Sunday 20 September 2015

Dolly Dim Sum @ Avenue K


Tengok menu dan tick sendiri


Order is verified


My barley water with lime


Custard bun 


yang menjadi igauan. Manis masin lemak lembut.


Dolly Mozza


Bentuk macam karipap tu ada wasabi, tapi macam terpahit sangat. 
Lain kali tak order dah.


Tolong bagitau kat mana ada jual fishball sedap macam ni.
Nak buat fishball soup hari-hari kat rumah.


Prawn cheong fun


Egg tart sebagai penutup bicara


Sangkar cahaya



Obviously, 2 happy customers.


Haritu time Encik Khairul minta carikan tempat makan dim sum aku ada suggest this place tapi at last kami pi Quality Hotel. Tiba-tiba Jumaat malam Nazirah bagi soalan cepu mas pasal Dolly Dim Sum tanya dah pernah try ke tak. Apa lagi..acara Jalan-Jalan Cari Makan bersama rakan makan pon bermula!! 

Pepagi Ahad ku buat reservation, table for two sementara tunggu geng syif malam layan tido sampai kenyang. Owh ya, Akak & family serta Ezam mai sat pagi tu pujuk mama pegi klinik. Dah demam 4 hari tak kebah2. Aku sorang pujuk pi klinik tak jalan. Takut denggi ke apa. Pi klinik cek darah kompem bukan denggi tapi darah ada kuman. So Dr. bagi abx dan ubat demam.

Mama kata nak makan bubur so pi Mc'D beli. Lepas semua balik ku masak bubur nasi lagi partner ngan ikan keli bakar tinggal kat mama. Aku nak kluar pulak untuk memenuhi social & networking obligation. Gittewww...

Maka bersantaplah kami berdua di Dolly dengan penuh perasaan hahaha..sedap memang gred A lah tapi price on higher side, takleh makan selalu nanti poket bocor. Kami plan nak try buffet dim sum China Treasures pulak di Sime Darby Convention Centre tapi tu pon setelah mencapai target biggest loser sesama rakan makan nanti. Insya Allah.

Pastu kami try foot + back,neck,shoulder massage kat Erawan Wellness Massage. Tempat ni bagus kerana ia sunyi. Nak relax dan menikmati picitan memang terbaik. OK sekian cerita hari Ahad saya yang menyeronokkan. Productive week ahead. Tata.

No comments: