleh sentiasa charging phone yang bertindak sebagai GPS. Sayang sekali jodoh ngan kete ni tak panjang. Kenapa boot tak boleh tutup pulak wahai kereta yang best???
Nissan Pulsar Sedan 1.6
Minyak sedut boleh tahan macam pakai straw. Handling keras skit. USB port nan hado. Menggagau pakai powerbank. Rupa paras boleh tahan. Ruang kaki lebih luas. Alah..boleh je la bukan nak pakai bertahun. Merata jugak ku pandu mu sekeliling Perth.
IKLAN PEMANDUAN BERHEMAH - SILA KENAKAN TALI PINGGANG KELEDAR - PENUMPANG DI TEMPAT DUDUK BELAKANG JUGA SILA BERBUAT DEMIKIAN - PEMANDU DI LARANG KERAS MEMEGANG TELEFON BIMBIT- SILA PATUHI HAD LAJU DAN PERATURAN LALULINTAS!!
Entry kali ni ku nak tulih dalam Bahasa sebab senang skit nak meluahkan perasaan hahaha..memandu di Perth memang penuh emosi dan sedikit penyeksaan di minda.
Sesudah episod keluh-kesah mak esah sebab beg kami tak sampai maka tibalah saat nak mengambil kereta sewa. Sebelum tu kami beli dulu simkad Vodafone untuk aktifkan nombor Australia. Harga Simpack AUD25. Number tu utk halo2 Kamilia dan untuk guna GPS serta FB/IG/WA sikit2 masa jalan-jalan nanti.
2 minggu sebelum berlepas ku sudah membuat tempahan di laman sesawang Hertz Australia. Ku minta Toyota Yaris yang padaku cukup comel, selesa dan memang ku teringin nak pandu Yaris tu la. Pasal Sheikh Ismardi kata dia bawak keta tu syok sangat dulu time pi Perth hahaha..
Bila staff kaunter Hertz kata Yaris tak available dan yang ada cuma Mirage aku agak bertambah angin kus kus sebab Mirage kecik dan tak menarik. Aku tak suka dan dalam kepala aku dah set nak yaris nak yaris. Pastu dia offer Corolla tambah AUD5 sehari. Aku dah calculate tak la mahai sangat tapi aku nak yaris aku nak yaris. Nampak tak kepala degil yaris aku. Tanya la kaunter Budget ke ape lagi semua takdak Yaris. Nyaris tak dapat kereta ada sebab lepas tu ada 1 uncle ni punya lama kat kaunter Hertz dah aku kena tunggu dia pulak.
Potong la adegan mengarut ni semua aku pon swipe AUD417 (deposit AUD100) untuk sewa Corolla tu 4 hari. Kereta tu AUD27 tapi insurans AUD29/day. Plus ada beberapa charges macam location charge ke apa tax bagai. Aku ambik condition minyak penuh ketika ambil dan pulangkan. Ha senang kan macam tu.
Selepas itu bermulalah episod pemanduan berhemah di Perth.
Walau pun keretaku gagah membiru
Tidak boleh dipandu laju
Berkali ku tekan brek takut melulu
Tiket saman bakal menghiris kalbu
Pantun pulak ewah!
Kamilia duduk sebelah jadi navigator dan ku pandu ke Onslow Street di South Perth. Dia dah brainwash aku sedari mula aku pegang stereng. Ikut speed limit, ikut speed limit, ikut speed limit. Aku pulak setia memberikan signal di setiap simpang. Perkara yang agak jarang ku lakukan ketika memandu di Malaysia. Dalam setengah jam memandu maka sampailah kami di rumah Kamilia.
Esoknya kami ke IGA untuk beli barang dapur. Lepas beli barang dapur tengok polis tengah saman kete tak bayar parking/tamat tempoh. Punya la polis tu ambik gambar kete bersalah tu macam jurugambar pro. Serius sungguh kesalahan tak bayar tiket parking tersebut.
Then acara paling tensi masa nak cari contact lens solution akak kat Murray Street. Akak ngan Kamilia pergi farmasi tinggal aku ngan mama dalam kete. Mama dah sah2 tak boleh jadi navigator. Aku pulak pegang phone. Sikit2 je. Sebab nak navigate jalan mana reti. Kalau Bukit Bintang/Sultan Ismail/KLCC ok la pejam sebelah mata pon takpe. Dah tu tak boleh sukati benti tepi jalan. Dua kali pusing tak dapat jumpa akak n Kamilia. Aku dah mula stressado campur gabra. Call Kamilia 2 kali tak dapat. Peluh dah mereciks di kesejukan musim sejuk yang berbaki beberapa jam je lagi.
Lepas tu tiba-tiba nampak diorang berdiri di tepi jalan. Then buat signal apa taktau aku pon dah tak ingat scene ni pasal tengah gelabah. Kamilia masuk je kereta terus kata patut driver tak boleh pegang phone. Kamera merata dalam city ni siap boleh zoom. Arghh...kepala ku dah terbayang saman-saman yang bakal menyedut credit limit mastercard ku. Haaa..kat sini dia pandai. Masa nak sewa kereta dia mintak credit card details. Saman nanti charge je kat kad. Mood aku dah macam ke laut masa tu. Tapi ku tabahkan hati terus memandu ke King's Park.
Petang tu lepas drop Kamilia kat office kami ke Fremantle and Cottesloe Beach. Berjaya sampai dengan bantuan Google Map. Balik petang tu tiba-tiba boot Corolla tak boleh tutup pulak. Call Hertz dah abis waktu bekerja. Esoknya call dia suruh datang airport tukar kereta. Satu kerja pulak kan. Dapat Pulsar then drive pergi Araluen tengok tulips.
Sebenarnya takde la teruk sangat drive kat sana. Cuma aku tak biasa dengan low speed. Terseksa kot jalan lurus, besar 4 lorong bawak 60km/j. Tu belom 40/20/5 km/j. Aku tak tipu la..ade! The good thing is kalau bagi je signal automatik kereta belakang yang tengah laju bagi kite masuk. Kalau kat Malaysia, lagi signal lagi cucuk. Pandai-pandai la kau nak mengensot masuk sikit-sikit. Aku dah cuba praktikkan amalan ni sejurus dapat memegang stereng di Kuala Lumpur.
Lagi ape aaa..owh ya sistem di petrol pump. Isi dahulu then masuk dalam bayar di kaunter. Jangan cuba-cuba lari kamera di mana-mana hehehe. Harga minyak berubah setiap hari dan berlainan untuk setiap suburb. All in all it was a great experience dapat memandu di sebuah negara maju. Minda kena tune, hati kena sabar sebab bukan senang nak lari daripada kebiasaan.
Owh ya bila balik check bill kad semua OK tanpa ada saman. Alhamdulillah syukur dan berbaloi kena brainwash. Thanks Kamilia, susah2 je :p
See you guys in the next entry.